Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Hari Raya Haji 2024 dan Cuti Aidiladha 2024

Hari Raya Aidiladha 2024
Tarikh Hari Raya Haji 2024 dan Cuti Aidiladha 2024 3

Hari Raya Haji 2024 merupakan cuti umum di Malaysia. Hari Raya ini adalah perayaan Islam atau hari raya umat Islam yang penting. Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Hari raya korban ini dirayakan adalah untuk memperingati hari pengorbanan yang telah dilakukan pada Nabi Ismail. Hal ini kerana, Nabi Ibrahim telah menyembelih anaknya Nabi Ismail atas arahan daripada Allah SWT.

Selain itu, hari raya korban diingati sebagai hari raya haji kerana pada ketika itu umat Islam sedang melakukan ibadah Haji di tanah suci Mekkah.

Berkenaan Hari Raya Haji 2024 Serta Takwim Bulan Zulkaedah 1445 Hijrah

Tarikh Raya Haji 2024

Umat Islam di Malaysia dijangka bakal menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun 2024.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha belum dinyatakan lagi, namun begitu selalunya ia dijalankan pada 29 Zulkaedah bersamaan dengan 6 Jun 2024.

“Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2024 adalah pada 10 Zulhijjah 1445H, iaitu bersamaan dengan 17 Jun 2024.

Senarai Cuti Raya Haji 2024

Cuti Hari Raya Korban (hari pertama) adalah cuti kelepasan am bagi seluruh negeri di Malaysia. Manakala bagi hari kedua Raya Korban pula, cuti kelepasan am di berikan kepada dua negeri sahaja iaitu:

– Kelantan

– Terengganu

Sila rujuk Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dalam lampiran di bawah:

Hari Kelepasan Am
Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Sambutan Hari Raya Haji 2024

Senarai Ucapan Hari Raya Haji 2024

“Sempena Aidiladha yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan dan mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain. Semoga kebahagiaan dan keberkatan melimpahi dalam hidup kita. Selamat Hari Raya!”

“Pada Hari Raya Haji yang mulia ini, mari kita renungkan makna pengorbanan dan kesetiaan Nabi Ibrahim AS. Selamat Hari Raya Haji, semoga kita mampu meneladani semangat pengorbanan beliau dalam kehidupan kita.”

“Selamat Hari Raya Haji, semoga keimanan kita semakin kukuh dan mendapat berkat dalam setiap langkah kehidupan.”

“Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.”

“Pada Hari Raya Haji yang suci ini, semoga keikhlasan dan keberkatan menyertai setiap langkah kita. Selamat Hari Raya, selamat beribadah korban dan berbagi kebahagiaan sesama kita.”

Senarai Amalan Sunat Raya Aidiladha 2024

  1. 1. Mandi Sunat Hari Raya
  2. Sama seperti hari raya puasa, hari raya ini juga umat Islam digalakkan untuk mandi sunat. Mandi sunat ini boleh dilakukan selepas solat subuh atau selepas fajar.
  3. Kaum lelaki boleh mengamalkan cara pemakaian yang sering dipakai pada hari jumaat. Seperti memakai wangian.
  • 2. Ke Masjid Dengan Lebih Awal
  • Seperti hari raya puasa, umat Islam digalakkan untuk ke masjid untuk melaksanakan solat sunat hari raya seterusnya mendengar khutbah raya. 
  • Untuk kaum wanita, disunatkan untuk pergi ke masjid untuk sembahyang dan mendengar khutbah jika tiada halangan. Kaum wanita boleh hanya berzikir di rumah.
  • 3. Bertakbir Raya
  • Takbir akan bermula pada hari Arafah hingga asar hari Tasyrik
  • 4. Makan Selepas Solat Raya
  • Berbeza dengan hari raya puasa, yang disunatkan untuk makan sebelum ke masjid untuk solat sunat. Manakala untuk hari raya haji pula, disunatkan melewatkan makan iaitu selepas solat sunat.
  • 5. Bersedekah
  • Bersedekah seperti yang kita tahu dapat membantu meluaskan rezeki kita. Sedekah pada hari raya boleh diberikan kepada kaum kerabat atau saudara-mara. Bersedekah mengikut kemampuan kita sendiri.
  • 6. Tidak Memotong Kuku dan Mencukur Rambut
  • Sekiranya seseorang individu itu hendak berkorban, dinasihatkan agar tidak memotong kuku dan mencukur rambut.
  • 7. Ceria Pada Hari Raya
  • Sememangnya kegembiraan hendak digambarkan pada hari raya yang mana menjadi hari untuk berkumpul semua ahli keluarga. Hal ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.
  • 8. Berjaga Malam
  • Umat Islam dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk berjaga malam pada hari raya tersebut. Pada malam tersebut boleh diisi dengan qiamullail, berzikir, membaca al-Quran dan bertasbih.
  • Pada masa yang sama, umat Islam juga boleh melakukan persediaan untuk hari raya pada keesokan hari.

Kesimpulannya, amalan ini hendaklah diamalkan oleh seluruh umat Islam agar memperoleh pahala. Hal ini kerana, amalan ini adalah salah satu cara untuk memperoleh pahala dengan mudah.

Soalan FAQs Berkenaan Bulan Raya Haji 2024

Bilakah Musim Haji 2024?

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2024 Masihi bersamaan 1445 Hijrah, iaitu jatuh pada Khamis 17 Jun 2024M bersamaan 10 Zulhijjah 1445H.

Berapakah Hari untuk Hari Raya Haji 2024?

Selama 4 hari. Bermula dari hari ke-10 bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Bilakah Hari Raya Aidiladha dalam Bulan Islam?

Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى , Eid Al-Adha) jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.

Bilakah Sembelih Korban Dibolehkan?

Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya.

Berapa Kali Takbir Hari Raya Aidiladha?

 Terdiri daripada dua rakaat. 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati