Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Atasi Gastrik Angin dan Doa Hilangkan Gastrik

Cara Atasi Gastrik

Bagaimanakah cara atasi gastrik yang anda pernah lakukan? Selain mendapatkan rawatan doktor di mana-mana klinik kesihatan, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah gastrik ini. Gastritis atau gastrik merupakan penyakit yang menjejaskan lapisan perut, yang biasanya ditandai dengan keradangan pada dinding perut.

Penyakit ini boleh berlaku secara tiba-tiba (gastritis akut) atau beransur-ansur (gastritis kronik) sepanjang masa. Oleh itu, kami telah berkongsi beberapa cara dan petua untuk menghilangkan gastrik dengan mudah di rumah sahaja.

Berkenaan Cara Atasi Gastrik Angin dan Tanpa Ubat

Cara Atasi Gastrik

Cara atasi gastrik itu ada banyak cara dan bermacam jenis seperti menggunakan kaedah tradisional, makan makanan yang kaya dengan serat, membuat urutan cara atasi gastrik, dan sebagainya. Berikut merupakan perkongsian cara atasi gastrik dan petua hilangkan gastrik:

Petua Hilangkan Gastrik Cara Tradisional

Cara Atasi Gastrik
  1. Ekstrak Bawang Putih
  2. Makanan Mengandungi Probiotik seperti kimchi, yogurt dan sebagainya
  3. Minyak pati seperti serai, pudina, halia, bunga cengkih dan sebagainya (Minyak pati bukan untuk dimakan, sebaliknya ia boleh dicairkan dengan minyak pembawa untuk disapu pada kulit. Ia juga boleh digunakan dalam peresap.)
  4. Teh Hijau + Madu
  5. Elakkan makan secara berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala gastrik yang anda alami
  6. Elakkan Makan Makanan Yang Menyebabkan Keradangan
  7. Berhenti Merokok & Pengambilan Ubat Tahan Sakit Berlebihan 
  8. Jangan Stress/Tekanan

Petua Hilangkan Gastrik Paling Mujarab

Cara atasi gastrik yang paling mujarab untuk anda cuba ialah dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu :

  • 1 gelas susu suam
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis ceylon

Cara penyediaan:

  1. Campurkan dua bahan di atas dan kacau sehingga sebati
  2. Kemudian, minum setiap malam sebelum tidur

Cara Urutan Hilangkan Gastrik

Cara Atasi Gastrik

1) Cuba kenal pasti Perut anda tegang di sebelah kanan atau kiri dengan menekankan 2 jari anda pada kedua-dua belah perut.

2) Jika perut disebelah KANAN lebih tegang, maka cuba buat tekanan di perut betis kaki sebelah KIRI. Anda akan dapati betis kiri akan lebih tegang berbanding betis kaki kanan.
(ini kerana kedudukan saraf kaki bersilang dgn anggota atas badan)

3) Lakukan urutan pada kedua-dua perut betis dengan melebihkan urutan pada betis kaki yang tegang sehingga 10-15 minit. Anda akan dapati ketegangan pada perut berkurang atau hilang selepas tegang dibetis anda reda.

4) Anda juga boleh buat Urutan tambahan dengan membuat urutan di TENGAH tapak kaki dan juga lebihkan urutan pada kaki yang tegang ( tegang merujuk kepada ketegangan perut betis)

5) Juga boleh buat urutan tambahan pada celah jari tangan diantara ibu jari dan jari telunjuk.

6) Anda akan dapati badan akan sendawa, terkentut dan selesa semasa dan selepas urutan. boleh gunakan minyak urut untuk memudahkan urutan.

Doa Hilangkan Gastrik

Cara Atasi Gastrik

Berdoa juga merupakan salah satu cara atasi gastrik yang paling mujarab untuk anda. Berikut merupakan doa menghilangkan gastrik :

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

A’uudzu billaahi waqudrotihi min syarrimaa ‘ajidu wa’uhaadziru

Maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku rasa dan yang aku bimbangkan.”

Caranya adalah letakkan tangan di bahagian perut yang sakit. Kemudian baca Bismillah sebanyak tiga kali dan baca doa seperti dikongsikan di atas sebanyak 7 kali

Soalan FAQs Berkenaan Cara Atasi Gastrik

Kenapa kena gastrik?

Antara punca yang boleh menyebabkan gastrik ialah Kerap makan makanan pedas sehingga mengganggu lapisan perut, Jangkitan bakteria hidup, Helicobacter pylori (H.pylori) pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan ulser dan barah perut, Pengambilan alkohol dan dadah terlarang secara berlebihan dan sebagainya

Berapa lama gastrik akan pulih?

tempoh pemulihan gastrik bergantung kepada punca dan jenis gastrik itu sendir. Sebagai contoh, jika masalah gastrik yang berpunca daripada bakteria H. pylori, ia boleh disembuhkan melalui penggunaan antibiotik.
Namun kesan sakit pada perut mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Tambahan pula, jika gastrik tidak dirawat, ia boleh berlanjutan selama bertahun-tahun.

Bila gastrik menyerang?

Gastrik akan menyerang apabila anda tidak mengamalkan pola makan yang teratur, kerap makan sebelum tidur, stress dan sebagainya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati