Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bahaya? Benzoil Peroksida Dalam Tepung Tidak Melebihi Paras Ditetapkan KKM

benzoil peroksida dalam tepung

Adakah benzoil peroksida dalam tepung bahaya? Menurut KKM buat masa ini, tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan yang mengandungi benzoil peroksida dan melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.

KKM dalam kenyataan tadi telah memaklumkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung sebagai bahan penyesuai makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg).

Berkenaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung

Apa Itu Benzoil Peroksida?

Benzoil peroksida adalah pengoksida, yang ia sering kali digunakan dalam penghasilan polimer. Sebagai peluntur, benzoil peroksida diguna pakai dalam ubat-ubatan dan bahan penyahjangkit air. Dalam konteks khusus, nama itu boleh disingkatkan sebagai BPO.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983, Pihak KKM juga membenarkan penggunaan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak mesti tidak melebihi 50mg/kg.

KKM Sahkan Tiada Benzoil Peroksida Dalam Tepung Melebihi Kadar

benzoil peroksida dalam tepung

Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) adalah badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Program Standard Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula ada membuat penetapan dengan = membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60 mg/kg.

Di Malaysia, dibawah KKM penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di dalam negara dan luar negara oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar Mengenai Bahan Tambah Makanan (JECFA).

KKM juga berpandangan bahawa pihaknya mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan.

Isu Tular Peluntur Dalam tepung

benzoil peroksida dalam tepung

Kini tular kembali berkenaan penularan senarai tepung gandum mengandungi peluntur Benzoyl peroxide (BP) pada bungkusan paket tepung yang dinyatakan sebelum ini adalah artikel tahun 2017.

Isu tersebut menurut kementerian itu telah dijelaskan dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini iaitu pada 2012 dan 2017 untuk mengelakkan kekeliruan orang awam. Kenyataan itu turut menyebut KKM sentiasa berjaga-jaga dan akan mengambil tindakan sewajarnya seandainya terdapat bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperi Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

Pihak KKM juga sentiasa melaksanakan pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran dalam memastikan kandungan benzoil peroksida dalam kadar yang dibenarkan sahaja dalam makanan. KKM sentiasa cakna dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Seandainya ada pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah, jabatan kesihatan negeri terdekat atau melayari laman sesawang serta Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. KKM akan menerangkan dengan jelas berkenaan isu yang terjadi.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati