[adinserter block="13"]

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Melalui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam atau struktur gaji baharu penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei 2024 ini. PM yang juga menteri kewangan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) yang diketuai oleh beliau sebelum ini hampir memuktamadkan tambah baik struktur gaji itu.

Menurut PM, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan PM umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Berkenaan Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Kerajaan Tambah Baik Struktur Gaji

Menurut PM, komitmen kerajaan adalah menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan melalui Kajian SSPA yang dibuat di sebalik ekonomi negara yang mencabar akibat ketidaktentuan geopolitik dunia.

Berkata PM, kerajaan Malaysia telah mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah

CUEPACS Letak Harapan dan Beri Cadangan Kepada Kerajaan

logo cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meletakkan harapan besar dengan empat cadangan penambahbaikan berkaitan struktur gaji baharu penjawat awam agar dilaksanakan apabila Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dimuktamadkan nanti.

Melalui Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat mengatakan bahawa pihaknya melihat beberapa isu berkaitan penjawat awam terutama gaji minimum, gred, kenaikan gaji tahunan dan tempoh kenaikan pangkat mengambil masa terlalu panjang, menurut CUEPACS perkara ini perlu diberi perhatian.

Senarai Cadangan CUEPACS Kepada Kerajaan Berkaitan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Menurut CUEPACS terdapat empat tunjang utama yang dikemukakan dalam merangka struktur gaji SSPA baharu iaitu:

1. Gaji Minimum Penjawat Awam Daripada RM1,200 Kepada RM1,800

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Menurut CUEPACS cadangan ini wajar dipertimbangkan dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam agar dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa selari dengan kenaikan kos sara hidup semasa.

Selain itu, peningkatan gaji minimum juga akan membawa kuasa beli yang besar selepas kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam.

2. Semua Gred Perkhidmatan Bermula Dengan Gred 19

Berkenaan gred perkhidmatan, menurut CUEPACS bagi semua skim perkhidmatan awam perlu bermula dengan gred 19 sebaik sahaja SSPA ini dimuktamadkan nanti. Ia juga termasuk komitmen kerajaan dalam meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam yang dibuat berdasarkan SSPA.

Perkara ini masih dibincangkan oleh kerajaan dan mungkin akan dimuktamadkan menurut CUEPACS.

3. Tingkatkan Gaji Tahunan Minimum RM180 Setahun

Pihak CUEPACS berkata cadangan ketiga adalah mengenai peningkatan kenaikan gaji tahunan baharu, iaitu RM180 yang bermula bagi gred paling rendah. Menurt mereka, ketika ini, masih ada skim perkhidmatan yang menerima kenaikan gaji tahunan di bawah RM80 dan ia tidak membantu mengatasi bebanan kos sara hidup semasa.

Kenaikan gaji secara tahunan adalah penting dimana ia mempengaruhi kadar pemberian gaji bagi tempoh setahun.

4. Kaji Semula Kenaikan Pangkat Secara Time-Based

Cadangan akhir dari CUEPACS kepada kerajaan adalah agar mengkaji semula kenaikan pangkat kumpulan pelaksana berasaskan tempoh perkhidmatan(time-based). CUEPACS telah mencadangkan supaya kenaikan pangkat daripada 13 tahun (dikurangkan) kepada 10 tahun untuk kali pertama dan lapan tahun bagi kenaikan kali kedua serta 6 tahun bagi kali ketiga.

Buat masa sekarang, kenaikan pangkat ditetapkan kerajaan bagi kumpulan pelaksana untuk kali pertama ialah selepas 13 tahun berkhidmat manakala kenaikan kedua juga dilaksanakan selepas 13 tahun berikutnya. Hal ini bagi penjawat awam terpaksa menunggu sehingga 26 tahun untuk menikmati kenaikan pangkat dan gaji.

Saranan CUEPACS Berkenaan Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam

CUEPACS juga berharap agar kerajaan menukar formula daripada ’13-13′ kepada ’10-8-6′ untuk membolehkan penjawat awam kumpulan pelaksana menikmati kenaikan dengan lebih cepat. Menurut mereka, pihaknya turut yakin Perdana Menteri telah membuat pertimbangan sewajarnya dalam kajian SSPA.

