Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Doa Sebelum Tidur : Terjemahan dan Amalan Sunnah

Doa Sebelum Tidur

Tidur bukan hanya waktu rehat untuk badan tetapi ia juga adalah satu rutin diperlukan seorang manusia. Oleh itu, doa sebelum tidur merupakan satu sunnah Rasullullah saw amalkan dan ia merupakan satu tauladan yang perlu diikuti oleh ummatnya.

Perkongsian kali ini, admin cuba kongsikan cara bacaan yang sebenarnya, terjemahannya dan amalan sunnah yang mungkin ramai tidak tahu apa perlu buat sebelum tidur.

hfgh
Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur Menurut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Doa tidur ini haruslah diajarkan pada anak-anak pada usia dini lagi sebagai amalan harian mereka sebelum tidur. Membaca doa sebelum tidur merupakan satu ajaran sunnah Rasulullah saw kepada umatnya. Doa ini sudah tidak asing kepada semua orang muslim bagi untuk mengamalnya. Berikut bacaan doa sebelum tidur bersama terjemahannya.

بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَ بِسْمِكَ اَمُوْتُ

“Bismika allahumma ahyaa wa bismika amuut.”

Artinya: “Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” (Sahih Bukhari, At-Tauhid: 6845)

doa sebelum tidur dan setelah bangun tidur

Secara ringkas kelebihan membaca doa sebelum tidur ini untuk kita memohon perlindungan dari Allah swt agar kita terhindar dari mimpi buruk dan tidur kita dibawah rahmat Allah SWT.

Kelebihan Membaca Doa Sebelum Tidur

Sudah semestinya mesti orang ramai ingin tahu kelebihan apabila kita dapat baca doa ini sebelum tidur dan manfaar ini sesiapun boleh akan dapat jika dia membacanya.

3 Kelebihan Doa Sebelum Tidur
Tidur dalam mengingati AllahSWT
Tidur kita akan dilindungi oleh Allah SWT
Tidur akan terlepas dari gangguan syaitan dan jin.
photo 6183800119741233299 m
Doa Sebelum Tidur : Terjemahan dan Amalan Sunnah 5

Panduan Baca Doa Sebelum Tidur

Cara membaca doa dengan betul sebelum kita tidur adalah kami sediakan diatas, penting untuk memahami bagaimana mengucapkan doa sebelum tidur dengan betul.

Kesilapan dalam membaca doa boleh mengurangkan makna dan nilai doa itu sendiri. Berikut adalah beberapa aspek penting dalam cara yang betul dalam mengucapkan doa sebelum memulakan perjalanan naik kendaraan:

  1. Niat yang Ikhlas : Niat haruslah tulus ikhlas kerana Allah dan bukan semata-mata kerana tradisi.
  2. Memahami Makna Doa : Memahami makna doa ini membantu kita untuk memohon dengan tulus ikhlas.
  3. Ucapkan dengan Khidmat : Berdoa dengan penuh kekhusyukan dan kesungguhan hati.
  4. Lafaz Harus Jelas dan Betul : Pastikan mengucapkan lafaz doa dengan betul dan jelas.
  5. Menghadap Kiblat (Jika Mungkin) : Walaupun ini bukan syarat wajib, berdoa menghadap kiblat dapat menambahkan kekhusyukan.
  6. Ucapkan Sebelum Memulakan Perjalanan : Ucapkan doa sebelum memulakan perjalanan untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum.
  7. Yakin Doa Dikabulkan : Percayalah bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Dengan memahami panduan di atas, kita berharap agar doa kita diterima oleh Allah SWT dan kita mendapat perlindungan serta kelancaran dalam setiap tidur kita. Setiap langkah yang kita ambil hendaklah sentiasa dalam bimbingan dan perlindungan-Nya.

Amalan Sunnah yang Dianjurkan Sebelum Kita Tidur

Selain kita membaca doa tidur, disana terdapat beberapa amalan lain yang disunnah untuk kita lakukan sebelum tidur. Jika mencintai Rasulullah sudah semestinya sekecil-kecil perkara kita akan ikut cara baginda amalkan. Berikut adalah beberapa amalan sunnah yang dilakukan sebelum tidur:

1. Mengambil Wudhu Sebelum Tidur

Kita ketahui Rasulullah SAW sangat suka dalam keadaan bersih dan berwudhuk. Oleh yang demikian salah satu amalan yang baginda akan buat sebelum tidur adalah dengan berwudhuk. Hal ini untuk badan kita tidur dalam keadaan bersih dan suci.

2. Menyapu/Mengebas Katil atau Tempat Tidur

Amalan lain yang dianjurkan Rasullah saw kepada kita ialah mengebas tempat tidur menggunakan benda yang lembut atau sesuatu yang boleh membuang kekotoran sebanyak tiga kali sambil membaca lafaz basmalah.

“Jika seseorang di antara kalian hendak tidur, ambillah potongan kain dan kibaslah tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucap ‘Bismillaah,’. Karena ia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714, at-Tirmidzi no. 3401 dan Abu Dawud no. 5050.)

Download Apps Detikcom Sekarang https://apps.detik.com/detik/

Tujuannya untuk membuang segala kotoran atau benda memudaratkan mengenai badan semasa tidur. Dalam masa yang sama, kebersihan kawasan tidur akan bersih dan lebih selesa untuk tidur.

3. Membaca Surah Pilihan yang Disunnahkan

Selain membaca doa tidur, umat islam dianjurkan juga untuk membaca beberapa ayat dan surah tertentu dalam Al-Quran. Antara surah yang digalakkan untuk dibaca sebelum tidur adalah ayat kursi yang memiliki beberapa fadhilat perlindungan dari Allah SWT.

Selain itu, surah al mulk dan tiga qul sebagai pelindung kita dari gangguan jin serta menlindung kita dari azab seksa kubur nanti setelah meninggal.

4. Kedudukan Berbaring Kearah Kanan

Keadaan tidur juga nabi saw ajarkan kepada dengan berbaring ke arah kanan sebelum kita tidur. Perbuatan ini sangat banyak manfaat bagi mereka yang mengikutinya dalam segi kesihatan atau rohani.

Dari sudut kesihatan, tidur mengiring ke arah kanan dapat membantu meningkatkan kualiti tidur serta membantu proses pencernaan dalam kondisi lebih optimal dan baik. Secara rohani bertepatan dengan ajaran sunnah Rasulullah saw.

5. Berzikir Jika Belum Mampu Tidur

Jika anda tidak mampu tidur, kita digalakan untuk berzikir atau perbanyakkan puji memuji kepada Allah SWT agar kita memperolehi ketenangan jiwa dan tidur kita dalam mengingati Allah SWT.

Dan doa sebelum tidur adalah satu amalan dianjurkan oleh Baginda SAW kerana pelbagai manfaat kerana jaminan perlindungan Allah SWT hingga terbangun dari tidur kita pada keesokan harinya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati