Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Apa itu Smart Lane, Cara Guna Smart Lane dan Lokasi Smart Lane

Apa itu Smart Lane, Cara Guna Smart Lane dan Lokasi Smart Lane

Jom guna Smart Lane! Sekiranya anda menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sewaktu musim perayaan ini atau pada cuti umum, pasti hadapi kesesakan lalu lintas yang berlaku sepanjang perjalanan di lebuhraya. Jadi ada inisiatif lain untuk mengelakkan daripada kesesakan dan antaranya adalah melalui laluan kecemasan atau Smart Lane di lebuhraya PLUS pada tempat-tempat yang ditetapkan sahaja.

Smart Lane ini mempunyai keistimewaan yang disediakan PLUS ini. Inisiatif ini diberikan sewaktu perayaan atau cuti umum sahaja yang mana pihak PLUS akan mengaktifkan Smart Lane.

Berkenaan Smart Lane PLUS dan Cara Guna Smart Lane

Apa itu Smart Lane PLUS?

image 97

Smart Lane ialah merupakan satu inisiatif atau usaha oleh pihak PLUS di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada tahun 2019 bagi mengatasi kesesakan antara tol Setia Alam dan tol Shah Alam pada masa puncak. Ketika itu, semua laluan termasuk lorong kecemasan akan dibuka kepada umum untuk kegunaan trafik dalam membantu melancarkan pengaliran kenderaan trafik dan mengurangkan kesesakan sehingga ke tahap 30 ke 40 peratus.

image 98
Apa itu Smart Lane, Cara Guna Smart Lane dan Lokasi Smart Lane 7

Kemudian itu, inisiatif pengaktifan Smart Lane telah diperluaskan ke lebih banyak tempat di sepanjang lebuhraya PLUS. Perkara ini sangat membantu pada tempat yang hanya ada terdapat dua lorong sahaja. Pemandu kini boleh mengetahui kawasan yang terlibat jika dipaparkan papan tanda kuning bertulis “PENGAKTIFAN SMART LANE”.

Cara Guna Laluan Smart Lane PLUS

image 96
Apa itu Smart Lane, Cara Guna Smart Lane dan Lokasi Smart Lane 8

Untuk pengetahuan umum, Smart Lane hanya diaktifkan di beberapa tempat dan jarak di lebuhraya PLUS. Anda melihat pada papan tanda kuning tertera “PENGAKTIFAN SMART LANE” yang mana ia menunjukkan tempat laluan bermula serta masa ia bermula dan tamat anda akan melihat papa tanda kuning tertera “LALUAN PENGAKTIFAN SMART LANE : TAMAT”.

Panduan guna laluan Smart Lane:

  • Bagi pemandu yang ingin menggunakan Smart Lane.
  • Pemandu boleh pergi ke lorong paling kiri atau lorong kecemasan dengan pastikan keadaan selamat.
  • Berikan signal ke kiri dan pastikan jarak kenderaan anda selamat.
  • Apabila berada di Smart Lane, sentiasa peka dengan kelajuan kenderaan serta kenderaan yang akan keluar atau masuk ke laluan.

PERINGATAN : Smart Lane yang menggunakan lorong kecemasan lebih sempit dari laluan biasa. Mohon pemandu berwaspada dengan kenderaan besar yang berada di lorong kiri dan mungkin termasuk ke sebahagian laluan Smart Lane.

Rujukan Lebih Lanjut Berkenaan Smart Lane:

Apa yang penting, para pemandu perlu ketahui di mana laluan Smart Lane akan Tamat. Apabila telah sampai di garis Tamat Smart Lane, Pemandu perlu masuk semula ke kanan untuk laluan biasa lebuhraya. Jarak Smart Lane yang disediakan diantara jarak 400 meter ke 10km.

Senarai Laluan Smart Lane Hari Raya Aidilfitri 2024

Lokasi smart lane lebuh raya hari raya 2024
Lokasi smart lane lebuh raya hari raya 2024

Berikut adalah merupakan laluan smart lane yang disediakan oleh PLUS bagi para pemandu. Boleh juga ikuti update terkini lalu lintas di laman Facebook rasmi Lembaga Lebuh Raya Persekutuan(LLM). Mohon rujuk senarai laluan dibawah:

