Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bacaan Tahiyat Akhir (Tasyahud Akhir) dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam

tahiyat akhir
Bacaan Tahiyat Akhir (Tasyahud Akhir) dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam 5

Bacaan tahiyat akhir adalah rukun Qauli dalam solat, jika ia tidak dilakukan solat yang dikerjakan adalah tidak sah. Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan bacaan tahiyat akhir, cara duduk tahiyat akhir yang betul, dan doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam yang boleh dijadikan panduan dalam solat.

Apakah it Bacaan Tahiyat Akhir?

Bacaan Tahiyat akhir merupakan rukun dalam solat fardhu. Solat tidak sah jika rukun duduk dan bacaan tahiyat akhir ini tidak dilaksanakan dalam solat.

Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tahiyat akhir sama ada pada rakaat terakhir. Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Habib Hasan al-Kaff bahawa berpendapat yang muktamad, bahawa rukun solat adalah sebanyak 13 rukun semuanya, dengan menjadikan tuma’ninah berada di bawah rukun-rukun. Kemudian, rukun-rukun itu pula terbahagi kepada empat kategori iaitu rukun qauli, rukun fi‘li, rukun ma‘nawi dan rukun qalbi. Bacaan tahiyat akhir termasuk dalam rukun rukun qauli bersama-sama iaitu takbiratul ihram, bacaan al-Fatihah, selawat ke atas Nabi Muhammad pada tahiyat akhir dan salam.

Lafaz Bacaan Tahiyat Akhir Rumi


Bacaan Rumi: Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad, kamaa sholaita ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, wa baarik ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi saidina Muhammad, kamaa baarakta ‘ala saidina Ibrahiim wa ‘ala aalihi saidina Ibrahiim, fil alamina innaka hamiidum majiid.

Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
272953557 323794703124840 5689287266938510138 n
Bacaan Tahiyat Akhir (Tasyahud Akhir) dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam 6

Cara Duduk Tahiyat Akhir

Para fuqaha berpendapat terdapat dua jenis duduk yang dilakukan oleh seseorang ketika tahiyat akhir iaitu yang pertama adalah duduk tawarruk, dan kedua adalah duduk secara iftirash.

Duduk cara tawarruk:
– Seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak, dan jari jemari kaki kanannya menghadap ke arah kiblat. Manakala kaki kirinya dilipat ke arah kaki kanan, dan dia meletakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah (lihat gambar di bawah).
Duduk cara iftirash:
– Seseorang itu duduk dengan meletakkan bahagian punggungnya di atas kaki kirinya. Manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan jari jemarinya menghadap ke arah kiblat (lihat gambar di bawah).

Para Fuqaha’ berpendapat bahawa posisi duduk bagi solat tiga dan empat rakaat adalah secara tawarruk, manakala ketika tasyahhud awal bagi solat dua, tiga dan empat rakaat, posisi duduk adalah secara iftirash.

ALKAFI623
Bacaan Tahiyat Akhir (Tasyahud Akhir) dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam 7

Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Memberi Salam

Di antara waktu yang paling mustajab berdoa dalam solat selain daripada sujud terakhir adalah semasa kita duduk tahiyat akhir, iaitu selepas membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Inilah waktu doa yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad. Di antara doa selepas bacaan tahiyat akhir sebelum memberi salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasulullah adalah dengan membaca doa tersebut.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat perkara: (1) azab neraka jahannam, (2) azab kubur, (3) penyimpangan ketika hidup dan mati, (4) keburukan Al masih Ad Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim no. 588).
doa selepas bacaan tasyahhud akhir dan sebelum salam sq
Bacaan Tahiyat Akhir (Tasyahud Akhir) dan Doa Selepas Tahiyat Akhir Sebelum Salam 8

Soalan FAQs Berkenaan Tahiyat Akhir

Apakah itu bacaan tahiyat akhir?

Bacaan yang dibaca semasa duduk tahiyat terakhir sebelum salam.

Apakah cara duduk tahiyat akhir yang betul?

Tawarruk

Apakah waktu mustajab berdoa selain semasa sujud terakhir?

Semasa duduk tahiyat akhir, selepas membaca tahiyat akhir, dan sebelum memberi salam.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati