Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Biskut Semperit Terkenal pada Hari Raya

Resepi Biskut Semperit
Himpunan Resepi Biskut Semperit Terkenal pada Hari Raya 5

Resepi biskut Semperit sudah tentu tidak dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya pada hari raya Aidilfitri. Biskut Semperit bagaikan sudah menjadi biskut yang wajib ada dalam aneka biskut raya di rumah. Yang lebih menarik, biskut tersebut kini datang pelbagai jenis seperti biskut Semperit Coklat.

Selain beli biskut Semperit ini di kedai, anda juga boleh membuatnya sendiri kerana cara pembuatan biskut Semperit adalah sangat mudah. Oleh itu, kami juga telah kongsikan beberapa resepi yang mudah untuk anda cuba di rumah lebih-lebih lagi bersama keluarga.

Senarai Resepi Biskut Semperit

Resepi Biskut Semperit
Himpunan Resepi Biskut Semperit Terkenal pada Hari Raya 6

Bagi anda yang ingin mencuba resepi biskut Semperit ini, anda bolehlah rujuk resepi-resepi yang kami sediakan dibawah. Rugi kalau tak cuba buat biskut semperit yang semestinya terkenal pada hari raya.

Resepi Biskut Semperit Susu

Bahan-bahan :

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gram tepung jagung (kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Coklat chip, untuk hiasan

Cara-cara buat biskut Semperit Susu :

  1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 10 minit. Boleh masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
  4. Terap dan hias bersama coklat chip.
  5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara

*Adunan doh ini agak lembik dan melekat, jangan banyakkan tambah tepung

Resepi Biskut Semperit Klasik

Resepi Biskut Semperit
Himpunan Resepi Biskut Semperit Terkenal pada Hari Raya 7

Bahan-bahan :

  • 250 gram buttercup
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 biji kuning telor
  • Sedikit pewarna kuning telor
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • Buah ceri untuk hiasan

Cara-cara buat biskut Semperit Klasik :

  1. Semua tepung diatas perlu diayak
  2. Pukul butter bersama kuning telor, gula icing, esen vanilla dalam 1 minit dan jangan terlalu lama
  3. Masukkan tepung yg diayak sedikit demi sedikit
  4. Gaul sehingga tidak melekat dijari. jika terlalu lembut tambah tepung gandum sedikit demi sedikit
  5. Tekan menggunakan acuan semperit kesukaan anda
  6. Letak hiasan ceri diatas
  7. Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit (bergantung kepada jenis oven masing2)

Resepi Biskut Semperit Coklat

Resepi Biskut Semperit
Himpunan Resepi Biskut Semperit Terkenal pada Hari Raya 8

Bahan-bahan :

  • 50g butter
  • 3/4 cawan gula ising
  • 1 sk coklat emulco (nak warna gelap boleh tambah lagi)
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 3/4cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan tepung gandum,tambah sikit-sikit ikut kelembutan doh
  • Hiasan: buah ceri atau coklat cip atau boleh ikut kesukaan anda

Cara-cara buat biskut Semperit Coklat :

  1. Satukan butter,gula,dan coklat emulco.Kacau sebati guna senduk
  2. Dah sebati butter dan gula, masukkan susu tepung,serbuk koko.Kacau sebati
  3. Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan
  4. Terus masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.
  5. Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan dah tak melekat pada tangan dan bekas. (doh jangan keras sangat takut susah tekan dalam acuan semperit)
  6. Dah siap doh bolehlah teruskan step tekan dalam acuannyanya cantik-cantik.
  7. Letaklah hiasan apa pun asalkan sesuai
  8. Bakar dengan suhu 150’c. Api atas bawah selama 20 -25 minit mengikut oven masing-masing.

Soalan FAQs Berkenaaan Resepi Biskut Semperit

Bagaimana rasa biskut Semperit?

Biskut Semperit mempunyai rasa yang unik dan sedap. Ditambahkan lagi dengan teksturnya yang gebu dan cair di dalam mulut.

Dimanakah boleh beli biskut Semperit?

Anda boleh beli biskut Semperit di mana-mana kedai atau pasaraya yang berdekatan. Anda juga boleh membeli atau menempah biskut semperit ini di media sosial seperti Instagram, Facebook, dan shopee.

Bagaimana cara penyimpanan biskut Semperit?

Anda boleh menyimpan biskut Semperit di dalam bekas yang kedap udara supaya biskut lebih tahan dan tidak masuk angin.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati