Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 Telah Dibuka kepada semua anggota koperasi tentera (KT).
Sesiapa yang memenuhi syarat dan berminat untuk memohon boleh meneliti syarat permohonan di bawah.
Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)
Isi Kandungan
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) merupakan bantuan berbentuk kebajikan yang akan disalurkan kepada anggota Koperasi Tentera (KT) dalam usaha meringankan beban perbelanjaan anggota dalam menyediakan segala keperluan anak-anak apabila bermula sesi persekolahan.
Maklumat Penting Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)
Tarikh Buka : 3 Ogos 2021
Tarikh Tutup : 10 September 2021
Syarat-syarat Kelayakan untuk Memohon Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)
- Sumbangan ini terbuka kepada semua anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja
- Haruslah merupakan anggota KT tidak kurang dari 4 tahun dan ke atas
- Status keanggotaan haruslah aktif dan tidak menamatkan sebarang keanggotaan dalam tempoh permohonan
- Sekiranya kedua suami dan isteri merupakan anggota KT, hanya SATU permohonan saja dibenarkan
- Pendapatan pokok atau pencen haruslah bawah RM5,000
- Terbuka kepada minimum 3 orang anak yang bersekolah peringkat rendah atau menengah
Dapatkan “Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021)” di sini
Kepada sesiapa yang berminat serta memenuhi segala kelayakan yang ditentukan, anda boleh memuat turun borang permohonan di bawah
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Muat Turun disini :
Selain itu, anda juga mendapatkan borang di ibu pejabat, cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran.
Cara Permohonan
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran atau hantar terus kepada ibu pejabat Koperasi Tentera beralamat:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)
2. Pastikan anda mengisi borang SBBS 2021 yang terkini seperti di atas
3. Keputusan permohonan akan dimaklumkan menerusi khidmat SMS atau surat
4. Sekiranya bayaran berbentuk cek, pihak Koperasi Tentera berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan mengikut polisi Koperasi Tentera dari semasa ke semasa
5. Borang yang difokostat atau emel atau faks boleh diterima
6. Borang permohonan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan seperti:
- Pemohon (Anggota Koperasi Tentera)
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
- Salinan Penyata Gaji terbaru
- Salinan Penyata Pencen / Bank Terkini (Pesara)
- Surat Pengesahan Pendapatan (bagi bekerja sendiri)
- Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota
- Anak Pemohon (Sekolah Rendah/Menengah)
- Salinan kad pengenalan atau surat beranak
- Bagi anak angkat atau anak tiri, dokumen tambahan seperti PERBAH II atau Surat Perakuan atau dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada pihak berkaitan Koperasi Tentera seperti berikut:
- Talian : 1-300-8000-58
- Kunjungi cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran
- Laman web rasmi Koperasi Tentera
Selain itu, kami juga ada kongsikan pelbagai bantuan kerajaan seperti Bantuan One-off RM700-RM1000 Pengajian Tinggi PIJ dan lain-lain.
Perkongsian Bersama
Semoga perkongsian berkaitan Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS) ini dapat memberi manfaat kepada anggota KT untuk menyediakan dan membeli barang keperluan sekolah untuk anak-anak. Anda juga boleh berkongsi artikel ini dengan kaum keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang layak menerima bantuan ini.