PLUS UTARA

  • КМ 108.0-KM 112.0 arah Selatan (Sg. Petani (S)- Layby’ Tikam Batu)
  • KM 150.4-KM 146.4 arah Utara (Bukit Tambun (U) ke Plaza Tol Juru)
  • KM 155.5-KM 157.2 arah Selatan (Bandar Cassia – ‘Layby’ Sg. Bakap)
  • KM 303.2-KM 297.0 arah Utara (Gua Tempurung ke Gopeng)
  • КМ 367.3-KM 354.0 arah Utara (Slim River ke Sungkai)
  • КМ 354.0-KM 356.0 arah Selatan (Bidor ke Sungkai)

PLUS TENGAH

  • KM 439.5-KM 435.5 arah Utara (R&R Rawang ke Sg. Buaya)
  • KM 437.1-KM 443.3 arah Selatan (‘Layby’ Rawang ke Pers. Rawang)
  • KM 3.3-KM 9.0 arah Utara (Setia Alam ke Shah Alam)
  • KM 11.2-KM 13.3 arah Utara (Petron, NKVE ke Subang)
  • KM 280.0-KM 276.0 arah Selatan (Nilai-R&R Seremban)
  • KM 8.1-KM 6.1 arah Utara (OBR USJ ke Seafield)

PLUS SELATAN

  • KM 260.0-KM 263.1 arah Utara (Port Dickson ke Seremban)
  • KM 194.5-KM 184.0 arah Selatan (Ayer keroh ke Layby’ Bemban)
  • KM 27.0-KM 19.0 arah Selatan (Kulai ke Senai)
  • KM 19.0-KM 27.0 arah Utara (Senai ke Kulai)
  • KM 4.5-KM 1.9 arah Selatan (Dato’ Onn ke Pasir Gudang)
  • КМ 0.4-KM 6.0 arah Utara (Pandan ke Kempas)


Semasa memandu anda perlu mengamalkan pemanduan yang selamat di sepanjang perjalanan. Berhati-hati semasa di musim perayaan dan patuhilah had laju yang ditetapkan. Pastikan juga segala persediaan dipersiapkan seperti baki Touch n Go, RFID dan lain-lain.

Pertikaian Masalah Smart Lane di Lebuh Raya

Walaupun ia merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan, namun menerima pelbagai perspektif daripada pelbagai pemandu. Ada antara mereka merasakan susah apabila menggunakan smart lane yang disediakan.

Screenshot 2024 02 14 024034

Berikut adalah merupakan beberapa perkara yang menjadi pertikaian mengenai penggunaan smart lane:

  • Singboard Kecil. Ada beberapa pihak yang terkeliru dan tidak nampak papan paparan smart lane bermula.
  • Warna Lane Kecil. Dengan keadaan laluan yang sempit daripada laluan biasa, para pemandu perlu lebih berhati-hati.
  • Persoalan bilakah smart lane dibuka mengikut waktu. Masih ramai yang belum mengetahui apakah waktu yang diaktif dan tidaktif bagi menggunakan laluan smart lane.
  • Penggunaan smart lane masih belum menyeluruh. Memandangkan smart lane masih baru diperkenalkan ramai yang membuat keluhan berkenaan smart lane keranan kurang mendapat info.

Jadi dengan beberapa perkara diatas, pemandu berharap penggunaan smart lane dapat diperluaskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Aduan dan Pertanyaan Mengenai Laluan Smart Lane

Kemas kini trafik disediakan secara lansung melalui paparan papan mesej elektronik di lokasi strategik, Aplikasi PLUS, X@PLUSTrafik, media sosial, media massa, dan banyak lagi. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi PLUSLine melalui:

  • 1800-88-0000 atau melalui PUTRI Chatbot melalui 019-356 9802 di WhatsApp atau Aplikasi PLUS untuk bantuan sekiranya berlaku kecemasan semasa dalam perjalanan di lebuh raya.

Soalan FAQs Berkenaan Smart Lane

Berapa kelajuan di smart lane?

Untuk makluman kelajuan yang ditetapkan adalah 60kmh.

Apakah waktu smart lane dibuka?

Ianya adalah berdasarkan kemaskini oleh pihak PLUS tidak terhad kepada perayaan.

Adakah smart lane dan laluan emergency adalah sama?

Tidak, laluan smart lane adalah beberapa KM sahaja sehingga 10KM. Manakala laluan emergency adalah sepanjang lebuh raya pada bahagian kiri.

Bagaimana tahu smart lane itu sedang beroperasi?

Pemandu boleh merujuk pada papan signboard berwarna kuning yang tertera ” PENGAKTIFAN SMART LANE”

1 komen

  1. pihak plus perlukan war-warkan secara meluas di platform media sosial @ sebagainya. ramai yang masih tidak tahu akan perkara ini terutamanya penunggang motosikal yang marah kenderaan lai lain menggunakan smart lane.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati