Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Servis Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024

harga Servis Kereta Naik

Bermula 1 Mac 2024 cukai perkhidmatan SST akan dinaikkan dari 6% hingga 8%. Oleh itu, harga servis kereta naik ekoran kenaikan cukai SST. Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak Proton pada 16 Februari 2024.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan menaikkan cukai SST pada belanjawan 2024. Untuk memastikan hasil negara bertambah dan mempunyai sistem percukaian yang efisien, Kerajaan Malaysia telah perkenalkan beberapa cukai di negara yang mana Malaysia adalah antara yang rendah dalam sistem pengenaan percukaian.

Berkenaan Harga Servis Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024

Kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2024 akan meningkatkan kadar cukai perkhidmatan SST dari 6% buat masa ini kepada 8% bermula 1 Mac nanti. Terdapat beberapa kategori yang dikecualikan daripada kenaikan kadar cukai baru ini, termasuk F&B dan telekomunikasi, namun secara umumnya dijangka pengguna akan membayar lebih selepas kenaikan SST ini dilaksanakan.

Proton Umum Harga Servis Kereta Naik

image 120
Harga Servis Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024 5

Makluman terbaru daripada Proton yang tular di media sosial oleh Lim Sian See menunjukkan surat makluman ” Memo Proton FLAS System Enchancement – Sales and Service Tax Of 8%” yang menjelaskan bahawa kerajaan umum kenaikan cukai SST dari kadar 6% ke 8% bermula 1 Mac 2024.

Pada 1 Mac bermula dari 12am-2am, Proton FLAS akan ditutup buat sementara waktu untuk melaksanakan perubahan evision ST dan semua sebut harga yang dikeluarkan sebelum 29/02/2024 akan menjadi tidak sah atau tamat tempoh untuk mengelakkan percanggahan dalam pengiraan premium.

Oleh itu, dimaklumkan bahawa Proton akan mengeluarkan semula sebut harga mulai 01/03/2024 dan seterusnya untuk menampung kadar SST baharu sebanyak 8%.

Harga Servis Kereta Naik Kadar Bayaran Berdasarkan Cukai SST 8%

Seperti yang dijangkakan berkenaan kos harga servis kereta naik bermula 1 Mac ini dan rakyat perlu ambil maklum bahawa caj tersebut dikenakan untuk caj pekerja/buruh dan bukan alat ganti kenderaan.

Walaubagaimanapun, pengguna kenderaan mungkin terpaksa membayar lebih selepas dalam pembaharuan untuk insurans kenderaan. Industri Insurans mungkin akan mengenaikan kenaikan 2% ekoran pengenaan cukai SST terbaru. Persoalannya, adakah ia akan mempunyai kenaikan yang tinggi? Tidak dipastikan kerana ia bergantung pada jenis perlindungan atau beberapa yang anda perlu bayar untuk premium.

image 121
Harga Servis Kereta Naik Bermula 1 Mac 2024 6

Untuk makluman, caj insurans dikenakan atas premium dibayar sahaja. Ianya adalah dikira berdasarkan jumlah selepas NCD sekiranya ada.

Bagaimana Pengiraan Selepas Harga Servis Kereta Naik?

Contoh 1

Bagi sebuah Honda CR-V 2023 dengan jumlah insuransnya sebanyak RM96,200 misalnya, cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM102.84 ke atas premium yang menelan kos RM1,713.97 (selepas ditolak NCD 55%). Iaitu dengan kadar 6%. Seandainya premium berkenaan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 8%, maka jumlah cukainya adalah RM137.12, tambahan sebanyak RM34.27 sahaja.

Contoh 2

Bagi sebuah Range Rover Sport yang melibatkan kos insurans RM5,997 (selepas 38.33% NCD). Cukai perkhidmatan yang dikenakan ialah RM359.82 dan akan dijadikan harga RM479.77 berdasarkan 8% cukai SST. Dengan kenaikan sebanyak RM119.95. Manakala bagi kos servis pula, ia adalah merujuk pada berapa caj buruh yang dikenakan berdasarkan jenis kenderaan anda.

Caj Bayaran Insurans Naik 8%

Untuk pelaksanaan kadar cukai perkhidmatan yang terbaru, pengguna mungkin dikenakan bayaran lebih tinggi bagi insurans kenderaan sedia selaps 1 Mac 2024. Perkara ini juga telah dimaklumkan oleh pihak Zurich berkenaan cukai yang dikenakan oleh mereka.

8d32e7ab 4cb4 4799 aeef 8a9185d5cfe7

Berdasarkan soalan FAQs pihak Zurich, cukai berkenaan akan dikenakan sebahagiannya ke atas polisi sedia ada sahaja, yang mana polisi dengan tempoh perlindungan bermula dari bulan Julai 2023 hingga Jun 2024 akan menyaksikan perlindungan dari 1 Mac hingga hujung Jun 2024 itu akan dikenakan kenaikan cukai SST 8%.

Soalan FAQs Berkenaan Harga Servis Kereta Naik

Apakah cukai SST pada servis kereta?

Cukai perkhidmatan sebelum ini ialah 6% dan naik 8% kos cukai yang dikenakan adalah pada caj buruh dan bukan pada alat ganti kereta.

Bila bermula harga servis kereta naik?

harga servis kereta naik bermula 1 Mac 2024. Seragam dengan semua cukai SST.

Apakah harga insurans juga naik?

Ya, harga untuk beberapa insurans kereta juga naik seperti dimaklumkan oleh pihak mereka.

Bagaimana mengetahui kenaikan kos servis?

Boleh lihat pada resit yang menyatakan kos caj buruh atau ada caj SST 8%.

4 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati