Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

RASMI Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Pencen Pesara Kerajaan

RASMI Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023. Dengan segala rasa syukur, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas kabar baik yang kami terima, yaitu bahwa pemerintah akan melanjutkan pemberian bantuan finansial khusus sebesar RM350 kepada para pensiunan pemerintah, yang akan dibayarkan pada bulan Januari 2023 ini. Bantuan ini diharapkan dapat sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada saat ini. Di bawah ini, kami ingin berbagi jadwal pembayaran pensiun bagi para pensiunan pemerintah untuk tahun 2023. Dengan merencanakan penggunaan dana dengan bijaksana, diharapkan bahwa dana pensiun ini dapat bertahan hingga pembayaran selanjutnya

RASMI Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Bantuan ini diharapkan dapat sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada saat ini. Di bawah ini, kami ingin berbagi jadwal pembayaran pensiun bagi para pensiunan pemerintah untuk tahun 2023. Dengan merencanakan penggunaan dana dengan bijaksana, diharapkan bahwa dana pensiun ini dapat bertahan hingga pembayaran selanjutnya.

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 ini memegang peranan penting bagi pesara dan waris kerajaan. Ia memberikan peringatan penting mengenai tarikh pencen masuk, membolehkan mereka mengatur pengurusan perbelanjaan bulanan dengan lebih baik.

Dapatkan informasi bantuan, jawatan kosong dan lain-lain maklumat yang bermanfaat di Telegram Rasmi Sistem Guru Online di bawah.

Berikut Jadual Pembayaran Pencen 2023

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 di bawah adalah berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan rujukan JPA 800-1/6/3 ( 25 ) : Jadual 1 – Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan Bagi Tahun 2023. Oleh itu, berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran pencen yg telah dijadualkan.

Download Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Di Sini

Download Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2023

Nota: Sekiranya jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 di atas ‘crash‘ di paparan mobile atau smartphone anda, boleh rujuk jadual pembayaran pencen pesara kerajaan dalam format gambar atau jpg di bawah. Selain itu, anda juga boleh download jadual pencen 2023 yg lengkap melalui pautan yg disediakan di bawah perkongsian ini.

PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN JANUARI

Jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 untuk bulan Januari ialah pada 16/01/2023 bersamaan dengan hari Isnin.

Pembayaran pencen pesara pada bulan Januari telah diawalkan sedikit disebabkan pada minggu keempat Januari akan ada sambutan perayaan tahun baru cina iaitu pada 22 dan 23 bulan Januari 2023 (hari Ahad dan Isnin).

PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN FEBRUARI DAN MAC

Untuk bulan Februari pula, jadual bayaran pencen 2023 telah ditetapkan pada 20/02/2023 iaitu bersamaan hari Isnin.

Seterusnya, untuk bulan Mac, jadual pembayaran pencen pesara kerajaan akan dibayar pada 20/03/2023 iaitu pada hari Isnin.

Sementara, bulan Februari dan Mac, jadual pembayaran pencen masing-masing ialah pada 20 Febuari dan 20 Mac .

PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN APRIL DAN MEI

13/04//2023 iaitu hari Khamis adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk jadual pembayaran pencen bagi pesara untuk bulan April. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diberikan iaitu hari raya puasa yang bakal disambut oleh para pesara beragama Islam pada 22 dan 23 April 2023 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Kemudian, bagi bulan Mei pula jadual pencen 2023 penjawat awam akan dibuat pada 18/05//2023 iaitu pada hari Khamis. Pembayaran pencen pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu kerana sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei yakni selepas tarikh biasa jadual pembayaran pencen pesara kerajaan.

Bagi bulan Jun hingga November tahun 2023, jadual pembayaran pencen adalah seperti tarikh kebiasaan iaitu 19,20 dan 21 hari bulan. Jadual pembayaran pencen untuk bulan Jun akan dikreditkan pada 19 Jun 2023, manakala bagi bulan Julai pada tanggal 20.07.2023.

Sementara, jadual untuk Ogos ialah 21.08.2023 dan September pada 21.09.2023. Oktober dan November pula masing-masing ialah pada 19 hari bulan dan 20 hari bulan.

Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa sambutan istimewa namun tarikh-tarikh bagi sambutan tersebut adalah selepas ataupun sebelum jadual pembayaran pencen pesara dikeluarkan.

PEMBAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN DISEMBER

Akhir sekali, untuk bulan Disember. Jadual pembayaran pencen bagi pesara diawalkan pada 14/12/2023 iaitu pada hari Khamis kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2023 iaitu pada hari Isnin.

Jadi itulah dia, jadual pembayaran pencen pesara kerajaan 2023 yang telah ditetapkan kerajaan berdasarkan Arahan Perbendaharaan melalui kementerian kewangan Malaysia.

Ada di antara jadual pembayaran pencen itu yang telah diawalkan agar pesara kerajaan dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati