Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apa Itu Diabetes Melitus, Penyebab dan Cara Menanganinya

diabetes melitus

Tahukah anda bahawa pentingnya untuk kita memantau kadar gula dalam darah secara teratur dan berjumpa doktor untuk untuk pemeriksaan kesihatan? Hal ini kerana kadar gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan berlakunya diabetes melitus. Apakah diabetes melitus ini?

Rutin memeriksa kadar gula dalam darah dan mengikuti saranan doktor adalah kunci untuk mencegah komplikasi yang serius dan memulihkan keadaan kesihatan kita. Penyakit ini terjadi apabila tubuh tidak dapat menghasilkan insulin dengan efektif.

Apa pula insulin? Insulin adalah hormon yang diperlukan oleh badan untuk mengatur kadar gula dalam darah. Dengan kaedah penjagaan kesihatan yang baik, kita dapat menyelamatkan diri daripada mendapat penyakit ini sekaligus dapat menjalani hidup yang aktif, sihat dan bebas penyakit.

Maksud Diabetes Melitus

maksud diabetes melitus

Apa Itu Diabetes Melitus?

Diabetes melitus adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi dan kemudiannya menyebabkan gangguan untuk tubuh menghasilkan hormon insulin yang penting untuk mengatur kandungan gula.

Secara umunya, diabetes tahap 1 terjadi disebabkan oleh kerosakan pada sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas manakala diabetes tahap 2 pula disebabkan kerana faktor genetik dan gaya hidup yang tidak sihat. Diabetes gestasional pula terjadi kepada wanita mengandung dan biasanya akan pulih setelah bersalin.

Insulin memainkan peranan penting dalam hal ini kerana insulin lah yang akan mengatur gula dalam darah agar sel-sel tubuh dapat menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Inilah pentingnya untuk kita mengetahui tahap insulin dalam badan kita.

Penyebab Diabetes Melitus

faktor diabetes

Diabetes melitus dapat menyebabkan berbagai komplikasi jika tidak dirawat dengan secepatnya. Antara kesan umum bagi penyakit ini adalah masalah jantung, ginjal, mata dan saraf.

Dengan memahami faktor-faktor yang menyebabkan penyakit ini, kita dapat mengenalpasti langkah-langkah untuk menaganinya.

  1. Faktor genetik: Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini berisiko mendapatkannya.

2. Obesiti: Berat badan yang berlebihan terutamanya di kawasan perut dapat meningkatkan risiko mendapat diabetes tahap dua.

3. Kekurangan aktiviti fizikal: Gaya hidup yang tidak aktif seperti tidak berolahraga menyebabkan risiko diabetes.

4. Pola pemakanan yang tidak sihat: Mengambil makanan yang tinggi gula dan berkarbohidrat rendah serta mengandungi rendah serat akan meningkat risiko mendapat diabetes.

5. Usia: Risiko mendapat diabetes meningkat seiring bertambahnya usia terutamanya mereka yang berumur 45 tahun.

6. Latar belakang dan etnik: Beberapa kelompok etnik seperti irang Afrika, Hispanik dan Asia-Amerika memilik risiko lebih tinggi menghidap penyakit ini.

7. Sejarah diabetes gestasional: Wanita yang pernah mengalami diabetes gestasional selama kehamilan dan memiliki risiko tinggi untuk menghidap diabetes tahap dua di kemudian hari.

8. Hipertensi: Tekanan darah tinggi juga merupakan salah satu faktor seseorang menghidap diabetes.

9. Kolestrol yang tinggi: Kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan meningkatkan risiko mendapat diabetes tahap dua.

10. Tabiat merokok: Merokok juga dapat meningkatkan risiko mendapat penyakit ini sekaligus memberi kesan yang buruk kepada tahap kesihatan kita.

Cara Menangani Diabetes Melitus

cara menangani diabetes melitus

Langkah-langkah menangani penyakit ini sememangnya pelbagai namun konsisten dalam melakukan rawatan adalah perkara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah ini. Penyakit ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia aka memberikan mudarat kepada diri kita sendiri di kemudian hari.

Pencegahan dan langkah-langkah yang dilakukan untuk menangani penyakit ini adalah penting agar kualiti kesihatan kita dapat dipelihara dan kesejahteraan hidup dapat dijaga.

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk merawat penyakit ini:

  • Mengamalkan pola makan yang sihat: Mengambil makanan yang kaya dengan serat, rendah dalam kandungan lemak dan rendah gula mampu mengawal kadar gula dalam darah. Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi dan gula tambahan.
  • Mengamalkan olahraga yang teratur: Aktiviti fizikal yang sering dilakukan dapat membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah dengan alat pemantau glukosa dalam darah. Dengan ini, anda dapat mengetahui kandungan darah anda dan mengambil rawatan yang sesuai.
  • Mengambil ubat-ubatan: Makan ubat-ubatan yang diberikan doktor agar penyakit ini tidak berlanjutan.
  • Penggunaan insulin: Sesiapa yang menghidap diabetes tahap satu dan tahap dua, penggunaan insulin amat diperlukan. Anda harus memahami cara penggunaanya dengan betul dan mengikuti jadual yang ditentukan oleh doktor.
  • Elakkan merokok dan meminum alkohol: Merokok dan mengambil alkohol akan mempengaruhi kadar gula dalam darah kerana kedua-dua bahan ini tinggi dalam kandungan gula dan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang jauh lebih teruk.
  • Rawatan kesihatan yang teratur: Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala di pusat kesihatan dapat membantu anda mengetahui tahap kesihatan anda sekaligus mengenalpasti jika anda menghidap diabetes atau tidak.

Dengan menjalankan langkah-langkah ini secara konsisten, anda dapat merawat penyakit ini dengan baik dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Demikianlah penulisan kali ini, diharapkan anda semua memahami dengan baik apa itu diabetes dan bahayanya penyakit ini serta carta-cara yang harus diambil untuk mencegah dan merawat penyakit ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Apa Itu Diabetes Melitus?

Diabetes melitus adalah keadaan krokik yang disebabkan oleh tingginya kandungan gula dalam darah dan kemudiannya menyebabkan gangguan penghasilan insulin.

Apakah penyebab diabetes melitus?

Penyebab penyakit ini bergantung pada jenis diabetes yang anda hidapi. Diabetes tahap satu adalah disebabkan oleh kerosakan pada sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas manakala diabetes tahap dua adalah disebabkan oleh keadaan tubuh yang tidak dapat menggunakan hormon insulin dengan efektif.

Apakah gejala diabetes ini?

Gejala bagi penyakit ini adalah sering membuang air kecil, haus yang berlebihan, penurunan berat badan, keletihan dan keadaan kulit yang kering.

Bagaimanakah cara untuk mendiagnos diabetes melitus?

Penyakit ini boleh didiagnos dengan melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah seperti pemeriksan glukosa oral.

Apakah yang harus dilakukan jika anda mengalami hipoglikemia atau hiperglikemia?

Untuk hipoglikemia iaitu kandungan gula rendah, anda harus makan atau minum sesuatu yang mengandungi karbohidrat seperti jus atau gula-gula. Untuk mereka yang mengidap hiperglikemia iaitu kandungan gula yang tinggi, anda harus minum air putih, menjalankan olahraga yang ringan dan mengambil ubat-ubatan yang sesuai dengan saranan doktor.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati