Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-Besaran Jawatan RISDA Mac 2024

JAWATAN RISDA MAC 2024

Makluman terbaru daripada RISDA pada 16 Mac 2024 dengan pengambilan besaran jawatan RISDA Mac 2024. Perkara ini telah diwar-warkan oleh pihak RISDA sendiri dengan membuka jawatan kosong seluruh negeri dengan pelbagai jawatan kosong menarik dibuka untuk permohonan.

Bagi mengikuti maklumat lebih lanjut berkenaan jawatan RISDA Mac 2024 anda boleh merujuk maklumat beberapa perkara seperti dibawah antaranya senarai jawatan ditawarkan, syarat permohonan dan cara permohonan.

Hebahan Jawatan RISDA Mac 2024

RISDA sememangnya badan berkanun kerajaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan urusan pengusaha ladang dan tanaman terus subur dalam negara. RISDA juga membekalkan sumber dan tenaga pengajar yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai insan berbakat dalam industri pertanian terkini.

Melalui jawatan kosong yang dibuka untuk ambilan Mac 2024 ini diharapkan para calon boleh mengambil peluang dengan baik dan buat permohonan dengan kadar segera berdasarkan paparan maklumat yang kami sediakan.

Senarai Jawatan RISDA 2024

Anda boleh merujuk senarai jawatan kosong yang telah dibuka untuk diisi oleh para calon. Maklumat senarai jawatan RISDA Mac 2024 adalah disusun dalam bentuk jadual:

Senarai Jawatan KosongLokasi Penempatan
Akauntan (WA41)Ibu Pejabat Risda
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)Ibu Pejabat Risda
Perangkawan (E41)Ibu Pejabat Risda
Pegawai Undang- Undang (L41)Ibu Pejabat Risda
Penolong Pegawai Pertanian (G29)Seluruh Negara
Penolong Pegawai Tadbir (N29)Ibu Pejabat Risda
Penjaga Jentera Elektrik (J19)Terengganu / Sarawak
Pembantu Kemahiran (H19)Sarawak
Pembantu Awam (H11)Seluruh Negara
Pemandu Kenderaan (H11)Kedah / Perak

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman kepada para calon, iklan telah dikeluarkan bermula 16 Mac 2024 dan pihak RISDA menyeru semua mereka yang berkelayakan daripada PMR, SPM, Diploma dan juga Ijazah untuk membuat permohonan jawatan kosong sektor kerajaan.

Permohonan mestilah dikemukan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Mac 2024. Oleh itu, diminta kepada para calon untuk membuat permohonan secara segera dan menyemak lebih terperinci bagi setiap jawatan kosong yang ditawarkan.

Syarat-syarat Membuat Permohonan Kerja

Untuk membuat permohonan jawatan kali ini, para calon pemohon kerja perlu menepati beberapa maklumat seperti syarat-syarat kelayakan permohonan kerja yang telah ditetapkan secara umum. Berikut adalah merupakan syarat permohonan kerja:

  1. Calon adalah warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah umur 18 tahun dan keatas semasa permohonan.
  3. Mempunyai kelayakan akademik bermula SPM, Diploma dan Ijazah.
  4. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer.
  5. Boleh bekerja dalam kumpulan dan mahir dalam beberapa perkara

Seterusnya, anda boleh membuat semakan pada iklan rasmi, cara permohonan dan perkara lain yang perlu anda cakna dalam urusan permohonan jawatan RISDA.

Caara Permohonan untuk Jawatan RISDA Mac 2024

Iklan Jawatan Kosong RISDA Terkini

Jawatan RISDA Mac 2024

Untuk makluman kepada semua, ini adalah merupakan iklan siaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak RISDA. Berdasarkan makluman iklan ini, telah dibuka sebanyak 10 tawaran jawatan kosong daripada RISDA untuk perngambilan seluruh negara.

Para calon boleh menyemak sendiri iklan yang disediakan oleh RISDA secara lengkap melalui pautan yang kami sediakan dibawah:

Panduan Permohonan Kerja RISDA Melalui MYFUTUREJOB

Bagi mempbuat permohonan jawatan RISDA Mac 2024 ini anda perlu membuat permohonan secara atas talian dengan merujuk panduan dan cara dibawah. Berikut adalah merupakan langkah-langkah permohonan yang anda boleh buat:

  1. Layari laman web myfuturejob. Buat carian ‘RISDA’.
  2. Rujuk maklumat jawatan kosong RISDA yang masih dibuka.
  3. Amda boleh membuat semakan lebih lanjut berkenaan skop tawaran kerja dan lain-lain.
  4. Untuk membuat permohonan anda boleh klik apply.
  5. Anda akan diminta untuk membuat pendaftaran sekiranya belum mempunyai akaun.
  6. Selepas mengikuti beberapa arahan mudah, anda boleh membuat pengesahan permohonan anda.

Dengan mengikuti beberapa langkah diatas dan menyempurnakan dengan pengesahan, maka permohonan anda adalah selesai dan perlu menunggu makluman daripada majikan sekiranya terpilih dalam pengambilan RISDA kali ini.

Para calon boleh membuat persediaan dan merujuk perkara-perkara yang berkaitan dalam urusna permohonan. Pastikan juga anda membuktikan kemampuan diri anda dalam mendapatkan pekerjaan anda dalam bidang sektor awam ini.

3 KOMEN

  1. Sy nak tanya iklan jawatan kosong RISDA ni nak kelulusan SPM ke PMR…tgk kat syarat pemohon nk SPM ke atas tapi yg lagi satu PMR pn boleh,mn satu ni….jangan la main2

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati