Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 PDRM Effective Tahun 2023

Konstabel Polis
Konstabel Polis

Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 PDRM Tahun 2023. Mohon ambil perhatian! Pengumuman terkini daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)  telah membuka peluang pengambilan anggota polis dari kalangan rakyat Malaysia. Permohonan boleh dibuat kepada semua tidak lelaki atau wanita sekiranya anda melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.

Segera buat permohonan jika anda mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi seorang anggota polis.  Ini adalah merupakan, Peluang keemasan kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi anggota polis bakal berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Membina kerjaya di PDRM adalah merupakan satu peluang keemasan yang wajib direbut oleh setiap rakyat Malaysia. PDRM merupakan jabatan yang sememangnya masyhur dengan tugas menjaga keselamatan rakyat dan pekerjaan sebagai seorang anggota polis merupakan idaman untuk kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia merupakan pekerjaan yang mulia iaitu berkhidmat untuk Negara. Selain itu, PDRM juga peka akan masalah keselamatan masyarakat yang bertanggungjawab di Malaysia dalam memberi perhatian dari segi aktiviti dan membanteras jenayah serta memastikan kehidupan rakyat aman damai seiring dengan slogan mereka iaitu “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada“.

PDRM juga yang adalah sebuah Jabatan yang dihormati dan disegani masyarakat Malaysia kerana berfungsi sebagai pusat khidmat masyarakat dalam segi keselamatan.Oleh itu, Inilah masanya untuk anda selaku rakyat Malaysia untuk bekerja dibawah kerajaan Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda,mohon jadi anggota Polis!

Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 PDRM Tahun 2023

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan?

Untuk makluman, bagi para calon yang minat mohon jawatan yang ditawarkan di PDRM yang kini mempunyai tawaran mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Untuk permohonan, Jawatan kosong yang boleh dibuat permohonan dengan mengikuti kelayakan yang diminta. Kekosongan jawatan boleh dimohon dengan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.

Maklumat Jawatan

Jawatan :

  • KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA)

Sektor: Kerajaan

Taraf : Tetap

Lokasi : Seluruh Negara

Makluman untuk calon, jawatan kosong ini yang dibuka oleh PDRM ialah mengikuti kapasiti dan keperluan dari pihak PDRM sumber manusia. Bagi segala kekosongan dan sebarang perubahan adalah berdasarkan perubahan rasmi daripada pihak PDRM sendiri .

Bila Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Permohonan dibuka mengikut makluman rasmi, Permohonan dibuka bermula  dan permohonan akan ditutup mengikut iklan yang dibuka dibawah.

Untuk para calon,permohonan kini boleh dibuat secara secara manual mengikuti iklan (rujuk iklan dibawah) dan bagi permohonan boleh dibuat dengan merujuk dengan kaedah yang ditetapkan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGAMBILAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 PDRM TAHUN 2023

Maklumat Lengkap Jawatan :

1. GAJI DAN FAEDAH

  • Gaji RM 1,220.00 – RM 2,748.00
  • Elaun Khidmat Elaun Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Wilayah Bayaran Insentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan Lain-lain elaun mengikut jabatan

2. SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia,
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Akademik

• Lulus PMR/PT3 dengan kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan lulus 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik.

Fizikal

  •  Tinggi sekurang-kurangnya 163sm (lelaki) dan 157sm (wanita)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan 48kg (wanita), 수 Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26,
  •  Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81sm (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja), Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kin yang dup berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan,
  • Pengecaman wama dan pendengaran yang tidak cacat, dan Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pegamal perubatan berdaftar

3. DISKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas Jabatan Siasatan Jenayah
  •  Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam 。 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik

TARIKH PERMOHONAN

12/01/2023-25/01/2023

CARA PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian melalui portal rasmi PDRM

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI / WANITA) POLIS DIRAJA MALAYSIA

TARAF JAWATAN: TETAP

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PERLAKSANA

Iklan Pengambilan :

319722095 673925007730843 5667116675986898711 n

Bagaimana untuk menyemak status permohonan?

