Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Resepi Popia Pepero Viral 3 Bahan Mudah

Resepi Popia Pepero

Resepi Popia Pepero kini sedang tular di media sosial. Mana tidaknya, resepi ini menggunakan beberapa bahan sahaja untuk membuatnya.

Anda boleh mencuba resepi popia pepero ini sendiri sebagai menu biskut raya tambahan di hari raya nanti. Di sini kami telah sediakan resepi popia pepero untuk anda buat dengan sangat mudah!

Berkenaan Resepi Popia Pepero Viral

Resepi Popia Pepero
3 Resepi Popia Pepero Viral 3 Bahan Mudah 6

Apa Itu Popia Pepero?

Popia pepero merupakan kulit popia yang digulung menjadi “stick” kemudian dicelup dengan coklat putih untuk menampakkan rupa bentuk ala-ala biskut Pepero. Kemudiannya diserikan lagi dengan celupan dalam biskut oreo yang telah dihancurkan.

Sesetengah resepi menggunakan kacang badam sebagai hiasan popia tersebut. Namun, sedikit rumit kerana kacang badam perlu disangai terlebih dahulu.

Rasa dan Rupa Bentuk Popia Pepero

Popia Pepero didatangi dengan rasa yang mampu memikat hati semua orang yang memakannya. Rasa manis coklat yang tidak terlalu manis serta kerangupan toping yang digunakan pasti menarik perhatian.

Popia pepero juga dibentuk menjadi seperti jejari supaya mudah untuk dipegang serta dimakan oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak.

Himpunan Resepi Popia Pepero

Resepi Popia Pepero Oreo

Resepi Popia Pepero

Bahan-bahan :

  • Kulit popia
  • Coklat masakan
  • Biskut Oreo (hancurkan sedikit)

Cara-cara buat Popia Pepero Oreo :

  1. Gulungkan kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan air (boleh potong 4 kalau besar)
  2. Goreng kulit popia hingga keperengan
  3. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil
  4. Kemudian celupkan popia ke dalam coklat yang telah dicairkan
  5. Hias atau celupkan popia tersebut ke dalam biskut oreo yang telah dihancurkan
  6. Siap

Resepi Popia Pepero Almond

Resepi Popia Pepero

Bahan-bahan :

  • Kulit popia
  • 250gram Coklat masakan
  • 200gram Almond cincang dalam

Cara Buat Popia Pepero Almond :

  1. Sebungkus kulit popia dibelah 4
  2. Almond dipanggang sekejap dalam oven suhu 150°c 10 minit.
  3. Gulung kulit popia satu persatu.Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.( Gunakan straw ntuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu)
  4.  Selepas selesai gulungan, rehatkan kejap dalam peti sejuk untuk keraskan gulungan popia.
  5. Kemudian goreng gulungan popia sampai agak kekuningan.
  6. Selepas digoreng, toskan di atas tisu dapur dan tunggu sekejap supaya ianya sejuk.
  7. Sementara itu, coklat masakan potong kecil-kecil. Buat kaedah double boil. (Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuan untuk nampak coklat berkilat.)
  8. Kemudian celupkan separuh popia yang telah digoreng tadi kedalam coklat masakan tersebut
  9. Pastu taburkan almond yang dah di panggang tadi. Pastikan kena dekat celupan coklat.

Resepi Popia Pepero Nestum :

Resepi Popia Pepero

Bahan-bahan :

  • Kulit popia
  • Coklat masakan
  • Nestum

Cara-cara buat Popia Pepero Nestum :

  1. Gulungkan kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan air (boleh potong 4 kalau besar)
  2. Goreng kulit popia hingga keperengan
  3. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil
  4. Kemudian celupkan popia ke dalam coklat yang telah dicairkan
  5. Hias atau celupkan popia tersebut ke dalam nestum
  6. Siap

Dimanakah Saya Boleh Beli Pepero ?

Anda boleh mendapatkan biskut Pepero yang sedap di Shoppe dengan harga RM35.90 sekotak yang bersaiz besar.

Setiap satuk kotak mengandungi 8 pek pepero badam yang lazat dan coklat yang berkilat. Dengan rasa batang biskut yang rangup disiapkakan pula dengan badam hancur serta kaya dengan coklat di bahagian luar.

Rasa yang enak dan kerangupan badam pastinya tidak dapat ditolak.

Pepero di kedai ini juga mendapat maklum balas yang positif dan disukai ramai. Oleh itu, anda juga disarankn untuk membeli biskut Pepero di sana atau anda boleh terus klik pautan di bawah :

https://shope.ee/9A1Y1yJ286?share_channel_code=2

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Popia Pepero

Apakah bahan utama untuk buat Popia Pepero ?

Bahan utama yang digunakan dalam Popia Pepero ialah kulit popia

Bagaimanakah rasa Popia Pepero ?

Popia Pepero mempunyai rasa yang sedap dengan rasa manis coklat. Ditambahkan lagi dengan kerangupan popia yang digoreng.

Apakah bahan yang digunakan untuk buat Pepero?

Pepero dibuat menggunakan tepung gandum, Badam, Serbuk koko, Mentega koko,Gula, lemak sayuran, telur dan tepung susu penuh

Bagaimanakah rasa biskut Pepero ?

Biskut jejari Pepero mempunyai rasa yang lazat dimana kerangupan biskut tersebut dilengkapi dengan rasa manis coklat yang beserta taburan kacang badam diluar membuatkan biskut tersebut digemari ramai

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati