Artikel ini bertujuan untuk berkongsi senarai cuti umum Perlis 2024 berserta kalendar cuti umum untuk bacaan umum. Tempat-tempat menarik di negeri Perlis juga disenaraikan untuk bacaan umum. Tahun Melawat Perlis (TMPs) akan diadakan pada tahun 2024 hingga 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada industri pelancongan dan sasaran jumlah pelancong adalah 3.5 juta tahun 2024.
Berkenaan Cuti Umum Perlis 2024 Berserta Kalendar Negeri Perlis
Isi Kandungan
Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun. Di Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am (cuti umum) yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), namun di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan adalah tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang telah diwartakan.
Senarai Cuti Umum Perlis 2024
Berikut merupakan senarai cuti umum Perlis 2024.
Cuti | Tarikh |
---|---|
# Israk dan Mikraj | 8 Feb |
Tahun Baru Cina | 10 Feb |
Tahun Baru Cina Hari Kedua | 11 Feb |
# Hari Nuzul Al-Quran | 28 Mac |
Hari Raya Aidilfitri | 10 Apr |
Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua | 11 Apr |
Hari Pekerja | 1 Mei |
# Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis | 17 Mei |
Hari Wesak | 22 Mei |
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong | 3 Jun |
Hari Raya Haji | 17 Jun |
# Hari Raya Haji Kedua | 18 Jun |
Awal Muharram | 7 Jul |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos |
Hari Malaysia | 16 Sep |
Maulidur Rasul | 16 Sep |
Hari Deepavali | 31 Okt |
Hari Krismas | 25 Dis |
- Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
- Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Kalendar Cuti Umum 2024
Boleh rujuk kalendar tahun 2024 seperti di bawah.
Senarai Tempat Menarik Negeri Perlis 2024
- Arked niaga Padang Besar
- Bukit Tok Dun
- Galeri 3D Gua Kelam
- Kampung Wai
- Kangar Street Art
- Kampung Warisan Tradisi Nelayan
- Muzium Kota Kayang
- Taman Eko-Rimba Bukit Ayer
- Tasik Melati
- Wang Kelian View Point
Program Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025
Sumber: Tourism Perlis
Raja Muda Perlis telah berkenan melancarkan Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bakal mengetengehkan pelbagai lokasi pelancongan, produk-produk tempatan, acara dan warisan serta budaya yang ada di Negeri Perlis.
Keunikan bentuk muka bumi, landskap yang menarik, tarikan alam semula jadi dan sempadan yang memisahkan Malaysia-Thailand merupakan antara faktor tarikan utama negeri Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah:
Antara program-program yang sedang dan bakal dijalankan di negeri Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah seperti berikut.
- Karnival Tekstil dan Perabot
- Himpunan Lembu Sado
- Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Perlis
- Majlis Ilmuan Nusantara
- Revert Gathering 2024
- Pesta Angin Timur
- Seminar Serantau Jati Diri Melayu Islam
- Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1445H & Pelancaran Zakat Fitrah & Bulan Wakaf MAIPs
- Pesta Mangga Harumanis Perlis
- Harumanis Run
- Festival Mencandat
Berikut merupakan video mengenai promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Perlis 2024
Bilakah Tarikh Cuti Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis?
Tarikh Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis adalah pada 17 Mei.
Bilakah Tarikh Hari Raya Haji?
Tarikh Hari Raya Haji adalah pada 17 dan 18 Jun.
Berapakah bilangan hari kelepasan am negeri Perlis tahun 2024?
Jumlah hari kelepasan am negeri Perlis pada tahun 2024 adalah sebanyak 17 hari.
Bilakah tarikh cuti Nuzul Quran di negeri Perlis pada tahun 2024?
Tarikh cuti Nuzul Quran adalah pada 28 Mac 2024.
Bilakah sambutan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 diadakan?
Tarikh sambutan Tahun Melawat Perlis diadakan adalah di sepanjang tahun 2024 dan tahun 2025.