Anxiety disorder adalah satu penyakit di mana seseorang sering merasakan kegelisahan dan kecemasan yang melampau secara tiba-tiba atau atas sebab tertentu. Tidak semua orang sedar yang mereka mempunyai penyakit ini. Mereka mungkin berpendapat bahawa mereka hanya diserang darah gemuruh atau kecemasan biasa. Penyakit ini dikategorikan salah satu cabang penyakit mental. Terdapat pelbagai simptom anxiety attack yang anda perlu ambil tahu dan kaedah merawatnya.
Penerangan Mengenai Anxiety Disorder
Isi Kandungan
Anxiety disorder merujuk kepada perasaan takut, risau, cemas, dan gelisah yang dialami oleh seseorang individu sama ada bersebab atau tidak. Perasaan yang dialami ini adalah agak keterlaluan dan melebihi daripada biasa. Ia boleh berlaku di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa, sama ada lelaki atau perempuan.
Apakah Anxiety Disorder?
Anxiety disorder adalah gangguan mental yang menyebabkan pesakit merasa cemas, khuwatir, risau, berdebar-debar, takut, takut mati, bengang, sakit dada, pedih ulu hati, sakit kepala dan beberapa kesan lain yang sehingga menggangu aktiviti-aktiviti seharian. Perasaan risau dan takut adalah perkara yang biasa dialami orang manusia, dan ia merupakan lumrah emosi setiap individu. Bagaimanapun, apabila seseorang individu merasakan perasaan risau, cemas, dan takut yang melampau tentang sesuatu perkara, maka ia memberi impak iaitu gangguan kepada fizikal dan tingkah laku pesakit. Impak kepada emosi yang melampau ini memberi kesan kepada pemikiran dan sel-sel otak manusia melalui penghasilan hormon stress seperti adrenalin, kortisol, dan norepinefrin.
Tanda-Tanda Anxiety Disorder
Tanda-tanda anxiety terbahagi kepada dua, tanda-tanda ringan dan tanda-tanda yang teruk. Serangan anxiety boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa punca yang jelas. Ia boleh berlaku semasa sedang makan, berbaring, bercakap, bersantai, menonton televisyen atau apa-apa situasi. Anxiety attack boleh menjadi lagi parah, jika seseorang ditimpa masalah dan ujian hidup yang berat, seperti kehilangan, kemiskinan dan kesusahan. Gejala anxiety disorder boleh berlangsung dan menjadi parah dalam masa 10-15 minit dan selepas itu menjadi kurang dan hilang tidak lama kemudian.
Antara gejala-gejala fizikal serangan anxiety disorder adalah:
- Sakit dada
- Jantung berdegup kencang
- Kesukaran bernafas (hiperventilasi)
- Menggeletar
- Menggigil
- Loya
- Berpeluh-peluh
- Kebas tangan dan kaki
- Tekanan atau ketakutan yang teruk
- Rasa seperti tercekik
- Takut hilang kawalan
- Fikiran melayang
Tanda Anxiety Makin Teruk
Anxiety pada tahap teruk boleh membawa kepada gejala fizikal dan emosi yang berpanjangan selama berhari-hari dan berminggu-minggu. Ia akan menggangu aktiviti seharian pesakit dan membuatkan pesakit bertambah tertekan dan depresi dengan anxiety yang dirasakannya. Pesakit pada tahap anxiety teruk harus merujuk doktor psikatri dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah. Antara tanda-tanda anxiety seseorang menjadi semakin parah atau teruk adalah:
- Rasa seperti anda akan mati
- Kekejangan otot
- Sukar tidur malam
- Seperti terdengar bisikan
- Takut keluar rumah
- Takut berjumpa orang
- Sentiasa penat
- Kerap berpeluh
- Sesak nafas
Kaedah Merawat Anxiety Disorder
Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan dalam bidang perubatan untuk mengatasi anxiety disorder iaitu rawatan secara psikoterapi dan pengambilan ubat-ubatan.
Cara Merawat Anxiety Disorder
Rawatan awal bagi anxiety peringkat ringan atau sederhana boleh dilakukan di rumah iaitu seperti berikut:
- Tenangkan fikiran dengan mengawal pernafasan dan melakukan teknik meditasi yang betul
- Mandi dengan air suman untuk melembutkan otot-otot yang sedang tegang
- Sapu dan bau minyak aromaterapi atau minyak angin semasa hendak tidur atau sedang berbaring
- Lakukan senaman ringan selama 30 minit
- Memenuhkan masa kosong dengan melakukan hobi dan perkara yang anda suka
- Bercerita masalah anda kepada orang lain, samada ahli keluarga atau rakan-rakan
- Jangan takut untuk menghubungi doktor jika keadaan anda semakin teruk
Rawatan Psikoterapi Terdapat beberapa rawatan psikoterapi yang biasa dilakukan oleh pakar psikatrik, antaranya ialah terapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behavioral Therapy, CBT). Ahli psikoterapi akan berbicara dengan pesakit dan memberi kauseling. |
Ubat-ubatan Ubat akan diberikan kepada pesakit mengikut simptom dan tahap keterukan, seperti ubat antidepresan i.e. escitalopram, paroxetine, sertraline, fluoxetine, dan citalopram; Ubat antipanik i.e. benzodiazepine, alprazolam (Xanax), chlordiazepoxide (Librium), clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), dan lorazepam. |
Cara Mengawal Pernafasan Semasa Anxiety Attack
Soalan FAQs Berkenaan Penyakit Anxiety Disorder
Apakah itu anxiety disorder?
Perasaan kerisauan, kecemasan, kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu secara melampau dan berlebihan.
Siapa yang terdedah kepada anxiety disorder?
Semua golongan kanak-kanak hingga dewasa, sama ada lelaki atau perempuan.
Apakah risiko kepada pesakit anxiety jika tidak dirawat?
Pesakit akan mendapat simptom yang lebih teruk, kerisauan melampau, kemurungan, tidak selera makan, sukar tidur dan menyebabkan penyakit mental yang lebih serius.