Denyutan nadi yang tidak normal dan tidak teratur boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Sebenarnya, adalah sangat penting untuk semua mengetahui kadar denyutan nadi normal demi kesihatan masing-masing. Jika seseorang itu tidak berjaya mengawal kadar denyutan nadi, maka dia akan terdedah kepada serangan jantung.
Dalam artikel kali ini, penulis akan berkongsi cara mengenalpasti kadar denyutan nadi normal mengikut umur, cara mengenalpasti gejala denyutan nadi tidak normal, dan cara mengawal denyutan nadi rehat.
Apakah itu Denyutan Nadi?
Isi Kandungan
Denyutan nadi menunjukkan kadar degupan jantung anda. Denyutan nadi adalah bilangan kali jantung berdenyut dalam setiap minit. Anda boleh menghitung semasa berehat (dipanggil “kadar jantung berehat”) dan semasa bersenam (dipanggil “kadar jantung latihan”).
Anda boleh mengesan kadar denyutan nadi anda dengan cara bantuan jari telunjuk dan jari tengah, dan rasakan dan cari nadi di bahagian tubuh. Anda juga boleh menggunakan pulse oxymeter untuk mengukur kadar denyutan nadi anda.
- Pergelangan tangan
- Bahagian dalam siku (berhampiran pelipat)
- Bahagian buku lali
- Bahagian sisi leher
Denyutan Nadi Normal
Kadar denyutan nadi normal adalah berbeza-beza mengikut umur, aktiviti harian dan tahap kesihatan. Bagi orang dewasa adalah adalah 60 hingga 100 denyutan dalam 1 minit. Sekiranya kadar denyutan nadi adalah di bawah 60, individu tersebut dikatakan mengalami keadaan jantung yang dikenali sebagai bradycardia. Sementara itu, jika nadi berdenyut melebihi 100 kali seminit ketika sedang berehat, anda mungkin mengalami tachycardia.
Bradycardia
Bradycardia berlaku apabila degupan jantung perlahan daripada biasa iaitu kurang daripada 60 kali seminit. Anda boleh capai degupan jantung lebih rendah ketika sedang tidur. Dalam kes bradycardia yang lebih serius, ia disebabkan oleh ketidakmampuan jantung untuk mengepan darah dengan baik ke seluruh badan.Simptom yang dialami adalah berasa sesak nafas, pening atau lesu.
Tachycardia
Dalam kebanyakan masa, tachycardia hanya perlu diberikan perhatian sekiranya kadar nadi melebihi 100 per minit pada keadaan rehat. Ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung, strok atau mati mengejut. Oleh itu, anda perlulah lakukan pemeriksaan berkala untuk kenalpasti tahap kesihatan dari semasa ke semasa.
Denyutan Nadi Mengikut Umur
Kadar denyutan nadi yang baik adalah berbeza bagi setiap individu. Umumnya ia bergantung kepada usia dan jenis pekerjaan fizikal yang dilakukan. Sekiranya kadar nadi normal mengikut umur lebih rendah daripada 60 per minit, bukanlah bermakna ia tidak normal. Bagi atlet atau individu yang sering melakukan aktiviti fizikal sederhana hingga kuat, kadar degup jantung adalah antara 40 hingga 60 per minit.
Bayi baru lahir – 100-160 degupan / minit |
0-5 bulan – 90-150 degupan / minit |
6-12 bulan – 80-140 degupan / minit |
1-3 tahun – 80-130 degupan / minit |
3-5 tahun – 80-120 degupan / minit |
6-10 tahun – 70-110 degupan / minit |
11-14 tahun – 60-105 degupan / minit |
15 -19 tahun – 60-100 degupan / minit |
20 tahun – 100-170 degupan / minit |
30 tahun – 95-162 degupan / minit |
35 tahun – 93-157 degupan / minit |
40 tahun – 90-153 degupan / minit |
45 tahun – 88-149 degupan / minit |
50 tahun – 85-145 degupan / minit |
55 tahun – 83-140 degupan / minit |
60 tahun – 80-136 degupan / minit |
65 tahun – 78-132 degupan / minit |
70 tahun – 75-128 degupan / minit |
Denyutan Nadi Normal Dewasa
Berdasarkan American Heart Association (AHA), sebagai individu dewasa, kadar denyutan nadi anda mestilah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
Denyutan Nadi Normal Kanak-kanak
Bagi kanak-kanak berusia antara 6 hingga 15 tahun, denyutan nadi seharusnya antara 70 hingga 100 bagi setiap minit.
Cara Kenalpasti Gejala Denyutan Nadi Tidak Normal
Denyutan nadi tidak normal atau tidak teratur dikenali sebagai aritmia. Walaupun aritmia kadang-kadang boleh menjadi begitu singkat sehingga hampir tidak mengubah ritma jantung sama sekali, aritmia juga boleh mengakibatkan gangguan teruk dalam kes tertentu. Berikut adalah gejala yang jika seseorang mengalami denyutan nadi tidak normal:
- Pening atau pengsan
- Keletihan
- Kelemahan
- Jantung berdebar
- Degupan jantung yang pantas dan berdegup kencang
- Sakit atau tekanan di dada
- Kebimbangan dan sesak nafas
- Aritmia boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba dalam kes yang teruk.
Cara Kawal Denyutan Nadi Rehat
Disebabkan gaya hidup zaman sekarang, ramai antara kita yang mudah stress dan sukar menguruskan kesihatan dan mengawal emosi. Kesannya gaya hidup masa kini memberi kesan kepada peningkatan kadar degupan nadi rehat anda. Untuk mengawal kadar denyutan nadi ke paras normal, anda boleh ambil beberapa tindakan berikut seperti berikut :
1. Amalkan senaman |
2. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan diproses |
3. Uruskan stres dengan mengamalkan meditasi dan senaman pernafasan |
4. Berhenti merokok |
5. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol, berkafein dan minuman tenaga (energy drink) yang boleh meningkatkan kadar denyutan nadi. |
6. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi |
7. Turunkan berat badan |
8. Anda juga digalakkan untuk kurangkan penggunaan telefon dan peranti dengan terlalu kerap. |
Soalan FAQs Berkenaan Denyutan Nadi
Berapakah kadar denyutan nadi normal untuk kanak-kanak?
70 hingga 100 degupan seminit.
Apakah bahagian badan yang boleh anda rujuk untuk ukur denyutan nadi?
Pergelangan tangan, Bahagian dalam siku (berhampiran pelipat), Bahagian buku lali, Bahagian sisi leher