Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan dan Cara Cepat Kurus Bulan Puasa

CARA CEPAT KURUS BULAN PUASA
Panduan dan Cara Cepat Kurus Bulan Puasa 5

Impian kebanyakan orang adalah untuk tampil kurus dan rampin. Memasuki ramadan, anda ada peluang untuk cuba cara cepat kurus bulan puasa! Dengan kaedah yang betul ia akan dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sesuai.

Dengan cara cepat kurus bulan puasa yang kami susun adalah berdasarkan kajian dan penelitian daripada pakar kesihatan. Untuk anda yang ingin mengikuti tip-tip cara cepat kurus bulan puasa sila ikuti dibawah.

Panduan dan Cara Cepat Kurus Bulan Puasa

Terdapat 5 tip yang anda boleh cuba amalkan selama sebulan sepanjang bulan puasa untuk memastikan anda mendapatkan berat badan yang ideal dan kurus serta sihat! Berikut adalah merupakan cara cepat kurus bulan puasa:

1. Mengambil Kira Kalori Makanan Berbuka dan Sahur

cara cepat kurus bulan puasa

Penting setiap kali anda makan dan mengambil kira-kira berapa kalori yang anda ambil. Kesan pengambilan kalori yang berlebihan akan mengakibatkan kegemukkan. Jadi anda kena pastikan bahawa kalori yang anda ambil adalah sepadan dengan gaya hidup, pekerjaan dan keadaan anda.

Untuk mudahkan anda, anda boleh membuat kira-kira berapa kalori makanan anda dengan merujuk senarai jadual kalori makanan. Pastikan anda menggunakan panduan yang betul untuk mengukur dan rancanglah untuk mempunyai diet dan pengambilan makanan yang sihat.

2. Minum Air Putih dan Pastikan Minum Cukup 8 Gelas Air

Memandangkan anda berazam untuk ikuti cara cepat kurus bulan puasa, maka anda harus berkorban semasa bulan ramadan walau banyak terhidang pelbagai jenis hidangan air manis, air balang dan air viral yang tersusun di Bazar Ramadan.

cara cepat kurus bulan puasa minum air

Untuk turun berat badan dan cepat kurus, mengurangkan minum minuman manis adalah salah satu caranya. Jadi, anda perlu sahut cabaran dan bersabar daripada pengambilan air manis. Minumlah secukupnya air putih sama seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut waktu:

  • 1 Gelas selepas bangunan sahur
  • 1 Gelas selepas selepas sahur
  • 1 Gelas selepas azan Maghrib
  • 1 Gelas selepas solat Maghrib
  • 1 Gelas selepas makan
  • 1 Gelas selepas solat Isyak
  • 1 Gelas selepas solat Terawikh
  • 1 Gelas sebelum tidur

3. Berbuka dan Bersahur Dengan Hidangan Sihat

Untuk mencuba cara cepat kurus bulan puasa, anda juga perlu mengelakkan beberapa perkara semasa berbuka dan bersahur. Untuk hidangan anda perlu memilih hidangan yang secara sihat seperti masakan yang direbus atau lain-lain yang dikategorikan sebagai menyihatkan dan kurang lemak.

Pengambilan lemak, makanan berminyak, bergoreng dan juga nasi putih perlu dikurangkan memandangkan keduanya adalah penyumbang kepada berat badan. Nasi putih perlu dikurangkan kerana ia dikategorikan sebagai makanan berkarbohidrat tinggi. Gantikan dengan lauk pauk yang mengenyangkan sebagai cadangan ganti nasi.

4. Lebihkan Pengambilan Sayur dan Buah-Buahan

Sebagai ikhtiar untuk cara cepat kurus bulan puasa, anda boleh mengambil sayur, ulam-ulaman dan buah sebagai cara untuk mendapatkan kenyang dan cukup makan di waktu berbuka dan bersahur. Ini adalah alternatif kepada anda memandangkan anda perlu mengelakkan beberapa makanan untuk kurus.

cara cepat kurus bulan puasa sayur

Pengambilan sayur adalah sangat baik untuk anda memandangkan ia mempunyai tinggi serat. Pengambilan buah juga dapat membekalkan anda vitamin yang cukup. Proses diet anda seiiring dengan pengambilan sayur sebagai keutamaan. Khasiatnya adalah muka anda kelihatan lebih flawless dan berat badan anda akan susut dengan jayanya.

5. Lakukan Aktiviti dan Bersenam Sepanjang Bulan Puasa

Sepanjang bulan puasa, kita akan diuji dengan rasa yang lapar seharian. Bulan puasa itu sendiri sebagai bulan diet secara umumnya, namun anda perlu melakukan beberapa perkara jika anda ingin menurunkan berat badan anda sebelum raya aidilfitri.

Disarankan kepada anda untuk melakukan senaman dan aktiviti-aktiviti fizikal seperti dibawah:

  • Berjoging selama 15 minit
  • Pelbagai senaman selama 20 minit
  • Berkebun
  • dan lain-lain melibatkan aktiviti fizikal.

Rugi sekiranya anda hanya berpuasa dan berdiet tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal yang dapat membakar lemak anda semaksimum mungkin. Oleh itu, rumusan untuk cara cepat kurus bulan puasa adalah dengan menjaga makan, mengambil sayur dan melakukan aktiviti fizikal boleh memberi keputusan positif sepanjang bulan puasa dan mencapai matlamat anda untuk kurus!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati