Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Awal IPT 2022 l Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2022

BAKIPT

Bantuan Awal IPT 2022 l Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2022. Bantuan awal kemasukan ke institusi pengajian tinggi(BAKIPT) telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan mendapat bantuan selayaknya. Terdapat banyak bantuan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan antaranya adalah dengan melalui sumbangan bantuan kewangan kepada mereka yang layak pelbagai golongan.

Bagi bantuan kepada pelajar yang akan melanjutkan ke peringkat lebih tinggi, bantuan seperti bantuan awal kemasukan IPT telah diperkenalkan. Jikalau anda  berminat untuk menerima bantuan daripada kerajaan. Anda boleh ikuti maklumat lanjut, syarat kelayaka  dan cara permohonan di bawah.

Bantuan Awal IPT Sesi Pengajian 2022 l Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2022

Apakah Itu Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi(BAKIPT)?

Bantuan Awal IPT
Bantuan Awal IPT

Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi(BAKIPT) merupakan bantuan yang dilancarkan oleh Seksyen Pembiyaan Pendidikan Negeri Kedah(SPPNK). Ia merupakan bantuan yang diperkenalkan bagi membantu pelajar yang baharu memasuki alam IPT.

Berapakah Kadar Bantuan Awal IPT? 

Kadar bantuan bagi Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi(BAKIPT) sebanyak RM300 yang diperuntukan keatas seorang dibawah SPPNK.

Apakah Syarat Kelayakan Bagi Memohon Bantuan Awal IPT Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi(BAKIPT)?

Bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan , anda terlebih dahulu mestilah menyemak syarat kelayakan dibawah:

  1. Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  3. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  4. Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    1. Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
    2. Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
    3. Pelajar SEPARUH MASA
    4. Pelajar LUAR KAMPUS
    5. Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
    6. Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
    7. Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permohonan Bantuan Awal IPT Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi(BAKIPT) Di Bawah SPPNK

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan bantuan BAKIPT, anda boleh membuat permohonan secara atas talian(online) mengikut kaedah yang ditetapkan oleh pihak SPPNK.

Untuk membuat permohonan BAKIPT, anda boleh ikuti dibawah pautan dibawah:

Mohon Bantuan Awal Pengajian Institusi Pengajian Awam(BAKIPT)

  • Permohonan BAKIPT FASA 2 2022 dibuka bermula 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan. 
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (on-line) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK (sila klik pautan ini)
  • Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik  di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL / PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN KEDAH adalah seperti berikut:
  •  Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim (Bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja.)
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi SPPNK di talian 04 702 7272/7283 atau melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati