Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah

Al waqiah
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 11

Berapakah kerap anda membaca surah Al Waqiah dalam sehari? Jika kita memahami kelebihan surah Al Waqiah, pasti kita akan menjadikan surah ini sebagai amalan selepas solat.

Rasulullah SAW bersabda bahawa:
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Dengan mengamalkan surah al Waqiah setiap hari, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. Artikel kali ini, penulis akan menerangkan tafsir ringkas dan maksud surah Al Waqiah, kelebihan dan cara mengamalkan surah Al Waqiah.

Apa itu Surah Al Waqiah?

Surah al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran dan mengandungi 96 ayat. Surah ini di turunkan di Makkah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka. Surah Al Waqiah termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan selepas Surah Taha. Surah ini dinamakan Al Waqiah (Hari Kiamat), diambil daripada perkataan “Al Waaqi’ah” yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

21992724 1679179132113472 7649959418892604145 o 1
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 12
21951048 1679179138780138 6191533516426299289 o
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 13
22047762 1679179142113471 2119870518320527382 o
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 14
21994373 1679179192113466 3597119856466166098 o 1
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 15
21993031 1679179202113465 1867536333492039948 o
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 16
21951069 1679179242113461 1044839993216199927 o
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 17

Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah

Daripada maksud ayat dalam surah Al Waqiah, antara isi penting yang dibincangkan dalam surah ini adalah berkenaan dengan beberapa perkara berikut:

  1. Keadaan huru-hara semasa terjadinya hari kiamat.
  2. Keadaan manusia semasa dihisab semasa hari pembalasan nanti. Pada hari pembalasan kelak, manusia terbahagi kepada tiga golongan (rujuk jadual di bawah).
  3. Bantahan Allah terhadap orang-orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari kebangkitan dan adanya hari perhitungan (hisab).
  4. Gambaran tentang keadaan syurga dan neraka.
Golongan Pertama: Mereka yang beriman dan sentiasa bersedia dengan amalan ketakwaan ketika di dunia.
Golongan Kedua: Mereka akan diseret serta disungkurkan muka ke bumi akibat kufur kepada Allah SWT. Kemudian, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka oleh malaikat secara kasar dan keras.
Golongan Ketiga: Mereka yang berjalan kaki dan berlari-lari iaitu mereka yang banyak melakukan dosa dan maksiat. Tiada kenderaan buat mereka sebaliknya, Allah SWT menjadikan semua unta (kenderaan) ketika itu berpenyakit sehingga semuanya mati dan tidak dapat dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar.
16602642 788375864648553 375079752453351626 n
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 18
  • Daripada tafsiran surah al-Waqiah, ia jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt dengan mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai hari kiamat itu wujud.
  • Pada hari kiamat nanti semua manusia seawal Nabi Adam AS sehinggalah ke manusia pada akhir zaman akan dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka.
  • Di hari itu, tiada siapa pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua melainkan semuanya sudah diketahui.
  • Mereka yang tidak bertakwa akan diselubungi dengan seribu penyesalan yang sia-sia. Mereka kelak akan dihumban ke dalam api neraka dan diberi minum dari air yang mendidih dan diberi makan dari pohon zaqqun.
  • Beruntunglah orang-orang yang beriman dan membenarkan hukum Allah. Golongan ini akan mendapat kemenangan, kenikmatan dan kebahagiaan di dalam syurga. Nikmat syurga adalah nikmat yang abadi dan ianya sedikitpun belum pernah menyamai nikmat kebahagiaan di dunia.

Kelebihan Mengamalkan Sural Al Waqiah

Kita seharusnya mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Berikut merupakan sabda Rasulullah SAW mengenai surah Al Waqiah:

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
56985564 949383631932566 2424228697486655488 n
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 19
Kelebihan mengamalkan surah Al Waqiah
1. Beroleh kesenangan selama-lamanya
2. Dijauhkan daripada kemiskinan
3. Kekayaan dan rezeki melimpah ruah
4. Ditunaikan segala hajat
5. Dijadikan seorang yang hartawan dan dermawan
6. Diringankan kesakitannya
116140731 1479428965573673 4995795764450765797 n
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 20

Cara Mengamalkan Surah Al Waqiah

Berikut merupakan cara mengamalkan surah Al Waqiah dan kelebihannya:

Membacanya sebagai wiridBeroleh kesenangan selama-lamanya.
Baca surah Al-Waqiah setiap malamDipercepatkan jodoh.
Dibaca setiap malam satu kaliDijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Membaca sebanyak 40 kali setiap malamDikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlisDitunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas Solat Subuh dan 3 kali selepas Solat Isyak.Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur iaitu hartawan lagi dermawan.
Jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazakDipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.
Jika dibaca disisi orang sakitDiringankan kesakitannya.

Soalan FAQs Berkenaan Surah Al Waqiah

Apakah itu surah Al Waqiah?

Surah yang ke-56 di dalam al-Quran dan mengandungi 96 ayat.

Dimanakah surah Al Waqiah diturunkan?

Di Makkah

Apakah isi penting dalam surah Al Waqiah?

Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati