Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kenali 10 Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak dan Cara-cara Pemulihan Disleksia

disleksia
Kenali 10 Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak dan Cara-cara Pemulihan Disleksia 5

Pernahkah anda dengar disleksia pada kanak-kanak? Disleksia secara amnya bermaksud kanak-kanak mempunyai masalah pembelanjaran di sekolah pada peringkat awal persekolahan. Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan apakah itu disleksia, ciri-ciri kanak-kanak disleksia, keistimewaan disleksia, keburukan disleksia dan cara-cara pemulihan disleksia.

Apakah itu Disleksia?

Disleksia (Dyslexia) pada kanak-kanak adalah bermaksud kanak-kanak yang mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, mempunyai keupayaan intelektual yang normal, telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi. Anggaran sebanyak 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami disleksia berbanding kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak disleksia ini mengalami masalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Justeru itu, kanak-kanak ini mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

307584734 486000866895255 8621814898758577909 n
Kenali 10 Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak dan Cara-cara Pemulihan Disleksia 6

Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak

Antaranya ciri disleksia pada kanak-kanak adalah seperti dikongsikan. Sekiranya ibu bapa mendapati sebarang masalah pada perkembangan anak, sila dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.

1. Lambat bertutur, dan berasa susah menyebut sebutan
2. Kanak-kanak sukar menulis nama sendiri
3. Susah untuk mengenal bentuk atau warna
4. Mereka susah menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya
5. Kanak-kanak disleksia gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
6. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di dalam kelas
7. Mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor secara terbalik :
– ’15 dibaca 51′
– “was” dibaca “saw”
– ‘b’ dibaca ‘d’‘
8. Kurang koordinasi dan keseimbangan seperti sukar mengikat tali kasut
9. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
10. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau terlupa kerja sekolah
19748808 1653450941373097 1566790912764555550 n
Kenali 10 Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak dan Cara-cara Pemulihan Disleksia 7

Cara Pemulihan Disleksia pada Kanak-kanak

Disleksia pada kanak-kanak biasanya dapat dikenal pasti apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, dimana kemahiran membaca, menulis, mengira dan mewarna mula diperlukan. Justeru, ibubapa harus peka dengan keadaan anak mereka dan boleh cuba beberapa langkah berikut untuk membantu kanak-kanak disleksia.

1. Bantu kanak-kanak dan keluarga memahami permasalahan ini dan bina keyakinan diri mereka
2. Rawat gangguan lain yang mungkin berkait dengan kanak-kanak disleksia seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan
3. Lakukan terapi pertuturan dan pendengaran dengan menggunakan komputer
– Gunakan pendekatan pelbagai deria untuk pembelajaran seperti deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) dan deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
4. Bantu kanak-kanak menguasai maklumat secara beransur-ansur
5. Mengajar secara berulang-ulang
6. Gunakan video atau alat audio untuk belajar
7. Daftarkan kanak-kanak disleksia ke sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi khusus untuk masalah Disleksia
48423043 2226759800676489 727160275567902720 n
Kenali 10 Ciri-ciri Disleksia pada Kanak-kanak dan Cara-cara Pemulihan Disleksia 8

Keistimewaan Kanak-kanak Disleksia

Kanak-kanak disleksia mempunyai keistimewaan tersendiri, antaranya;

– Di antara orang-orang ternama yang mengalami Disleksia termasuklah ahli politik Lee Kuan Yew, pelakon Whoopi Goldberg, artis Leonardo da Vinci dan saintis (Albert Einstein).
– Mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
– Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Kelemahan Kanak-kanak Disleksia

– Mereka sering disalah anggap dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab
– Kanak-kanak merasa rendah diri
– Gangguan emosi (seperti kemurungan)
– Masalah tingkah laku (seperti melawan)
– Pencapaian akademik yang rendah (menyebabkan keciciran sekolah)

Soalan FAQs Berkenaan Disleksia

Apakah itu kanak-kanak disleksia?

Disleksia (Dyslexia) pada kanak-kanak adalah bermaksud kanak-kanak yang mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh, mempunyai keupayaan intelektual yang normal, telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi.

Apakah keistimewaan kanak-kanak disleksia?

– Di antara orang-orang ternama yang mengalami Disleksia termasuklah ahli politik Lee Kuan Yew, pelakon Whoopi Goldberg, artis Leonardo da Vinci dan saintis (Albert Einstein).
– Mereka mempunyai daya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
– Mereka juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Apakah kelemahan kanak-kanak disleksia?

– Mereka sering disalah anggap dan digelar sebagai pemalas, bodoh atau lembab
– Kanak-kanak merasa rendah diri
– Gangguan emosi (seperti kemurungan)
– Masalah tingkah laku (seperti melawan)
– Pencapaian akademik yang rendah (menyebabkan keciciran sekolah)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati