Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat

Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat
Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat 6

Makluman terbaru daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang memperkenalkan uniform baharu pengakap yang lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.

Hal ini telah dijelaskan oleh Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin semasa di Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ serta seluar berwarna ‘aspen green’ disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.

Berkenaan Uniform Baharu Pengakap

Tujuan Uniform Baharu Pengakap

image 59
Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat 7

Keputusan PPM untuk menukar pakaian seragam adalah sebagai langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda dalam dunia pengakap.

Selain itu, dengan pertukaran uniform baharu pengakap antara lain dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran Malaysia.

Pihak PPM sentiasa komited dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman. Mula diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan kepengakapan melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan untuk memastikan ia terus bergerak relevan serta dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara.

Ciri dan Bentuk Uniform Baharu Pengakap

Berdasarkan gambar reka bentuk uniform baharu pengakap ini dapat kita ketahui bahawa pemilihan untuk uniform baharu pengakap no.3 ini adalah berwarna ’emerald sea’ atau warna daripada permata zamrud yang memiliki warna yang lebih lembut.

image 58
Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat 8

PPM juga telah perkenalkan 4 jenis bentuk uniform baharu pengakap iaitu:

  • Baju pengakap lelaki
  • Baju pengakap perempuan
  • Baju pengakap perempuan khas mengandung
  • Baju pengakap perempuan muslimah

Dengan 4 pengenalan rekaan baharu ini akan memberi kesedaran dan kemodenan pakaian pengakap itu sendiri. Ikuti panduan dan buku log pengakap Malaysia.

Sebab Pemilihan Uniform Baharu Pengakap

Dikatakan uniform pengakap telah 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu. Oleh itu, PPM dengan sukacitanya telah mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar serta moden yang dijenamankan sebagai Pakaian Seragam Pengakap No. 3.

image 60
Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat 9

Disamping itu, uniform baharu pengakap akan memberikan wajah baharu kepada pergerakan pengakap, langkah ini juga menjadi mekanisme baharu yang penting dalam usaha PPM untuk mengawal dan membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa.

PPM telah mengambil langkah yang betul dalam memastikan imej dan integriti pergerakan pengakap sentiasa terpelihara dengan baik. Antara pihak yang memainkan peranan penting dalam pertukaran uniform ini adalah Seri Pertiwi yang turut sama bertungkus-lumus dalam memberikan input untuk pertukaran pakaian uniform baharu pengakap.

Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Selain itu, PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara dalam berperingkat.

Proses Tukar Uniform Baharu Pengakap Tidak Bebankan Ibu Bapa

Pihak PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran uniform baharu pengakap ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli. Proses pertukaran ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama adalah boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu dalam tiga tahun lagi.

image 61
Uniform Baharu Pengakap 2024 dan Proses Pertukaran Uniform Secara Berperingkat 10

Pihak PPM menegaskan bahawa tiada paksaan kepada mana-mana ahli untuk menukar pakaian seragam mereka. Untuk pelajar yang kurang berkemampuan, mereka boleh mengenakan skarf untuk menyertai sebarang aktiviti.

Masalah Berkenaan Uniform Pengakap Lama

Baju pengakap warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan permasalahan berkaitan dalam mendapatkan tona yang konsisten. Berdasarkan warna baharu yang dipilih, PPM berharap dapat menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal dengan pakaian yang lebih seragam secara keseluruhan.

Selain itu, PPM juga berharap pertukaran pakaian seragam baharu dapat menarik lebih ramai ahli baharu sekali gus mempertingkatkan pertumbuhan keahlian.

Dengan penukaran uniform baharu pengakap, ini adalah pencapaian besar yang menunjukkan PPM sedang memasuki fasa baharu. PPM harus dipuji kerana berjaya merealisasikan usaha penyegaran jenama pengakap ke arah sebuah pergerakan yang lebih berketrampilan serta moden selaras dengan misi dan misi Pengakap Dunia.

Pengenalan pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati