Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Aktifkan Shopeepay dan Cara Aktifkan Shopee Pay Later

Cara Aktifkan Shopeepay

Tahukah anda cara aktifkan Shopeepay? ShopeePay berfungsi sebagai dompet digital yang disediakan oleh Shopee seperti melakukan pembelian dalam talian di dalam Shopee dan melakukan pembayaran secara luar talian dengan peniaga yang menerima ShopeePay.

Disini kami telah membuat beberapa perkongsian tentang cara aktifkan Shopeepay dan Shopeepay Later untuk anda menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Shopee.

Berkenaan Cara Aktifkan Shopeepay di Akaun Shopee

Cara Aktifkan Shopeepay

Apa itu Shopeepay?

ShopeePay merupakan satu kaedah pembayaran di aplikasi pembelian Shopee yang berfungsi sebagai dompet digital yang disediakan oleh Shopee dimana ShopeePay juga menawarkan pelbagai fungsi, contohnya:

(a) Melakukan pembelian dalam talian di dalam Shopee.

(b) Melakukan pembayaran secara luar talian dengan peniaga yang menerima ShopeePay.

Senarai Perkhidmatan Shopeepay yang Ditawarkan

Shopeepay menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan yang mampu memudahkan urusan pengguna terutamanya untuk melakukan transaksi pembayaran. Berikut merupakan senarai perkhidmatan Shopeepay yang ditawarkan :

  1. Pembayaran mudah alih
  2. Top-up
  3. Pemindahan dana
  4. ShopeePAy Near Me
  5. Pembayaran bil
  6. Pengeluaran wang dari dompet digital ke akaun bank
  7. Tawaran dan Promosi Ekslusif
  8. Shopee Coins
  9. Pembayaran langganan

Cara Aktifkan Shopeepay Dengan Mudah

Jika selalu beli barang di shopee, anda akan dapat penghantaran percuma. Banyak barang yang pihak shopee tawarkan penghantaran percuma jika bayar melalui ewallet ini. Oleh itu, berikut merupakan cara aktifkan Shopeepay yang sangat mudah untuk anda ikuti :

Sebelum mengaktifkan ShopeePay, pastikan anda telah berdaftar sebagai pengguna Shopee sama ada melalui aplikasi atau laman web https://shopee.com.my/

  1. Buka aplikasi Shopee anda. Jika anda belum memuat turun aplikasi Shopee ke peranti atau gajet anda, sila berbuat demikian terlebih dahulu.
  2. Pada halaman depan Shopee, klik pada logo Shopee (berbentuk dompet) yang terletak di bawah kotak carian.
  3. Klik pada butang “Activate ShopeePay
  4. Untuk melengkapkan proses pengaktifan, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan
  5. Tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
  6. Klik butang Next
  7. Kemudian, tetapkan PIN 6 digit anda untuk pengesahan sewaktu pembayaran.
    • Setiap kali membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay, anda perl memasukkan PIN ini yang berfungsi sebagai langkah keselamatan sekiranya akaun Shopee anda digodam

Cara Aktifkan Shopeepay yang Dibekukan

Untuk mengaktifkan semula akaun ShopeePay yang dibekukan, anda boleh pergi ke halaman :

  1. ShopeePay > pilih ikon ⚙️ (Tetapan ShopeePay)
  2. Pilih PIN & Pengesahan Biometrik
  3. Pilih Tukar PIN ShopeePay
  4. Pilih Aktifkan Semula
  5. Isi borang permohonan pemulihan akaun ShopeePay dengan melampirkan data :

    Nama pengguna Shopee anda
    Tangkapan skrin halaman saya
    Alamat e-mel aktif yang boleh dihubungi
    nombor telefon bimbit yang didaftarkan ke akaun Shopee
    Tangkapan skrin pemberitahuan penyahaktifan akaun ShopeePay diperoleh
    Sebab anda menukar PIN ShopeePay anda

Cara Aktifkan Shopee Pay Later

Cara Aktifkan Shopeepay

Berikut, merupakan cara mengaktifkan SPayLater :

  1. Pergi ke tab Saya dalam Aplikasi Shopee.
  2. Klik pada “Aktifkan Sekarang.”
  3. Masukkan Kata Laluan Satu Kali yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan.
  4. Teruskan mengisi butiran MyKad anda dan maklumat yang diperlukan.
  5. Mulakan Pengesahan Muka dan mulakan proses pengaktifan SPayLater.

Kelebihan Shopee Pay Later

SPayLater ini merupakan perkhidmatan pembayaran yang menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk beli barang sekarang, tapi pembayarannya boleh dilakukan pada bulan seterusnya (Buy Now Pay Later – BNPL). Anda juga boleh bayarnya secara ansuran selama sehingga 6 bulan.

Berikut merupakan kelebihan Shopee Pay Later yang perlu anda tahu :

  1. Menjadikan proses transaksi yang anda jalankan lebih berkesan dan cekap dengan sistem dalam talian.
  2. Sangat membantu apabila terdapat keperluan mendesak pada tarikh lama atau pada masa anda belum dibayar atau tidak.
  3. Menawarkan promosi yang menarik

Soalan FAQs Berkenaan Cara Aktifkan Shopeepay

Berapa had limit untuk shopeepay?

Had transaksi bulanan sebanyak RM 4,999 dan had transaksi tahunan sebanyak RM 59,999

Bagaimana cara scan QR shopeepay?

Anda dapat menggunakan scan Kode QR/Barcode di aplikasi Shopee untuk masuk ke akun Shopee Anda melalui situs Shopee atau melakukan pembayaran dengan scan kode QR Merchant ShopeePay.

Adakah Shopeepay adalah e-wallet?

Ya, Shopeepay merupakan e-walllet rasmi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada Shopee

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati