Pernahkah anda mendengar mengenai cerebral palsy pada bayi atau kanak-kanak? Cerebral palsy adalah disebabkan oleh kecedaraan otak yang berlaku pada kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Bayi pra-matang adalah berisiko tinggi mengalami cerebral palsy. Jika anak anda mempunyai gejala cerebral palsy, anda perlu rujuk pada doktor pakar dan dapatkan rawatan awal, kerana cerebral palsy boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup. Artikel ini menerangkan apakah itu cerebral palsy, gejala-gejala, kaedah pengesanan dan rawatan cerebral palsy.
Apakah itu Cerebral Palsy?
Isi Kandungan
Cerebral palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan, keseimbangan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Penyebab cerebral palsy adalah kelainan otak atau kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pergerakan dan ini boleh berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Secara statistiknya, cerebral palsy terjadi pada 1-2 orang bayi daripada 1,000 bayi. Bagaimanapun, lebih 10 kali ganda terjadi pada bayi yang lahir pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.
Punca-punca Cerebral Palsy
Celebral palsy terjadi pada kanak-kanak yang kurang daripada 5 tahun dan berlaku semasa beberapa kategori berikut.
1. Bayi masih berada dalam kandungan |
2. Proses persalinan berlangsung |
3. Bayi baru lahir |
4. Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun. |
Penyebab utama cerebral palsy adalah tidak diketahui. Antara 10-15% terjadi akibat cedera lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah kelahiran bayi. Antara penyebab kecedaraan otak adalah;
- Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah, biasa menyebabkan kernikterus dan kerosakan otak
- Penyakit serius pada tahun pertama kehidupan bayi (misalnya ensefalitis, meningitis, sepsis, trauma dan dehidrasi berat)
- Bayi pramatang berisiko tinggi kerana saluran darah ke otak belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami perdarahan dan tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang cukup ke otak.
Gejala Cerebral Palsy
Gejala cerebral palsy pada bayi atau kanak-kanak bergantung kepada jenis cerebral palsy. Gejala yang berat boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakan kerusi roda. Terdapat empat jenis cerebral palsy, iaitu;
1. Jenis Spastik (65% terbanyak): – otot-otot menjadi tegang dan lemah – Quadriplegia (lemah kedua tangan dan kedua kaki) – Diplegia (lemah kedua kaki) – Hemiplegia (lemah pada tangan dan kaki pada sebelah badan) – Sawan/epilepsi |
2. Jenis Diskinetik (10% dari semua kes): – otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, dan pergerakan tidak sempurna – pergerakan yang kasar dan mengejang. |
3. Jenis Ataksik, (5% dari semua kes): – Kaki bergetar, langkah yang goyah dengan kedua kaki terpisah jauh – Alami gangguan keseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak sempurna. |
4. Jenis Campuran (20% dari semua kes): – Gejala gabungan dari jenis spastik dan diskinetik. – Kecerdasan di bawah normal – Gangguan menghisap atau makan – Pernafasan yang tidak teratur – Gangguan bercakap – Gangguan penglihatan – Gangguan pendengaran |
Cara Pengesanan Cerebral Palsy
Berikut merupakan kaedah rawatan pengesanan cerebral palsy pada bayi:
- Pemeriksaan pendengaran bayi (untuk mengesan masalah pendengaran)
- Pemeriksaan penglihatan bayi (untuk mengesan masalah penglihatan)
- EEG jika pesakit mengalami sawan
- Biopsi otot
- MRI atau CT scan kepala bayi untuk mengesan kelainan bentuk atau kecederaan otak
Rawatan untuk Cerebral Palsy
Rawatan yang dilakukan bergantung kepada jenis gejala dan simptom cerebral palsy yang dialami oleh kanak-kanak yang sakit. Jika tidak disembuhkan, ia boleh menjadi kecacatan seumur hidup.
Rawatan Cerebral palsy |
---|
1. Menggunakan jurupulih anggota seperti braces mulut |
2. Menggunakan alat bantu pendengaran |
3. Menggunakan kaca mata jika mempunyai masalah penglihatan |
4. Mendapat pendidikan dan sekolah khusus |
5. Menggunakan jurupulih dengan cara kerja pembedahan ortopedik |
6. Menggunakan ubat anti-kejang (untuk mengurangi tremor dan kekakuan) |
7. Menggunakan jurupulih bahasa untuk masalah pertuturan serta pemakanan. |
8. Fisioterapi atau terapi fizikal yang berterusan, dan pendidikan khas |
Rujukan: KKM
Soalan FAQs Berkenaan Cerebral Palsy
Apakah itu cerebral palsy?
Cerebral palsi adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.
Apakah golongan berisiko cerebral palsy?
Bayi pra-matang dan bayi kurang 5 tahun
Apakah cara pengesanan cerebral palsy?
MRI atau CT scan