PENGAMBILAN TERBARU BAKAL PEGAWAI DAN PERAJURIT MUDA TAHUN 2022

PERAJURIT

Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022. Permohonan menjawat Jawatan Kosong di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dialu-alukan untuk memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap / kontrak yang ditawarkan.

Menjadi sebahagian dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memberi pengalaman baharu dalam hidup anda. Dari situ anda akan belajar cara mempertahankan diri, belajar skil-skil survival hidup di hutan belantara dan akan dipupuk semangat disiplin dan patriotik yang tinggi semasa dalam tempoh kursus tentera. Anak muda antara yang harus mencuba nasib menjadi sebahagian dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana ini adalah peluang anda untuk membina jati diri dan menguatkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Kepada mereka yang berminat menjadi sebahagian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup tempoh permohonan. Oleh itu, disarankan kepada mereka yang berminat membuat permohonan segera. Sebarkan juga kepada rakan-rakan anda yang berminat untuk menjadi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jangan lepaskan peluang, rebutlah peluang keemasan untuk berbakti kepada bangsa dan negara.

Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022

Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022 merupakan tawaran untuk direkrut ke pasukan simpanan sukarela TLDM KD SRI MANJUNG. Permohonan dibuka sah sehingga 9 APRIL 2022.

Permohonan adalah terbuka kepada mereka berwarganegara Malaysia yang berminat dengan mengikut kelayakan umur sekurang-kurangnya berumur 18 tahun keatas dan permohonan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan.

Maklumat berkaitan Pengambilan Terbaru Bakal Pegawai Dan Perajurit Muda Tahun 2022 :-

  1. Syarat Dan Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-45 tahun (Pegawai) dan 18-35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu SPM/SPMV/SKV
  • Syarat minimum ukuran fizikal:
    1. Ketinggian : Lelaki 1.62m / Perempuan 1.57m
    2. Berat Badan : Lelaki 47.5kg / Perempuan 45kg
    3. BMI : 18-26.9 (Lelaki/Perempuan)
    4. Ukuran Dada : 76.2cm biasa / 81.2cm tarik nafas

2. Kelayakan Pegawai :

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda CGPA 2.7 ke atas
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik SPM/SPMV/SKV

3. Keistimewaa Menyertai PSSTLDM:

  • Elaun Latihan
  • Elaun Perjalanan
  • Pakaian Seragam Percuma
  • Saguhati tahunan (mengikut terma dan syarat)
  • Berpeluang diserap menjadi anggota TLDM (mengikut terma dan syarat)

4. Latihan Yang Menarik :

  • Kem Tahunan
  • Latihan Renang
  • Latihan Menembak
  • pelayaran bersama kapal TLDM

Kepada mereka yang berminat bolehlah membuat permohonan sekurang-kurangnya sebelum tarikh tutup 9 April 2022.

TLDM

Permohonan Menjadi Pasukan Simpanan Sukarela TLDM Kd Sri Manjung Tahun 2022

Permohonan untuk menjadi sebahagian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Pasukan Simpanan Sukarela TLDM Kd Sri Manjung bagi tahun 2022 boleh dibuat secara online melalui laman yang dilampirkan oleh pihak TLDM Kd Sri Manjung.

Langkah-langkah Memohon Jawatan :

  • Permohonan jawatan adalah secara online sahaja melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
  • Permohonan mestilah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima dan permohonan hanya diterima melalui online sahaja.
  • Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, Permohonan boleh dibuat melalui lampiran link yang disedikan di bawah :

PENGAMBILAN PSSTLDM KD SRI MANJUNG 2022

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan, anda boleh merujuk di talian yang dinyatakan di bawah :

BM PAP SHARIZAN : 0195059561

LK PAP SAIFUL : 01114627045

“Malaysia Tanah Tumpah Darahku”

Tawaran jawatan ini merupakan satu tawaran yang berharga kepada anda untuk cuba berkhidmat kepada bangsa dan negara. Menjadikan kerjaya sebagai Tentera merupakan satu kerjaya yang terhormat dalam masyarakat. Selamat dipermudahkan urusan dan terus maju jaya kepada bakal tentera diluar sana.