Jom cuba resepi bihun goreng seafood. Bihun Goreng Seafood merupakan satu hidangan yang mudah disediakan, namun tetap menyajikan rasa yang luar biasa. Kombinasi bihun yang lembut dengan campuran udang, sotong, dan sayuran segar menjadikannya hidangan yang kaya dengan rasa laut serta nutrisi.
Bihun goreng ini amat popular di kalangan penggemar makanan laut dan sering dijadikan pilihan untuk hidangan keluarga atau jamuan kerana cara penyediaannya yang cepat serta bahan-bahannya yang mudah didapati. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi resepi Bihun Goreng Seafood yang simple tetapi tetap memikat selera.
Apa Itu Bihun Goreng Seafood?
Bihun Goreng Seafood adalah sejenis hidangan bihun yang digoreng bersama dengan pelbagai jenis makanan laut seperti udang dan sotong. Biasanya, ia dihidangkan dengan sayuran segar seperti kubis, kubis bunga, dan cili capsicum untuk menambah kesegaran dan warna pada hidangan.
Sos tiram dan cili kisar digunakan untuk memberikan hidangan ini rasa pedas dan manis yang seimbang. Hidangan ini popular kerana ia mudah untuk disediakan dan sesuai untuk sebarang waktu makan, baik sarapan, makan tengahari, atau makan malam.
Resepi Bihun Goreng Seafood Simple dan Sedap
Berikut adalah merupakan bahan dan cara penyediaan resepi bihun goreng seafood:
Bahan-bahan:
- 1 paket bihun (400 gm) – rendam sehingga lembut dan toskan
- 200 gm udang – buang kepala & kulit
- 200 gm sotong – dihiris
- 1 mangkuk hirisan kubis
- 1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)
- ¼ biji cili capsicum merah – didadu
- ¼ biji cili capsicum hijau – didadu
- 1 cawan air
- Minyak secukupnya
- 3 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang merah* (tumbuk)
- 3 ulas bawang putih* (tumbuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar serta bahan tumbuk sehingga naik bau dan wangi.
- Masukkan udang dan sotong. Tambahkan air, sos tiram, sos cili, dan garam secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika.
- Masukkan sayuran seperti kubis dan kubis bunga, kacau sehingga sayuran layu. Kemudian, masukkan bihun yang telah ditoskan, dan kacau rata supaya semua bahan tercampur dengan baik.
- Akhir sekali, masukkan cili capsicum yang didadu, kacau sebentar sehingga semua bahan sebati. Angkat bila bihun sudah lembut.
- Hidangkan bihun goreng ini dengan taburan daun sup, daun bawang, hirisan cili, atau tauhu goreng mengikut cita rasa.
Kredit resepi kepada Khairul Aming Fans Club.
Bagaimana Rasa Bihun Goreng Seafood?
Rasa Bihun Goreng Seafood ini sangat seimbang antara pedas, manis, dan masin, yang datang daripada campuran sos cili, sos tiram, serta garam. Udang dan sotong memberikan rasa umami yang lazat, manakala sayuran menambah kesegaran pada hidangan.
Tekstur bihun yang lembut menjadikannya lebih menarik apabila disatukan dengan rasa rangup dari sayuran yang segar. Bihun Goreng Seafood ini bukan sahaja memuaskan dari segi rasa, malah juga memberikan rasa kenyang yang sempurna!