Ada satu inisiatif dari KWSP iaitu i-Saraan KWSP 2024. Ia adalah merupakan jenis skim caruman sukarela yang ditawarkan kepada pekerja sendiri. Terdapat insentif persaraan yang diwujudkan untuk membantu ahli bekerja sendiri mempunyai simpanan untuk persaraan.
I-Saraan KWSP 2024 ini adalah merupakan hasil perancangan kerajaan Malaysia mewujudkan perlindungan jangka masa panjang kepada semua golongan pekerja agar boleh mempunyai kestabilan sendiri. Ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan i-Saraan KWSP 2024.
Berkenaan I-Saraan KWSP 2024 dan Syarat-Syarat Pendaftaran
Isi Kandungan
Apakah itu I-Saraan KWSP 2024?
I-Saraan KWSP adalah merupakan insentif caruman KWSP yang disediakan kepada golongan bekerja sendiri dan suri rumah yang tidak layak menerima i-Suri. Ia adalah rancangan kerajaan untuk membantu rakyat dan mewujudkan kebergantungan baharu kerajaan kepada rakyat.
Ianya dirancang kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan membuat caruman mengikut sukarela.
Tujuan Pengenalan I-Saraan KWSP
Sebagai langkah positif kerajaan untuk membantu golongan rakyat yang bekerja sendiri. Inisiatif ini adalah untuk membantu seperti:
- Mewujudkan saluran bagi golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap.
- Meningkatkan jumlah carumah dari golongan bekerja sendiri.
- Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai perancangan untuk persaraan.
- Mengurangkan mereka dari golongan tua untuk bergantung kepada peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dengan tujuan ini, kerajaan Malaysia jelas menzahirkan kesudian mereka untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan pengurusan kewangan.
Senarai Faedah I-Saraan KWSP
Bagi mereka yang membuat caruman dibawah I-Saraan KWSP ini akan memperoleh beberapa manfaat faedah seperti berikut:
Insentif Khas 15% Setahun
Pencarum akan diberikan Insentif sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga RM500 maksimum secara tahunan. Had Insentif kni adalah sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun. Ia merujuk pada terma dan syarat.
Dividen Tahunan Daripada KWSP
Pencarum akan dapat menikmati dividen tahunan yang disediakan oleh KWSP. Kebiasaannya dividen adalah sebanyak 5% setahun.
Bantuan Kematian kepada Pencarum
Disediakan juga bantuan kematian kepada pencarum dan ahli keluarga. Ia dapat membantu mengurangkan beban dalam pengurusan kematian.
Pelepasan Cukai untuk Pencarum
Melalui caruman I-Saraan KWSP ini akan membantu pencarum untuk tidak dikenakan cukai LHDN hasil dari membuat caruman KWSP.
Syarat-Syarat Kelayakan Mohon Skim I-Saraan KWSP
Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi mereka yang layak daftar I-Saraan KWSP:
- Mendaftar sebagai pencarum KWSP
- Warganegara Malaysia
- Berumur dari 60 tahun ke bawah
- Merupakan seorang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.
Berikut adalah merupakan golongan yang bekerja sendiri:
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Suri rumah
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Pekerja Berpencen
Panduan Daftar Skim I-Saraan KWSP
Cara Daftar I-Saraan KWSP
Berikut adalah merupakan cara daftar I-Saraan KWSP yang anda boleh ikuti seperti dibawah:
- Layari laman web KWSP melalui i-Akauan atau Aplikasi i-Akaun KWSP
- Seandainya anda suri rumah yang telah berdaftar, boleh klik pendaftaran I-Saraan.
- Seterusnya klik ‘Register i-Saraan’.
- Anda perlu mengisi maklumat butiran diri anda dan sahkan pendaftaran.
- Apabila anda berjaya mendaftar, anda boleh membuat caruman secara atas talian.
Untuk membuat caruman anda boleh melalui kaedah perbankan elektronik, kaunter ejen bank, ejen berdaftar dan di kaunter KWSP.
Jumlah Caruman yang Diperlukan untuk Menerima Bantuan Insentif RM500 Setahun
Pencarum layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman yang dibuat dalam masa setahun. Mengikut perkiraan pencarum perlu mencarum sebanyak RM3,334 setahun dan layak mendapat insentif RM500 yang akan dikreditkan kedalam akaun anda.
Berikut adalah jaudal berkenaan caruman i-saraan KWSP untuk layak dapat insentif:
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa | Amaun Insentif Khas |
---|---|---|
Abu | RM 1,000 | RM 150 |
Chandra | RM 3,334 | RM 500 |
Chong | RM 5,000 | RM 500 |
Dokumen yang Diperlukan Semasa Pendaftaran di Cawangan KWSP
Berikut adalah merupakan senarai dokumen yang diperlukan bagi mendaftar I-Saraan KWSP:
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran boleh dibuat dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Sebarang Pertanyaan
Anda boleh menghubungi pihak KWSP untuk mengetahui lebih lanjut:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
Saya berumur 63 tahun bolih ke saya mencarum i saraan.
Adakah sy layak .sy adalah pencarum ttp KWSP dan seorang surirumah