Kerajaan Malaysia begitu komited dalam menyelesaikan usaha memuktamadkan kajian SSPA mereka apabila perkembangannya dilihat melebihi daripada tempoh masa ditetapkan sebelum ini. Melalui kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam, CUEPACS juga terlibat dalam sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi setiap skim perkhidmatan.

30 KOMEN

  1. assalamualaikum.. sudah tiba masanya kerajaan mengubah nasib penjawat awam. kenaikan gaji terutamanya perlu diubah drpd gred yg paling rendah drpd RM80 kpd RM180 begitulah seterusnya. memandangkan kos sara hidup yg begitu mencabar masa skrg. bkn itu saja dgn kenaikan ini ia dpt mengelakkan gejala rasuah yg berleluasa dikalangan penjawat awam. kerajaan juga harus sentiasa memantau berkaitan harga barang yg semakin menggila. harga barang perlu dikurangkan supaya tidak membebankan rakyat marhaen. walaupun ada perubahan kenaikan gaji penjawat awam tetapi harga barang tidak diturunkan itu bermakna ia tidak memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat.

  2. Ini berita yg sangat mengembirakan Penjawat awam dan pesara, tetapi jangan terlalu mengharap, boleh jadi apa yang diharapkan hanya tinggal harapan jer, jadikan janji2 terdahulu sebagai peringatan dan persediaan mental, ditakuti janji tinggal janji sahaja.

  3. PENCEN pekerja KTM yang dahulunya di bawah kerajaan dan kemufdianysa di swastakan perlu di betulkan . Ini kerana ada diantara merela yang menerima pencen di bawah RM300.Adalah perlu untik mereka diberi pencen minima RM 1,500 sebulan misalnya , kerana mereka juga adalah pesara kerajaan .

  4. Memang sepatutnya tlh lama kjaan mmgubah sistem kenaikan pangkt ini…lama sgt utk tggu 13 tahun…saya rasa 3 atau 5 tahun dah cukup dah faham utk mmbuat kerja….kalau swasta tmpoh percubaan pun hya 3 atau 6 bln shja…utk majikan melihat tahap kecekapannya utk mmpertimbgkn kerja…ini.pnjwt awan nk mnnggu terlalu lama..kasihan…tdk seperti guru…tlh lama naik pgkt mereka dikurangkn….berilah pertimbgan kpd mereka

  5. memang beza la berkhidmat dgn kerajaan dan swasta..org swasta bru keja pun gaji dah lebih yg keja dgn kerajaan 10 tahun..keja kerajaan 10 tahun pun gaji masih ciput..ubah kenaikan tahunan tu bagi tinggi sikit..bukan 80 atau 100 setahun..naik la 200 atau 350 utk tahunan..bru la ada perbezaan sikit..kenaikan pangkat pun time base patut buat bagi gred 48 kebawah..bkan utk kumpulan pelaksana sahaja..hbis yg gred 41 hingga 48 ni mcm mana. kdg ada pencen pun masih 41..p interview berkali2 x lepas…harap kerajaan nampak perkara ini.

  6. Kebanyakan PTPO N19 sekarang berlelulusan dploma dan ada yg ijazah wajar la kerajaan beri kenaikan gaji peemulaan
    Gaji warga asing lebih tinggi ada yg disediakan tempat tinggal, transport ke tempat kerja dan makan percuma sedangkan rrakyat sendiri gaji permulaan baru RM1200 nak kena hadap bermacam ii kos sara hidup nak bagi mak bapak pun tak cukup duit
    Sangat sedihhh

  7. Salam sejahtera. Sebagai warga kakitangan yang sudah berpincen sangat gembira menerima berita tersebut. Soalan saya, adakah hanya untuk penjawat awam yang sedang dan masih berkhidmat sahaja yang dilayakkan menerima kenaikan gaji tersebut. Bagaimana pula dengan pesara kerjaan , adakah mereka ini dilupakan, sedangkan mereka juga terkesan dengan kenaikan pelbagai jenis barangan, mungkin mereka juga masih ada ansuran bayaran- bayaran tertentu.

    Sekian,

    Terima kasih.

  8. Kenaikkan gaji sebaiknya diawalkan bermula mei 2024 kerana atas desakan barang terlalu mahal dan sara kos hidup semakin tinggi …semoga Perdana Menteri memikirkan kepentingan kehidupan rakyat terutamanya kakitangan perkhidmatan awam sebagai tonggak utama kerajaan.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati