Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) Ambilan Fasa 2 Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong IPGM

Pengambilan jawatan kosong ipgm bagi 2023/2024 telah kembali dibuka kepada semua orang Malaysia yang berkelayakan dengan ciri-ciri berkeyakinan,kreatif, komited dan mampu memikul tugas seorang pekerja yang berjaya.

Kepada para pemohon yang cukup kelayakan dan berminat diminta agar membaca keseluruhan perkongsian kami supaya maklumat lengkap akan anda terima nanti. Ikuti saluran kami mengenai pelbagai maklumat jawatan kosong terbaru:

Maklumat Jawatan Kosong IPGM

Maklumat Ringkas Jawatan Kosong IPGM

Untuk makluman semua Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan untuk mengajak semua calon-calon yang berkedudukan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mencukupi kelayakan dalam bidan-bidang berkaitan bagi mengisi kekosongan jawatan tetap di semua kampus Institut Pendidikan Guru.

Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak adalah layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara hidup (BSH). Kekosongan kritikal di Sabah dan Sarawak

Para calon yang memenuhi kriteria kelayakan yang disediakan, diminta untuk mengisi jawatan dibawah.

Senarai Jawatan Terbaru IPGM

Berikut maklumat jawatan kosong ipgm yang telah dibuka untuk anda semua:

JawatanJabatan
Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan – PPP) DG44H / 48 / 52 / 54
Jabatan / Kementerian: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM)
Jurulatih Kokurikulum DG44H / 48 / 52/ 54Jabatan / Kementerian: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM)
Pegawai Pengurusan DG41 / 42 / 44Jabatan / Kementerian: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM)
Pegawai Kaunseling DG41 / 42 / 44Jabatan / Kementerian: Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM)
photo 2023 11 21 10 51 58
Jawatan Kosong IPGM

Masa Permohonan Bagi Memohon Jawatan Kosong IPGM

Tempoh permohonan bagi jawatan kosong ipgm ini akan ditutup pada 27 November 2023. Sekarang anda sudah boleh membuat permohonan jawatan yang disediakan dalam jadual diatas sebelum tarikh tutup bakal tiba.

Admin nasihatkan kepada anda semua para calon untuk bersegera dalam membuat permohonan kerana dikhuatiri permohona terlepas atau anda sudah melebihi permohonan diperlukan.

Syarat-syarat dan Kelayakan Permohonan Kerja IPGM

Lantikan jawatan kosong ipgm ini haruslah mempunyai syarat atau kelayakan seperti dibawah:

  • Para calon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Perkhidmatan anda sudah lulus dan disahkan.
  • Kondisi kesihatan mesti dalam keadaan yang baik dan stabil
  • Mencapai kecemerlangan perkhidmatan dengan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT / PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2020, 2021 dan 2022).
  • Tidak pernah terlibat atau terkena dengan tindakan tatatertib.
  • Para calon mestilah mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh pihak majikan yang lebih jelas boleh rujuk point dibawah bagi kesemua jawatan.

Jawatan Pensyarah

Bagi jawatan pensyarah anda mestilah memiliki syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Melaksanakan perisytiharan harta.
  2. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan
    tidak berada dalam keberhutangan yang serius.
  3. Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP.
  4. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang
    diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh
    dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    atau
    Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
    institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
    setaraf dengannya;
    atau
    Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya.
  5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik
    yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan,
    Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
    Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
    yang diiktiraf setaraf dengannya.
  6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/ Bahagian
    dan Pengetua/ Guru Besar)

Jawatan Jurulatih Kokurikulum

Bagi jawatan jurulatih kokurikulum anda mestilah memiliki syarat kelayakan seperti berikut:

  • Melaksanakan perisytiharan harta.
  • Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.
  • Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki / KUP;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
  • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang
    diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh
    dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
    Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
    institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
    setaraf dengannya;
    atau
    Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
    Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan
    akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma
    Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
    oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN/
    Bahagian dan Pengetua/ Guru Besar).
  • Kelayakan tambahan dalam bidang Ko-Kurikulum seperti:
    a. Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang
    Ko-Kurikulum.
    b. Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2)
    Sijil Kepegawaian dalam bidang Ko-Kurikulum daripada Jabatan/ Agensi
    sukan yang diperaku.
    c. Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Ko-Kurikulum

Jawatan Pegawai Pengurusan & Jawatan Pegawai Kaunseling

Bagi jawatan Pegawai Pengurusan dan Pegawai Kaunseling anda mestilah memiliki syarat kelayakan seperti berikut:

  • Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  • Perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan
  • Sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius;
  • Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/ 44 KUP;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:-
    Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang
    diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan
    Lembaga Akreditasi Malaysia.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik
    yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan,
    Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
    daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
    diiktiraf setaraf dengannya

Cara Permohonan Jawatan Kosong IPGM

Admin ingatkan kepada semua para calon dan pemohon untuk jelas iklan syarat kelayakan jawatan IPGM ini mencukupi dan memenuhi kriteria agar permohonan anda mudah diterima dalam proses ambilan nanti.

Pemohon dikehendaki untuk mengisi borang permohonan secara atas talian di laman portal Sistem MyMohon.

photo 2023 11 21 10 34 15
Jawatan Kosong IPGM
  1. Sila sertakan semua Salinan dokumen / sijil (Perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:
  • Resume Terkini.
  • Kad Pengenalan.
  • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.
  • Sijil-sijil Akademik (SPM / STPM / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD).
  • Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO.
  • Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada).
  • Testimonial / Pengesahan Kerja daripada majikan.

2. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan
dan HANYA boleh memohon di SATU (1) INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) sahaja

3. Calon yang berjaya ditempatkan di IPG perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3)
tahun sebelum boleh memohon ke mana-mana Bahagian atau agensi awam atau
swasta

4. Calon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (Ph.D) adalah sangat dialu-alukan memohon.

5. Calon perlu mencetak borang permohonan dari sistem myMohon dan wajib mendapat
sokongan serta ulasan dari Ketua Jabatan masing-masing. Calon perlu mendapat
kelulusan atau pelepasan dan ulasan daripada Pengarah Bahagian/ JPN seperti
dalam ruangan kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Bahagian/ JPN sebelum
menghantar borang ke IPGK yang dipilih. Borang permohanan yang telah lengkap dan
mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian/ JPN perlu dihantar ke IPGK yang
berkenaan untuk diproses. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

6. Urusan temu duga:
Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Proses temuduga
secara bersemuka akan dilaksanakan di IPG Kampus yang dimohon. Permohonan
dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

7. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan atau
tidak dikemukakan melalui KETUA JABATAN/ BAHAGIAN akan ditolak oleh
Bahagian ini dan tidak akan diproses.

8. Sila hubungi IPGK/ELTC berkenaan sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan
dengan permohonan.

9. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 NOVEMBER 2023,11.59 Malam (Isnin).

photo 2023 11 21 10 46 39
Jawatan Kosong IPGM

Semoga dengan perkongsian jawatan kosong ipgm ini mampu membantu anda sedikit sebanyak bagi mereka yang masih mencari kerja kosong. Diminta kepada pemohon kongsikan maklumat jawatan kosong ipgm ini kepada orang lain juga agar beroleh manfaat bersama.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati