Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac ke Januari Effective 2023

IMG 20221220 234915 829

Terkini : Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac ke Januari 2023. Info terkini,bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercapatkan, daripada bulan Mac kepada Januari 2023. Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023. Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Maklumat tambahan rakyat Malaysia bakal menerima Bantuan Sara Hidup(BSH) bagi tahun 2023. Ini adalah merupakan usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang daripada golongan berpendapatan rendah yang terjejas bagi membantu meringankan beban para golongan B40.

Seperti yang kita tahu negara kita baru sahaja membentuk satu kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM yang ke 10. Beliau baru sahaja diangkat sebagai Perdana Menteri pada hari Khamis yang lalu di istana Negara. Beliau yang juga sebagai pemimpin pakatan Harapan telah memperkenalkan satu gagasan atau manifesto bagi membantu rakyat sekiranya dipilih untuk mengemudi pentadbiran negara.

Sertai Telegram info bantuan semasa rakyat Malaysia, anda boleh dapatkan info terkini dan update di telegram kami:

Telegram Bantuan Kerajaan

Terkini : Bantuan Sara Hidup Dipercepatkan Daripada Mac ke Januari 2023

Mengenai Bantuan Sara Hidup(BSH) 2023

Untuk makluman semua, berdasarkan pengenalan gagasan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu di dalam manifesto ‘Tawaran Harapan PRU ke 15’ yang mana ada disenaraikan untuk meneruskan bantuan berbentuk tunai kepada rakyat Malaysia yang dari golongan memerlukan dan berpendapatan rendah.

Kini telah nyata, pihak kerajaan dari pakatan harapan telah dibentuk sebagai ‘Kerajaan perpaduan’ yang mana membabitkan parti gabungan Pakatan Harapan, GPS, GRS, Barisan Nasional dan lain-lain selepas mendapat perkenan tuanku. Untuk makluman rakyat Malaysia, bagi program insentif bantuan sara hidup ini dijangkakan akan mula dilaksanakan bermula pada awal tahun 2023 bagi menggantikan bantuan BKM sebelum ini yanh diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri.

Bagi mengetahui lebih menyeluruh berkenaan kategori kelayakan, kadar bayaran dan jadual bantuan ini akan dinyatakan semasa sidang Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di dalam parlimen tidak lama lagi.

Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup(BSH)

Asalnya bantuan pemberian tunai kepada rakyat bermula semasa era zaman pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dari kategori bujang ,keluarga serta warga emas.

Kemudian selepas peralihan kuasa pasca pru14 yang mana pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan Kerajaan telah mengenalkan batuan sama seperti BR1M. BR1M yang dijenamakan semula dengan nama “Bantuan Sara Hidup”. Menurut BSH sebelum ini terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.

Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Ketika itu semua pemohon wajib memohon mengikut kategori masing-masing sahaja.LHDN akan membuat semakan data yang diisi dengan jabatan-jabatan seperti JPN dan sebagainya supaya dapat pengesahan data para pemohon. Sekiranya didapati pemohon cuba menipu, permohonan BSH akan digagalkan serta-merta. Penerima BSH juga diambil dari data penerima BR1M.

Baca juga:

BANTUAN PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2023

i Suri Kwsp: Bantuan Kerajaan RM480 Untuk Surirumah Bagi Tahun 2023

Permohonan Bantuan Sara Hidup(BSH) Tahun 2023

Untuk pengetahuan, cara permohonan bantuan ini masih belum dinyatakan kepada rakyat. Berkemungkinan data penerima BKM akan diguna pakai dan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan. Segala makluman berkenaan Bantuan ini akan dikemaskini dari kami, Sistem Guru Online dari semasa ke semasa bagi rujukan umum.

Bantuan Tunai Kepada Rakyat…

Bekas Perdana Menteri yang ke-6 merupakan Perdana Menteri yang pertama perkenalkan bantuan berupa tunai kepada rakyat mengikut kategori golongan yang ada di Malaysia. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu daripada insentif kerajaan ketika itu untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Kemudian popular kerajaan Malaysia telah bertukar tangan kepada kerajaan di bawah pakatan Harapan yang mana ketika itu Perdana menterinya adalah Datuk Seri Tun Mahathir, yang menjenamakan semula bantuan BR1M kepada Bantuan Sara Hidup(BSH) bagi meneruskan pemberian bantuan tunai secara berperingkat kepada rakyat Malaysia.

Pada tahun 2020, kerajaan sekali lagi bertukar tangan dibawah kerajaan “Muafakat Nasional” ketika.BSH dijenamakan sebagai bantuan Prihatin Rakyat (BPR) semasa dibawah pimpinan mantan Perdana Menteri yang ke-8, Datuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah itu ditukar kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), pada tahun 2022 di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri yang ke-9 ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bantuan tahun 2022.

Kini sekali lagi kerajaan pakatan Harapan telah mengemudi kerajaan Malaysia, dalam dalam dalam manifestonya jelas untuk mengembalikan Bantuan Sara Hidup bagi membantu kelangsungan rakyat Malaysia.

hfdhfghgfhgfgggg 1671506057Perdana Menteri Bentang Bajet Mini Di Parlimen 

Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini dijadual bermula dengan pembentangan bajet mini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dijadual membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Ia susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Januari 2023, maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Januari sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Selepas kelulusan RUU mini itu, kerajaan dijangka membentangkan belanjawan susulan yang menyeluruh kira-kira sebulan selepas sidang Parlimen minggu ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan di bawah pimpinan kerajaan sebelum ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, bajet itu tidak sempat untuk dibahas dan diluluskan selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober.

Susulan pembubaran Parlimen, Bajet 2023 perlu dibentangkan semula di Dewan Rakyat secepat mungkin, bagi memastikan belanjawan mengurus kerajaan awal tahun depan diluluskan.

Dalam pada itu, Anwar akan turut mencadangkan sejumlah RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2023 untuk perbelanjaan segera, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.

Perdana Menteri turut mencadangkan sejumlah RM31,834 juta baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) serta RM3,211 juta daripada Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) bagi tahun 2022 dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan.

Beliau turut dijadual mencadangkan sejumlah RM16,200 juta baki wang MGII bagi 2022 dipindahkan ke Kumpulan Wang COVID-19 di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.

Sumber :Berita Harian

Sila layari telegram rasmi Sistem Guru Online bagi mendapatkan info dan maklumat yang lebih banyak dan bermanfaat

Telegram Rasmi Sistem Guru Online

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati