Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Bantuan Kanak-kanak Tahun 2020

Permohonan Bantuan Kanak-kanak
Permohonan Bantuan Kanak-kanak

Kadar Bantuan Kanak-kanak JKM Terbaru 2021

Menurut makluman tersebut, jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti berikut:
Jumlah bantuan lama : 
Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (mulai 2021) :
– Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahunakan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
– Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
– Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

Syarat Kelayakan

Kriteria khusus bagi membuat permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti berikut:

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak  melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan
kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM 2021

Anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara, iaitu sama ada secara manual atau online.

Di sini kami kongsikan langkahnya:

i) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Online

  • Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  • Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
  • Tekan butang Daftar.
  • Isikan makluman lain yang berkaitan.
  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

ii) Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai Pejabat JKM Negeri & Cawangannya boleh dirujuk di SINI.

Borang Permohonan Bantuan JKM

Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati