Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buat Kad Raya Digital Guna Handphone

KAD RAYA DIGITAL

Sambutan raya dijangka meriah dengan suasana ramai orang mula bersalam-salaman. Tidak lupa juga untuk mereka yang mengirimkan kad raya digital. Aliran zaman sudah berubah, makin banyak cara untuk memberi ucapan raya, beri duit raya dan lain-lain.

Akan tetapi, adakah anda tahu bahawa anda boleh hantar kad raya digital guna handphone? Kad raya digital kini sedang trending dan mendapat sambutan yang tinggi sebagai cara untuk memberi salam, mohon maaf dan mohon duit raya! Pasti meriah dengan kad raya digital yang anda hantar keranan mempunyai iringan lagu dan juga doa ikut penetapan anda. Jom kita semak cara buat kad raya digital guna handphone!

Kad Raya Digital Mudah dan Cepat

Apa itu Kad Raya Digital?

Screenshot 2024 04 07 183017

Kad raya digital adalah merupakan sebuah kad ucapan raya khas yang dijana melalui suntingan khas berkaitan dengan tema raya. Kad ucapan raya ini adalah berbentuk digital yang mana pemilik kad boleh memuatkan kata-kata ucapan hari raya yang sendiri sambil diiringi lagu raya atau doa pilihan.

Kad raya digital juga merupakan sebuah kemudahan dan cara alaf baharu dalam menyampaikan tanda kasih sayang sesama sahabat dan keluarga. Penggunaannya mudah dan boleh didapatkan secara bentuk video atau pautan website.

Contoh Kad Raya Digital

Ini adalah merupakan contoh kad raya digital yang anda boleh lihat sendiri. Pastinya memberi pengalaman baharu kepada rakan-rakan anda dalam memberi ucapan raya! Boleh tengok sendiri disini.

Screenshot 2024 04 07 182657

Ciri-Ciri Kad Raya Digital

Terdapat ciri-ciri yang menarik berkenaan kad raya digital. Berikut adalah merupakan ciri-ciri kad raya digital:

  • Berbentuk digital. Kad ucapan raya yang unik anda boleh guna dan terima dengan paparan yang meriah berserta animasi dan gerak geri gambar atau kemeriahan kad ucapan itu sendiri dengan warna warni.
  • Beri ucapan dan terima ucapan raya. Anda boleh berikan ucapan raya anda dan boleh juga terima ucapan raya daripada rakan-rakan anda!
  • Terima duit raya. Anda boleh masukkan makluman akaun bank anda dan terima duit raya secara atas talian!
  • Mempunyai lagu. Bagi kad ucapan raya yang melalui gambar atau file JPG dan PNG tidak dapat dimuatkan dengan bunyi lagu kerana ianya sekadar kad gambar yang biasa, Berbeza dengan kad ucapan raya digital yang boleh menimbulkan kemieriahan dan suasana raya melalui bukaan kad raya digital yang diiringi lagu.
  • Senang dan mudah dikongsi. Kad raya digital adalah bersifat atas talian dimana anda boleh dengan mudah untuk kongsikan ke whatsapp dan lain-lain media sosial. Kad raya digital ini juga tidak akan hilang kerana sudah disimpan ke dalam bentuk website.

Panduan Lengkap Cara Buat Kad Raya Digital Online

Untuk buat kad raya digital online anda, mudah sahaja melalui laman website undangan.my yang boleh menjana kad raya digital anda. Boleh ikuti beberapa langkap mudah untuk dapatkan kad raya digital murah dan ada harga promosi raya yang terbaru! Harga sekarang adalah RM15 sahaja untuk satu kad raya yang boleh dijana sendiri oleh anda.

Anda boleh dapatkan harga RM15 dengan guna promocode yang kami sedia iaitu ” SALAMRAYA “. Harga asal adalah RM39, Jom tebus sekarang!

photo 2024 04 02 14 09 13

Log Masuk atau Daftar Akaun Anda

Pertama sekali, anda boleh layari laman web undangan.my. Paparan website bersama puluhan design dipaparkan. Anda perlu log masuk terlebih dahulu. Caranya mudah dengan clik butang google emel dan pilih emel anda dan siap!

Pilih Background Raya Anda

Cara Buat Kad Raya Digital Online

Seterusnya piliha background raya yang anda gemari. Boleh pilih sendiri memandangkan terdapat banyak gambar background raya yang terbaru dan latest. Apabila anda berkenaan boleh click add to cart dan boleh teruskan untuk bayaran. Boleh gunakan sahaja promocode 60% potongan yang kami sediakan “SALAMRAYA”:

promocode kad raya digital

Untuk mudahkan anda, boleh rujuk tutorial lengkap buat kad raya digital:

Pilih Lagu Raya

Screenshot 2024 04 07 181815

Selepas anda selesai membuat bayaran, sistem akan paparkan secara automatik untuk anda jana sendiri kad ucapan anda. Kini langkah seterusnya adalah, anda boleh pilih lagu-lagu raya yang menarik untuk dimainkan kepada rakan-rakan anda yang membuka kad ucapan raya. Untuk lagu raya evergreen anda boleh rujuk senarai lagu raya evergreen pada perkongsian kami dibawah:

Pilih Gambar Raya

Anda juga boleh muatkan beberapa gambar raya atau gambar keluarga anda bersama ke dalam kad raya digital anda. Boleh muat naik beberapa gambar pilihan yang mudah untuk anda sediakan. Kami cadangkan anda upload gambar yang formal serta bersama keluarga.

Screenshot 2024 04 07 182031

Buat Ucapan Raya

Langkah seterusnya, anda boleh muatkan dan buat ucapan hari raya anda. Jikalau anda tidak mempunyai idea berkenaan ucapan raya, anda boleh copy paste melalui perkongsian kami dibawah:

Jadi, jangan tunggu lagi! Inilah pengalaman yang anda boleh rasai setahun sekali dengan buat ucapan raya melalui kad ucapan raya digital!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati