Semakan Keputusan UKCG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman di portal rasmi PISMP bahawa semakan keputusan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sesi 2021 boleh disemak mulai 5 Mei 2021 selepas jam 11.00 pagi.
Calon yang telah menduduki peperiksaan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) perlu membuat semakan secara online melalui sistem Permohonan Pragram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon perlu log masuk sistem dengan mengisi Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Isi Kandungan
Program ini adalah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk melatih pelajar-pelajar memiliki latar belakang akademik yang tinggi menjadi guru dalam pelbagai bidang pengkhususan yang disediakan untuk keperluan sekolah rendah.
Program ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan atau melahirkan guru-guru di peringkat sekolah rendah (SK) yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda.
Tarikh Penting Semakan Keputusan UKCG
- Tarikh Buka : 05 Mei 2021
- Tarikh Tutup : 16 Mei 2021 (11.59pm)
KALENDAR AKTIVITI PISMP 2021
Berikut adalah kalendar aktiviti bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang disediakan. Calon dinasihati untuk sentiasa peka supaya tidak terlepas tarikh-tarikh penting dan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal rasmi KPM https://pismp.moe.gov.my
MAKLUMAN SEMUA
Perkara dibawah WAJIB dilakukan hanya untuk calon yang lulus melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG):
- Penyediaan dan Penghantaran Video Pengajaran (VP)
- Hanya calon yang lulus e-UKCG diwajibkan menghantar video VP
- Video yang dihasilkan perlu mempunyai durasi selama 6 minit hingga 8 minit dan akan dimuat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman video mestilah ditetapkan dalam tetapan “Unlisted” untuk dinilai oleh para panel.
- Calon dikehendaki menghantar link URL VP ke portal PISMP setelah menekan butang setuju terima pelaksanaan. Segala garis panduan penyediaan video dan arahan akan diberitahu kelak kepada calon yang berjaya e-UKCG.
- Calon yang tidak menghantar VP akan dianggap gagal.
- Penyediaan dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF)
- Calon yang berjaya perlu menghantar rakaman VKF mengikut segala prosedur dan panduan yang telah ditetapkan. Calon MESTI membaca arahan dengan teliti.
- Rakaman VKF perlu ditetapkan dalam tetapan ‘Unlisted‘ juga untuk dinilai oleh para panel.
- Calon mesti menghantar link URL VKF ke dalam portal setelah menekan butang setuju terima dilaksanakan.
- Penyediaan VKF hanya bagi calon yang berjaya melepasi syarat bidang.
- Pemilihan
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program PISMP adalah berdasarkan keputusan e-UKCG, VP dan VKF oleh panel KPM.
- Penawaran
- Bidang pengkhususan dan tempat pengajian yang ditawarkan adalah muktamad.
- Perjanjian Pendidikan Guru
- Calon yang ditawarkan mengikuti PISMP adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru oleh KPM
- Calon dikehendaki bersetuju dan mematuhi segala kontrak perjanjian untuk berkhidmat dibawah KPM termasuk kawasan pedalaman.
Perkongsian Bersama
Diharapkan perkongsian kami tentang Semakan Keputusan UKCG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2021 ini dapat memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa kepada calon-calon yang memohon PISMP. Calon hendaklah sentiasa melayari portal rasmi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Seteruskan melayari laman sesawang kami Sistem Guru Online untuk maklumat berkaitan pendidikan, kerja kosong dan sebagainya.