Selepas calon-calon membuat permohonan melalui laman web SPA di www.spa.gov.my sebarang permohonan permohonan hanya boleh dibuat di laman web tersebut sahaja. Manakala Sistem Semakan Online (SSO) PDRM pula ialah sistem semakan bagi calon yang telah menyenarai pendek bagi panggilan Ujian Fizikal dan Temu Duga.

Sekiranya permohonan telah dibuat, berapa lamakah tempoh masa untuk mengetahui keputusan untuk proses selanjutnya?

Sebaik sahaja permohonan dihantar ke laman web SPA, calon-calon perlu menunggu selama satu tahun dari tarikh permohonan dibuat. Sekiranya dalam tempoh tersebut calon tidak menerima apa-apa surat atau panggilan telefon daripada mana-mana pihak terutamanya PDRM maka calon perlu membuat permohonan semula (renew) sebaik sahaja tempoh permohonan tamat (expired)

Di manakah ujian fizikal diadakan dan berapa lama?

Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal dalam tempoh satu hari di institusi-institusi latihan PDRM yang telah ditetapkan. Antara ujian yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, perintah kawad.

Adakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghadiri ujian fizikal?

Calon yang dipanggil perlulah membuat beberapa persediaan penting seperti berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan semasa menjalani ujian fizikal.

Adakah persediaan yang perlu dibuat bagi calon yang berjaya untuk temuduga?

Calon-calon perlu membuat persiapan seperti mengetahui isu-isu semasa dan terkini, perkembangan dan carta organisasi PDRM, membuat persiapan fizikal dan mental, menunjukkan kesungguhan dan keinginan yang tinggi untuk menyertai pasukan PDRM.

Sekiranya telah menghadiri temuduga, berapa lamakah tempoh masa untuk mengetahui keputusan untuk proses selanjutnya?

Sebaik sahaja calon selesai menghadiri sebarang temu duga bagi mana-mana jawatan di dalam PDRM, calon akan diberikan slip di mana slip tersebut telah menerangkan calon perlu menunggu selama 6 bulan selepas tarikh temu duga. Sekiranya dalam tempoh tersebut calon tidak mendapat apa-apa maklumbalas daripada PDRM mereka gagal dalam permohonan tersebut dan calon boleh membuat permohonan semula di laman web SPA.

Berapa lamakah tempoh latihan yang diberikan kepada calon yang layak?

Calon-calon yang dilantik untuk menjalani latihan adalah dikehendaki melaporkan diri di Pusat-pusat Latihan Polis pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Perlantikan.

a. Jawatan Inspektor/Sarjan

  1. Calon-calon yang dilantik akan mengikuti latihan asas di PULAPOL Kuala Lumpur selama satu tahun.

b. Jawatan Konstabel / Konstabel Orang Asli Dan Konstabel Sokongan

  • Calon-calon yang dilantik akan menjalani latihan asas konstabel/ sokongan konstabel di PULAPOL Muar, Ayer Hitam, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi selama 6 bulan. Bagi Konstabel Orang Asli mereka yang dilantik akan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak selama 6 bulan.

penempatan/pertukaran dibuat selepas saya tamat menjalani latihan?

Seseorang calon yang tamat latihan asas akan ditempatkan atau ditukar mengikut keperluan penugasan dan kekosongan semasa di kontinjen / formasi di seluruh negara.

Jika saya mempunyai sebarang kemusykilan lain mengenai pengambilan di dalam PDRM, saluran manakah yang boleh saya hubungi?

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan, boleh hubungi Unit Pengambilan, Bukit Aman di talian 03-22668350/8351

Semoga Berjaya

Kepada para calon yang membuat permohonan Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 PDRM Tahun 2023 semoga berjaya diucapkan kepada anda!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati