Bagaimanakan mendirikan solat taubat yang betul? Semestinya di antara kita manusia mesti pernah melakukan dosa dan kesalahan. Solat taubat adalah jalan terbaik untuk kita memohon ampun daripada Allah swt. Solat Taubat adalah solat sunat yang disyariatkan dalam Islam dan termasuk dalam solat sunat bersebab. Ianya boleh ditunaikan pada bila-bila masa apabila melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Justeru ianya tidaklah disyariatkan untuk dilakukan sentiasa tanpa didahului sebabnya iaitu melakukan dosa. Artikel kali ini akan menerangkan cara-cara mendirikan solat taubat, doa solat taubat rumi, syarat-syarat solat taubat dan waktu solat taubat yang sesuai.
Apa itu Solat Taubat?
Isi Kandungan
Perkataan taubat berasal dari تاب إلى الله توبا yang bermaksud kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Selain itu, ia juga membawa maksud meninggalkan maksiat. Solat taubat ini dilakukan adalah untuk menyatakan kekesalan seseorang umat Islam terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Dengan melakukan solat sunat ini, umat Islam dapat kembali kepada ajaran Islam yang betul. Ini menunjukkan yang mereka ini amat menyesali dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.
Tidak dapat dinafikan, sebagai seorang manusia, dosa tidak dapat dielakkan. Kita digalakkan mengamalkan solat taubat nasuha. Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut. Kita sebagai individu yang selalu berbuat salah harus segera bertaubat kepada Allah swt sebelum terlambat.
Syarat-syarat Sebelum Solat Taubat
Sebelum melaksanakan solat taubat, ada beberapa syarat yang perlu diikuti. Antaranya adalah:
1. Benar-Benar Menyesali Kesalahan Seseorang itu hendaklah benar-benar menyesali perebuatannya yang lepas. Menyesali dengan perbuatan dosa ini adalah untuk menunjukkan keikhlasan diri yang hendak kembali ke jalan benar kepada Allah SWT. |
2. Tinggal Perbuatan Dosa Lampau Setelah melakukan solat sunat ini, seseorang individu tersebut hendaklah berusaha dan berazam untuk meninggalkan perbuatan dosa yang lampau. Perbuatan ini akan menunjukkan bahawa diri ini sememangnya ingin kembali ke jalan benar. |
3. Usaha Tidak Mengulangi Dosa Sama Usaha juga merupakan satu perkara yang akan dipandang oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam yang hendak kembali ke jalan yang benar, jangan mudah berputus asa dan berazam tidak mengulangi perbuatan yang sama. |
Cara Mendirikan Solat Taubat
Setiap ibadah ada rukun dan tatatertibnya yang tersendiri. Seperti juga solat sunat taubat ini boleh dilakukan 2, 4 atau 6 rakaat. Lafaz niat solat taubat adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala
Rakaat Pertama |
1. Niat terlebih dahulu dan disusuli dengan takbiratul ihram. 2. Mulakan dengan bacaan doa iftitah. 3. Seterusnya bacaan al-Fatihah. 4. Diteruskan lagi dengan membaca surah al-Ikhlas. 5. Teruskan dengan lakuan seperti solat biasa. |
Rakaat Kedua |
1. Mula dengan lafaz takbir intiqalat. 2. Teruskan dengan membaca surah al-Fatihah. 3. Diteruskan lagi dengan membaca surah an-Nas. 4. Teruskan lakukan seperti solat biasa hingga sujud terakhir. |
5. Semasa berada pada sujud terakhir, baca: ا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ Maksud: Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang zalim. |
6. Setelah selesai memberi salam, teruskan lagi dengan istighfar. Penuhkan hati dengan rasa kekesalan terhadap dosa yang telah dilakukan. 7. Teruskan dengan berdoa dengan sepenuh hati meminta keampunan kepada Allah SWT. |
Doa Solat Taubat Rumi
Bacaan Rumi: Allahumma inni zholamtu nafsi zull man katsiran walaa yagh firu zunuuba illa anta, fagh firli min indika magfirotan innaka antal rgho fuu rur rahim.
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan ampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Waktu Solat Taubat
Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa atau waktu sahaja kecuali ada waktu atau keadaan yang tidak dibolehkan melakukan solat. Walau bagaimanapun, solat sunat ini sebaiknya dilaksanakan pada 2/3 malam atau waktu melakukan Qiamullai. Solat ini juga boleh dilaksanakan sebaik sahaja individu merasakan ada dosa atau kesalahan yang telah dilakukan.
Soalan FAQs Berkenaan Solat Taubat
Berapakah rakaat solat taubat yang boleh dilakukan?
2, 4, 6 rakaat
Bilakah waktu boleh mendirikan solat taubat?
Solat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa atau waktu sahaja kecuali ada waktu atau keadaan yang tidak dibolehkan melakukan solat.