Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral

3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral
3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral 6

Cara buat Taufu Fa!! Siapa yang tak suka Taufu Fa bukan? Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah tau fu fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan.

Manisan ini menjadi pilihan ramai ketika musim berpuasa, tetapi tak perlu tunggu sebulan sekali untuk merasanya. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah, ia mungkin lebih bagus kerana boleh mengurangkan kadar gula untuk kesihatan. Cara buat Taufu Fa sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya.

Apa Itu Taufu Fa?

Taufu Fa Soya Viral 1
3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral 7

Tau Fu Fah (Bahasa Cina:豆腐花, dòufuhuā) atau Tau Fah (Bahasa Cina:豆花, dòuhuā) ialah sejenis pencuci mulut Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut.

Tauhu dikatakan berasal daripada China purba semasa zaman Dinasti Han. Orang-orang Cina telah membangunkan dan memperkayakan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa mereka sendiri.

Kaedah Cara Buat Taufu Fa Yang Mudah, Lembut, dan Sedap

1. Taufu Fa Original

Taufu Fa Soya Viral 2
3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral 8

BAHAN-BAHAN:

  • 150 gram kacang soya
  • 1 liter air
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung *
  • 1/2 sudu kecil sekko /GDL*
  • 1/2 cawan air *
  • 2-3 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:

  1. Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
  2. Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
  3. Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
  4. Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
  5. Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
  6. Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika tau fu fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.

BAHAN AIR GULA:

  • 3 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula putih
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.

2. Taufu Fa Custard

Taufu Fa Soya Viral 3
3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral 9

BAHAN-BAHAN:

  1. 1 blok Taufu lembut
  2. 1 keping nisan kerek – boleh ganti gula melaka
  3. 1/2 cawan air
  4. 1 daun pandan simpul

CARA MEMBUAT:

  1. Kukus (Steam) taufu selama 5 minit.Angkat, keluarkan dari bekas dan ketepikan. 
  2. Sediakan sirap nisan kerek; didihkan air, nisan kerek dan daun pandan. Bila semua nisan larut; Tutup api. Tapis.
  3. Tuang sirap nisan keatas taufu kukus tadi. Sedia untuk dihidang panas ataupun sejuk.
  4. Taufu lembut yang digunakan.

3. Taufu Fa Telang

Taufu Fa Soya Viral 4
3 Kaedah Cara Buat Taufu Fa Soya Viral 10

BAHAN-BAHAN:

  • Taufu
  • 1 kotak Air Soya (1 liter)
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 3 sudu makan Gelatin
  • 27 kuntum Bunga Telang
  • Air Gula (3 serving)
  • 1/4 cawan Gula Melaka
  • 1 cawan Air
  • 1 helai Daun Pandan

CARA MEMBUAT:

  1. Bland sebahagian Air Soya dengan bunga telang, gula dan gelatin. Tapis dan masakkan di atas api sederhana sehingga panas dan semua larut. Masak sampai jadi panas-panas je.
  2. Potong kotak dari sisi. Dan masukkan air soya dalam kotak selepas ia agak sejuk.
  3. Untuk Air Gula Melaka, panaskan semua bahan sehingga larut dan angkat dari periuk untuk disejukkan sebelum dihidang dengan taufu fa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati