Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah

tempat menarik terengganu 2024
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 12

Tempat Menarik Terengganu 2024! Ia merupakan satu negeri destinasi percutian yang selalu menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau & pantai.

Terdapat senarai tempat menarik Terengganu 2024 yang popular yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan termasuk dengan info penting seperti waktu operasi dan harga tiket. Tempat yang menjadi tumpuan Terengganu adalah keindahan alam dan tempatnya yang unik.

Senarai Tempat Menarik Terengganu 2024

5 senarai tempat menarik Terengganu 2024 yang disusun bertujuan untuk membantu anda membuat perancangan dan idea bercuti di negeri Terengganu.

Kenyir Water Park

kenyir water park 1
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 13
kenyir water park
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 14

Berada di Pulau Poh di mana pengunjung perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi selama 10-15 minit sebelum sampai ke Kenyir Water Park. Dikatakan taman tema air ini memang sangat menarik kerana mempunyai kolam air di darat, pengunjung dewasa juga boleh mencuba aktiviti yang mencabar dengan permainan-permainan air di tengah-tengah tasik atau dikenali sebagai Lake Playstation. Antara tempat menarik Terengganu 2024 yang terbaik anda kena lawati.

Alamat :Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Waktu Operasi Kenyir Water Park
10 am – 5 pm

Kaunter Tiket:
9.30 am – 12 pm
2.00 pm – 4.00 pm
Harga Tiket Kenyir Water Park
Hari minggu, cuti sekolah & cuti umum
Dewasa: RM 25 seorang
Kanak-kanak: RM 15 seorang
Hari bekerja (Isnin-Khamis)
Dewasa: RM 15 seorang
Kanak-kanak: RM 10 seorang

Kenyir Elephant Village

kecv 1
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 15
kecv
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 16

Merupakan tempat atau pusat konservasi gajah yang dibuka sejak tahun 2012. Pengunjung yang hadir boleh melihat telatah gajah-gajah terlatih dan jinak yang beraksi dengan pelatihnya yang pasti mencuit hati para pengunjung. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menaiki gajah sambil ditemani pelatih bergerak ke kawasan yang ditetapkan. Berbeza dengan tawaran zoo lain, di sini pengunjung berpeluang dalam berinteraksi dengan gajah dengan cara yang lebih dekat berbanding di zoo biasa.

Selain itu, keadaan di dalam hutan membuatkan pengunjung sangat dekat dengan alam. Ia juga ada disediakan di sini jambatan gantung & menara tinjau untuk melihat aktiviti gajah di habitat asalnya.

Alamat : Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi Kenyir Elephant Village Terengganu
9 am – 6 pm (setiap hari)
Waktu Solat Jumaat ditutup ( 12.30 pm – 2.30 pm)
Harga Bayaran Masuk Kenyir Elephant Village Terengganu

Harga Tiket Untuk Pemegang MyKad
Dewasa (12 tahun & keatas): RM 40
Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 20
Kanak-Kanak (1-6 tahun): RM 5
Kanak-Kanak (bawah 1 tahun): Percuma

Pulau Redang

laguna redang island
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 17
photo2jpg
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 18

Tempat menarik Terengganu 2024 yang perlu ada dalam checklist! Percutian di pulau yang terkenal di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai serta air laut yang membiru. Pengunjung ke sini boleh melakukan aktiviti seperti snorkeling atau scuba diving bagi melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini.

Pulau Redang juga menyediakan resort dan hotel yang cantik serta sesuai sebagai destinasi berbulan madu suami isteri. Untuk perjalanan, perlu menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit & dari Jeti Merang pula dalam 45 minit

Alamat :Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu
Jeti-Jeti ke Pulau Redang:
Jeti Shah Bandar ( 12 minit dari Airport KT)
Jeti Merang (40 minit dari Airport KT)

Masjid Kristal

Screenshot 2024 02 11 163927
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 19
Screenshot 2024 02 11 163958
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 20

Dikatakan keseluruhan kos pembinaan masjid yang cantik dan menarik ini sebanyak sekitar 23 juta ringgit dan terletak di tepi Sungai Terengganu serta bersebelahan dengan Taman Tamadun Islam. Pengunjung juga boleh melihat keindahan masjid ini kalau menaiki river cruise atau melalui Jambatan Sultan Mahmud.

Alamat : Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang

Screenshot 2024 02 12 071915
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 21
Screenshot 2024 02 12 071844
Tempat Menarik Terengganu 2024 untuk Cuti Sekolah 22

Segala produk negeri Terengganu anda boleh dapatkan disini. Ada juga makanan seperti:

  • Keropok keping
  • Keropok sira
  • Keropok lekor
  • Ikan masin
  • Serunding

Ada juga produk kraftangan seperti :

  • Batik
  • Songket
  • Sutera
  • Hasil tenunan
  • Produk tembaga dan sebagainya.

Keberadaan tempat juga strategik berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Terengganu yang lain seperti Kampung Cina, Bukit Puteri, Dataran Shahbandar, Pulau Warisan & Bazar Warisan.

Alamat : 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi Pasar Besar Kedai Payang
8 am – 6 pm

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda mengenai tempat menarik Terengganu 2024. Mana tahu anda boleh buat perancangan melancong bersama-sama!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati