Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan MyBrain 2.0 2024, Elaun ESH dan Syarat Kelayakan

Permohonan MyBrain 2.0 2024 Serta Syarat MyBrain 2.0

Kerajaan Malaysia masih meneruskan program penajaan MyBrain 2.0. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengatakan bahawa mereka akan mengembalikan program MyBrain, kali ini dikenali dengan ‘MyBrain 2.0’.

Program MyBrain 2.0 ini telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun seluruh Malaysia dalam bidang yang kompetitif.

Keputusan ini oleh kerajaan Malaysia akan memberi impak positif kepada mereka yang berminat dalam menyambung pengajian yang lebih tinggi dan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan.

Berkenaan MyBrain 2.0 Oleh Kerajaan Malaysia

Apa itu MyBrain?

Program MyBrain atau MyBrain15 yang merupakan memberi impak tinggi dalam memberi penajaan untuk pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PHD yang telah diwujudkan dibawah Rancangan Malaysia ke-10.

Program MyBrain ini diperkenalkan pada tahun 2011 dan program ini dihentikan pada tahun 2016. Objektif MyBrain sebelum ini ialah untuk mencapai seramai 60,000 pemegang PHD dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan sasaran yang ditetapkan, program MyMaster dan MyPHD telah diwujudkan diabwah MyBrain 15 yang mana telah menyasarkan golongan pelajar Sarjana dan PHD di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Melalui MyBrain, dibuak program pengajian seperti PHD Industri, MyMaster dan MyPHD kepada pensyarah, penjawat awam dan swasta untuk melanjukan pelajaran ke peringkat tinggi.

MyBrain Kembali Dengan MyBrain 2.0

mybrain 2.0 2024 1 819x1024 1
Permohonan MyBrain 2.0 2024, Elaun ESH dan Syarat Kelayakan 7

Selepas mengambil kira kepentingan dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan bijak pandai serta pakar untuk menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan Malaysia Madani telah bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program My.Brain 2.0 sebagai biasiswa ini pada tahun 2024.

Pengembalian semula program MyBrain 2.0 akan memupuk lebih ramai rakyat Malaysia mendapat tahap pendidikan yang lebih baik.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai program MyBrain2.0:

  • Menyasarkan 500 orang penerima setiap tahun,
  • Peruntukan sebanyak RM20 juta setiap ambilan.
  • Dijangkan permohonan akan dibuka pada bulan Februari 2024.

Objektif My.Brain 2.0

mybrain 2.0 2024 3 819x1024 1
Permohonan MyBrain 2.0 2024, Elaun ESH dan Syarat Kelayakan 8

Matlamat kerajaan Malaysia Madani untuk mewujudkan program ini ialah untuk:

  • Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
  • Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia.

Penambahbaikan MyBrain 2.0 Tahun 2024

mybrain 2.0 2024 5 819x1024 1
Permohonan MyBrain 2.0 2024, Elaun ESH dan Syarat Kelayakan 9

Terdapat beberapa penambahbaikan dalam program MyBrain 2.0 yang diperkenalkan ini. Berikut adalah merupakan sebahagian daripada penambahbaikan:

  • Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu
  • Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
  • Elaun sara hidup RM1000 sebulan sepanjang pendidikan
  • Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS terpilih
  • Melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat

Permohonan MyBrain 2.0 untuk Rakyat Malaysia

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kerajaan akan membuka semula untuk permohonan orang ramai. Melalui galakkan ini, KPT telah mengumumkan akan dibuka permohonan dalam masa terdekat. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh ketahui mengenai program penajaan pengajian ini seperti syarat dan cara mohon.

Syarat Permohonan MyBrain 2.0

mybrain 2.0 2024 4 819x1024 1
Permohonan MyBrain 2.0 2024, Elaun ESH dan Syarat Kelayakan 10

Untuk syarat permohonann program MyBrain2.0 ini adalah mengikut kepada ketetapan dibawah KPT sendiri. Untuk permohonan kali ini ia dikhususkan untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Awam atau Universiti Swasta terpilih dalam negfara dengan keutamaan diberikan dalam bidang:

  • Bidang Sains
  • Bidang Teknologi
  • Bidang Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Bagi senarai penerima program tajaan MyBrain 2.0 adalah dinyatakan oleh kerajaan seperti:

  • Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  • Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.

Untuk kemasukan program ini, kerajaan nyatakan bahawa akan disenarai pendek calon bagi urusan temuduga untuk memastikan calon yang layak diberikan program penajaan.

Cara Mohon MyBrain 2.0

Berdasarkan kenyataan terbaru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengatakan bahawa program MyBrain 2.0 akan dibuka permohonan tidak lama lagi pada 15 Februari 2024 di laman facebook mereka. Kemungkinan untuk permohonan akan dibuka portal MyBrain2.0 yang khas untuk calon membuat permohonan dan mengetahui syart kelayakan serta program penajaan.

image 119

Soalan FAQs Berkenaan MyBrain 2.0

Apakah itu MyBrain2.0?

Program penajaan daripada Kerajaan dibawah KPT untuk program master dan PHD yang ditanggung kerajaan Malaysia.

Apakah syarat untuk mohon MyBrain2.0?

Calon yang layak seperti pensyarah IPTS, orang awam yang tidak bekerja tetap dan sasaran 500 penerima ditetapkan.

Berapa elaun disediakan dalam program MyBrain2.0?

RM1000 untuk sebulan sebagai elaun sara hidup yang disediakan oleh kerajaan dalam program MyBrain2.0 ini.

Bila dibuka permohonan MyBrain2.0?

Permohonan dijangka akan dibuka pada bulan februari seperti yang dinyatakan oleh KPT.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati