Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkejut Nama Unik Malaysia ‘Baby Girl’ Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia

Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia

Terkejut ada nama unik Malaysia ‘Baby Girl’? Seorang wanita menyatakan beliau terkejut apabila mengetahui bahawa salah seorang pelajar kursusnya bernama ‘Baby Girl’.

Melalui postingan Nina Othman di Facebook, dia berasa hairan kerana sebelum ini menganggap pelajar tersebut hanya bergurau atau sekadar menggunakan nama panggilan lain. Nina Rahman juga beritahu kepada peserta-peserta program untuk guna nama profesional dan diletakkan di media sosial bagi tujuan pengenalan diri bila bergelar seorang usahawan nanti.

Netizen Terkejut Ada Nama Unik Malaysia Bernama ‘Baby Girl’

Minta Jangan Letak Nama-Nama Samaran

Jelas Nina Othman, beliau minta kalau boleh jangan guna nama-nama seperti ‘Sweet Girl, ‘Pinky Comel’ dan ‘CuteBear33’ sebagai nama diri. Bagi aktiviti itu, perlu mengenakan nama yang betul tetapi pendek sahaja dan bukan nama samaran. Permintaan itu disambut setuju oleh peserta.

image 50

Namun dia berasa marah dan pelik apabila salah seorang pelajarnya tetap mengenakan nama ‘Baby Girl’ biarpun sudah diberi arahan untuk tidak mengenakan nama samaran.

Bagi mendapatkan kepastian, Nina Othman terus bertanyakan kepada peserta tersebut.

Terkejut Kerana Sememangnya Nama Sebenar

Nina yang kemudian bertanyakan nama sebenar wanita berkenaan terus meminta maaf atas salah faham yang timbul. Terkejut selepas mengetahui bahawa sememangnya nama ‘baby girl’ adalah nama rasmi di kad pengenalan. Nama penuh beliau adalah ‘ Baby Girl Binti Ariffin’.

image 51

“Maaf Puan Baby Girl, saya betul-betul minta maaf,” katanya di hantaran Facebook.

Hantaran Facebook Nina Othman ini juga turut tular di aplikasi lain seperti X.

Berikut adalah antara komen yang menghiburkan hati mengulas situasi berkenaan nama unik Malaysia seperti ‘Baby Girl’ :

Saya pernah kerja company insurans, nama orang jamban ada, sudu ada, kipas ada. Kena habiskan gelak dulu baru call

@aisukayam

Sabah dan Sarawak memang unik nama mereka, tidak nafikan. Comel-comel,” komen

@QAMALIA_

Untunglah, selamanya jadi baby

@fendimar

Senarai Nama Unik Malaysia yang Pernah Gemparkan Negara

Negara kita mempunyai pelbagai perbezaan dan keunikannya sendiri. Demikianlah juga dengan situasi nama seseorang yang unik dan mungkin kita dengari sebagai kebiasaan. Dalam rekod senarai nama unik Malaysia ada jenis nama unik, nama paling panjang dan nama paling pendek.

Berikut adalah senarai nama-nama yang boleh buatkan anda terkejut mengetahui rupanya ada nama yang tak pernah dijangkan kita selaman ini.

Senarai Nama Unik Malaysia

Berikut adalah senarai untuk nama unik Malaysia yang diketahui:

1.Taliberguna Berkebolehan Kawad

image 52
Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia 9

2.Hairan Binti Duakali

image 53
Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia 10

3.Betik Bin Kobis

image 54
Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia 11

4.Mohd Malaysia Bin Ismail

image 55
Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia 12

5.Umno Bin Tinggal

image 56
Terkejut Nama Unik Malaysia 'Baby Girl' Ada Didaftarkan Dalam Kad Pengenalan Serta Senarai Nama Terpanjang dan Nama Terpendek di Malaysia 13

Senarai Nama Terpanjang di Malaysia

Pastinya anda tertanya sememangnya adakah nama terpanjang di daftarkan dalam Malaysia? Ya! memang ada dan jangan terkejut. Nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian kekal disahkan sebagai pemilik nama terpanjang di Malaysia setakat ini. 

Perkara tersebut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan berdasarkan rekod mereka antara nama terpanjang lain ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam yang didaftarkan pada tahun 2014.

Adakah Boleh Daftarkan Nama Anak Dengan Nama Panjang?

Ya! JPN benarkan. Sebagai makluman, JPN membenarkan nama bayi yang ingin didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf). Jadi ianya tidak menghalang anda sekiranya anda berhajat untuk mendaftarkan nama anak dengan nama yang panjang.

Senarai Nama Terpendek di Malaysia

Bagi anda yang ingin mengetahui, kita juga mempunyai nama yang paling pendek dalam Malaysia. Nama paling pendek di Malaysia pula adalah kekal milik seorang pelukis pelan, bernama S Binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Kisah S Binti Rosli, Pemilik Nama Terpendek Malaysia

S binti Rosli mungkin memiliki nama paling pendek di Malaysia, apabila didaftarkan dengan satu huruf sahaja. S jelaskan sebab kenapa namanya pendek kerana sewaktu ayahnya masih kecil sering diejek kawan lalu dia berikan nama paling pendek untuk anaknya.

Tiga lagi adiknya bagaimanapun tidak dinamakan satu aksara sahaja sepertinya. Namun dengan tiga aksara dan mereka adalah Liz, Maz dan Hani.

Walaupun namanya hanya satu huruf sahaja, S mengakui bahawa dia selesa dengan nama itu dan berjanji tidak akan mengubah namanya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati