Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah

tempat menarik johor 2024

Tempat menarik Johor 2024 mempunyai banyak tempat melancong menarik yang boleh dikatakan lengkap dari segi pelbagai kategori seperti di pantai, pulau, taman tema, resort menarik, taman negara, air terjun, tempat membeli belah dan lain-lain.

Sempena cuti sekolah, jom terokai 5 tempat menarik Johor 2024 paling popular untuk anda lawati bersama keluarga serta rakan-rakan melalui maklumat dan info padat kami sediakan.

Senarai Tempat Menarik Johor 2024

Berikut adalah merupakan 5 senarai tempat menarik Johor 2024 yang disusun bertujuan untuk memudahkan anda membuat perancangan bercuti di negeri Johor.

Pulau Rawa

Screenshot 2024 02 11 102110
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 12
Screenshot 2024 02 11 102217
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 13


Tempat menarik Johor 2024 adalah Pulau Rawa. Ia adalah sebuah pulau yang terpencil di kawasan Mersing, Johor. Terkenal dengan kecantikannya setara dengan destinasi pulau popular seperti Sabah ataupun di Terengganu.Untuk anda ingin mencari ketenangan, Pulau Rawa adalah satu destinasi terbaik untuk anda bercuti di Johor bagi menenangkan fikiran ataupun anda boleh merancang destinasi Honeymoon anda.

Pulau Rawa ini tidak sebesar Pulau Langkawi, Akan tetapi ia mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik seperti:

  • Snorkeling
  • Hiking
  • Melihat matahari terbit
  • Wind surfing
  • Berkayak
  • Scuba diving
  • Island walking
Alamat : Pulau Rawa, Mersing, Johor
Waktu Terbaik Bercuti ke Pulau Rawa
-Antara April-Oktober. Sebelum musim peralihan monsun.
Speedboat ke Pulau Rawa dari Jeti Mersing

9 pagi & 12 tengahari
Speedboat ke Jeti Mersing dari Pulau Rawa
10 pagi & 2 petang

Desaru Coast Adventure Water Park

Screenshot 2024 02 11 102254
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 14
Screenshot 2024 02 11 102313
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 15

Taman tema air Johor yang dilancarkan pada 2018. Terdapat banyak tarikan seperti:

  • Water slide yang bertaraf dunia ada di sini seperti Giant Water Slides, Wild Whirl, Super Twister, Riptide & The Tempest.
  • The Tempest merupakan gelongsor air dengan penurunan 24 kaki
  • Ada Roller coaster yang akan menurun secara menjunam dari ketinggian 30 meter
  • Wave Pools yang bertaraf dunia kerana kawasan yang besar
Alamat : Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi Desaru Coast Adventure Water Park

10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Legoland Malaysia Resort

Screenshot 2024 02 11 102346
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 16
Screenshot 2024 02 11 102423
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 17

Tempat Menarik Johor 2024 untuk anak-anak adalah Legoland! Kanak-kanak pasti suka jika dapat bercuti disini memandangkan Legoland Malaysia Resort menawarkan pelbagai aktiviti outdoor dan indoor yang sesuai untuk peringkat umur termasuk golongan remaja.

Ada dua jenis taman tema Legoland sediakan iaitu taman tema dan taman tema air. Seronok anak-anak jika dapat bawa sini.

Alamat : 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor
Waktu Operasi Legoland Malaysia Themepark
10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
10.00 am – 7.00 pm (Sabtu)
Waktu Operasi Legoland Malaysia Waterpark
10.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket Legoland Malaysia
1-Day Combo Ticket (Legoland Park + Waterpark) – Bermula RM 150
1-Day Theme Park Ticket ( Theme Park) – Bermula RM 120
1-Day Water Park Ticket ( Water Park) – Bermula RM 82

Zoo Johor (Johor Safari Park)

Screenshot 2024 02 11 102503
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 18
Screenshot 2024 02 11 102617
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 19

Minat melihat haiwan? Apa kata lawat Zoo Johor! Ia merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia dibina sejak 1928. Menempatkan lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang terancam kepupusan seperti singa, buaya, harimau, unta, badak air dan banyak lagi.

Anda juga boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan seperti unta, rusa & burung kasawari. Makanan untuk haiwan-haiwan juga dijual pada harga yang sangat mura antara RM 2-3 sahaja. Salah satu tempat menarik Johor 2024 yang anda perlu kunjungi.

Alamat : Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru
Waktu Operasi Zoo Johor
8.30 am – 6.00 pm ( setiap hari)
Harga Tiket Zoo Johor
Dewasa: RM 2.00
Kanak-Kanak (bawah 12 tahun): RM 1.00
OKU: Percuma

Danga Bay

Screenshot 2024 02 11 102645
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 20
Screenshot 2024 02 11 102711
Tempat Menarik Johor 2024 untuk Cuti Sekolah 21

Jom kunjungi Danga Bay! Ada restoran, foodcourt, gerai membeli kerepek, asam dan pelbagai makanan santai dan sedap. Di Danga Bay juga ada beberapa restoran yang terkenal dengan sajian ikan bakar dan seafood bagi makan malam. Terletak di tepi selat yang menawarkan pemandangan yang indah waktu malam.

Disana juga ada taman hiburan kanak-kanak yang pastinya dapat memberi kegembiraan kepada mereka.

Alamat : Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi Danga Bay
24 jam ( kawasan terbuka)
*sebaiknya waktu petang atau malam kerana lebih meriah & cantik
Permainan di amusement park di Danga Bay sekitar RM 4 – RM 10 per ride

Dengan senarai tempat menarik Johor 2024 ini diharapkan ia dapat membantu anda untuk mengenali lebih berkenaan percutian di negeri Johor. Jom rancang cuti anda!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati