Berita baik untuk penuntut IPT! Kini telah dibuka permohonan biasiswa JPA 2024 dibawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) untuk permohonan secara online. Biasiswa JPA ini sentiasa ditunggu-tunggu oleh golongan pelajar kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri apabila berjaya menerima biasiswa JPA.
Bagi memudahkan para pemohon membuat permohonan biasiswa JPA 2024, anda boleh ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan syarat-syarat, senarai bidang yang layak dan cara permohonan lengkap.
Berkenaan Permohonan Biasiswa JPA 2024
Isi Kandungan
Tajaan biasiswa JPA 2024 adalah dibawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Para pemohon boleh meneliti apakah itu PIDN serta beberapa maklumat lain.
Apa itu PIDN?
PIDN adalah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) yang merupakan program tajaan biasiswa JPA. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).
Tempoh Permohonan Biasiswa Tajaan JPA 2024
Bagi permohonan adalah dibuka bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Para pemohon diminta untuk segera laksanakan permohonan dengan segera.
Syarat Umum Permohonan Tajaan JPA 2024
Pemohon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian (Rujuk makluman JPA lengkap);
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
Bagi merujuk syarat khusus permohonan biasiswa JPA 2024, anda boleh merujuk pada makluman JPA lengkap.
Senarai Bidang Pengajian yang Dikecualikan
Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang pendidikan;
- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya;
- Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
- Program-program berkembar / ijazah dual / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan;
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
- Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / dalam talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
Untuk permohonan biasiswa JPA 2024 kali ini adalah permohonan dibenarkan kepada mereka yang disenaraikan dan menepati bidang kelayakan sahaja.
Senarai Institusi yang Ditaja JPA di Bawah PIDN Tahun 2024
Berikut adalah merupakan senarai IPT yang ditaja JPA bagi permohonan biasiswa JPA 2024 yang berjaya:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi
Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT).
Diatas adalah merupakan senarai Universiti dan Politeknik yang layak membuat permohonan biasiswa JPA 2024.
Panduan Permohonan Biasiswa JPA 2024
Bagi para pemohon yang berminat mengemukakan permohonan, berikut adalah merupakan langkah-langkah permohonan biasiswa JPA 2024:
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman rasmi JPA bermula 29 Februari 2024 (10.00 pagi) hingga 7 April 2024 (jam 11.59 malam). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2024 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA. Calon boleh merujuk Frequently Asked Questions (FAQ) bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Diharapkan kepada semua pemohon untuk pastikan membuat permohonan dengan lengkap dan betul. Seterusnya para pemohon perlu menunggu keputusan permohonan yang dijangka akan diumumkan pada minggu ke-4 September 2024.
nurqistina arissya binti norzei halizam
Tuan,
Bagaimana dengan yang sedang dalam pra universiti seperti matrikulasi dan program asasi diunversiti tempatan? Mereka ini dalam semester ke 2, belum tahu kursus mereka untuk Tahun 1 tahun ini apabila memulakan pengajian Tahun 1 bulan Ogos atau September tahun ini. Tq