Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Gaji Gred L SSPA Terkini Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Mulai 1 Disember 2024

Jadual Gaji Gred L SSPA Terkini Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Perundangan dan KehakimanMulai 1 Disember 2024

Jadual Gaji Gred L SSPA untuk perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman akan mengalami penyesuaian berdasarkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Perkhidmatan ini merangkumi pelbagai jawatan dalam sektor undang-undang dan kehakiman, termasuk pegawai undang-undang, pegawai syariah, penolong pegawai undang-undang, pembantu tadbir (undang-undang), pembantu syariah, dan jurubahasa. Rujuk juga jadual gaji gred K SSPA.

Senarai Skim Perkhidmatan Gred L SSPA Terkini dan Pemindahan Gred Bagi Skim Perkhidmatan Gred L Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman

Berikut adalah jadual yang menunjukkan skim perkhidmatan bersama gred SSM dan gred SSPA yang berkaitan dengan perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman:

Senarai Jawatan atau Skim PerkhidmatanGred SSMGred SSPA
Pegawai Undang-undangL41, L44, L48, L52, L54L9, L10, L12, L13, L14
Pegawai SyariahLS41, LS44, LS48, LS52, LS54LS9, LS10, LS12, LS13, LS14
Penolong Pegawai Undang-undangL29, L32, L38, L40L5, L6, L7, L8
Penolong Pegawai SyariahLS29, LS32, LS38, LS40LS5, LS6, LS7, LS8
Pembantu Tadbir (Undang-undang)L19, L22, L26, L28L1, L2, L3, L4
Pembantu SyariahLS19, LS22, LS26, LS28LS1, LS2, LS3, LS4
JurubahasaLA19, LA22, LA26, LA29/30, LA32, LA38, LA40LA1, LA2, LA3, LA5, LA6, LA7, LA8

Penyesuaian skim perkhidmatan ini diharap dapat memberikan kepuasan dan motivasi tambahan kepada pekerja dalam sektor Perundangan dan Kehakiman. Dengan adanya gaji yang lebih kompetitif, ia juga diharapkan dapat menarik lebih ramai profesional berkualiti ke dalam bidang ini.

Jadual Gaji Gred L SSPA Minimum dan Maksimum Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaji minimum dan maksimum bagi Gred L dalam sektor perundangan dan kehakiman, anda boleh merujuk jadual yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Rujuk jadual gaji gred L SSPA minimum dan maksimum dibawah:

Jadual Gaji Gred L SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional:

Gred GajiGaji Minimum (RM)Gaji Maksimum (RM)Kadar KGT (RM)Kadar KGM (RM)
157,030.0016,350.00400.00374.25
146,560.0015,360.00320.00362.13
136,210.0014,370.00290.00339.96
13P4,430.0013,640.00280.00322.17
125,530.0013,540.00270.00320.25
113,320.0012,760.00255.00302.25
103,840.0012,150.00250.00286.80
92,250.0011,110.00225.00262.68
Jadual Gaji Gred L SSPA

Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang menerima kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) lebih tinggi daripada kadar KGT yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan terus menggunakan kadar KGT tersebut di bawah skim Khas Untuk Penyandang (KUP).

Jadual Gaji Gred L SSPA Minimum-Maksimum Bagi Kumpulan Pelaksana:

Gred GajiGaji Minimum (RM)Gaji Maksimum (RM)Kadar KGT (RM)Kadar KGM (RM)
85,390.0010,590.00225.00249.18
73,810.009,290.00180.00218.70
63,080.008,560.00155.00206.55
51,650.006,620.00145.00155.19
42,930.006,410.00130.00152.76
32,790.006,090.00125.00143.76
22,220.005,770.00115.00136.02
11,500.004,680.00100.00109.56
Jadual Gaji Gred L SSPA

Nota:
Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Maklumat mengenai SSPA ini kami rujuk daripada pekeliling SSPA yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati