Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Khairul Aming – Influencer dan Usahawan Kelantan Serta Pemilik Sambal Nyet Berapi

Biodata Khairul Aming - Influencer dan Usahawan Kelantan Serta Pemilik Sambal Nyet Berapi

Sentiasa tular mengenai usahawan Kelantan, Khairul Aming atau nama sebenarnya adalah Khairul Amin Bin Kamaruzaman yang merupakan seorang influencer terbaik dalam Malaysia. Beliau adalah merupakan seorang yang baik hati sehinggakan diibaratkan tiada peminat yang tidak menyukainya.

Usaha beliau untuk menjadi seorang usahawan berjaya kini tercapai. Namun, beliau tidak berhenti disitu dan sentiasa mengorak langkah untuk terus kehadapan. Ikut maklumat lebih lanjut berkenaan saudara Khairul Aming yang mesra disapa “KA”.

Berkenaan Khairul Aming Seorang Usahawan Berjaya

Khairul Aming adalah merupakan seorang usahawan berasal dari Kelantan berumur 32 tahun (2024). Beliau dilahirkan pada 25 September 1992. Beliau dikenali sebagai seorang Youtuber, Influencer dan kini usahawan.

image 33

Terdapat banyak maklumat lanjut berkenaan beliau memandangkan beliau adalah merupakan seorang usahawan melayu yang berjaya.

Biografi Khairul Aming

Berikut adalah merupakan biografi berkenaan Khairul Aming:

BiografiMaklumat
NamaKhairul Aming
Tarikh Lahir25 September 1992
AsalKelantan
BangsaMelayu
Pendidikan-SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
– Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) Universiti Vanderbilt , Amerika Syarikat
StatusBujang
AgamaIslam
Tinggi180+cm
KerjayaYoutuber, Influencer, Usahawan
PencapaianAnugerah Tiktok 2023
Anugerah penjual baharu shopee terbaik 2022
Anugerah khidmat pelanggan terbaik 2022

Kerjaya Khairul Aming

image 35

Permulaan Khairul Aming adalah asalnya bermula sebagai seorang pekerja di syarikat Oil and Gas. Selepas itu beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Perniagaan pertama beliau lakukan adalah khidmat katering, upah resume dan lain-lain.

Kemdian beliau bermula dengan menghasilkan beberapa konten berkenaan resepi dan masakan. Melalui page Facebook “Rasapop” ketika itu mendapat tumpuan ramai dan berjaya mewujudkan YouTubenya sendiri. Namun ianya masih belum memuaskan.

Pad tahun 2018, beliau hadir dengan cara baharu iaitu memperkenalkan dirinya dengan “Khairul Aming” di Instagram. Menerusi rancangan memasak beliau iaitu “30 hari, 30 resepi” berjaya menarik minat ramao sehingga follower mencecah jutaan. Beliau semasa itu hanya memfokuskan resepi sepanajng bulan ramadhan.

Produk Sambal Nyet Berapi Khairul Aming

image 32
Biodata Khairul Aming - Influencer dan Usahawan Kelantan Serta Pemilik Sambal Nyet Berapi 9

Sejak dari itu beliau berusaha semula bangkit dalam dunia perniagaan dan berjaya menghasilkan produk sambal bernama “Sambal Nyet Berapi” pada tahun 2021. Bermula pengenalan produk itu, Sambal Nyet Berapi terus mendapat permintaan tinggi dan berjaya habis dijual dalam beberapa saat sahaja. Jualan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7.5 juta. Kemudian pada tahun 2022, berjaya menjual RM14juta. Kini, beliau berjaya membuka dua kilang sambal di negeri Kelantan.

Produk Dendeng Nyet Berapi

Harga dan Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Kini pada tahun 2023, bersamaan tarikh 2 Februari 2024 beliau hadir dengan produk terbaru iaitu Dendeng Nyet Berapi yang merupakan produk ready to eat berasaskan rendang. Kali ini jualannya mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah apabila berjaya mengahbiskan jualan sebanyak 80,000 unit dalam 3 minit sahaja dan memperoleh hasil jualan sebanyak RM1juta lebih.

Koleksi Resepi Khairul Aming

image 31
Biodata Khairul Aming - Influencer dan Usahawan Kelantan Serta Pemilik Sambal Nyet Berapi 10

Khairul Amin di awal kemunculannya amat terkenal dengan koleksi respi 30 harinya kerana resepi yang disediakan adalah sangat mudah dan sedap dinikmati. Bagi anda yang ingin merujuk koleksi resepi Khairul Aming seperti :

  • Ayam ala Kenny rogers
  • Breakfast Egg Mufin
  • Kek Pisang Coklat
  • Jus Limau Kasturi Asam Boi
  • Roti Sangkaya
  • Ayam Sihat (Dapur Lonely)
  • Kek Batik

Semua resepi KA anda boleh dapatkan dengan merujuk laman koleksi resepi Khairul Aming.

Pencapaian Khairul Aming

Menerusi segmen rancangan miliknya, 30 hari resepi Khairul Amin berjaya melonjakkan namanya sehingga setiap kali puasa akan terngiang-ngiang “Hello, Whatsapp Guys!”. Rancangan inilah yang membuatkan beliau disayangi oleh ramai peminat dan penggemar masakan.

Anugerah Khairul Aming

image 30
Biodata Khairul Aming - Influencer dan Usahawan Kelantan Serta Pemilik Sambal Nyet Berapi 11

Khairul Aming terus mencipta nama apabila beliau berjaya memenangi anugerah seperti:

  1. Anugerah Tiktok 2023
  2. Anugerah Penjual Baharu Terbaik Shopee 2022
  3. Anugerah Khidmat Pelanggan Terbaik Shopee 2022

Usaha dan pencapaian beliau sangat dihargai kerana dengan pembawakan beliau yang santai dan jauh dari kontroversi.

Berjaya Jual Produk Dalam Masa Beberapa Minit

Harga dan Cara Beli Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming

Fenomena terbaru yang dibawa oleh Khairul Amin apabila beliau berjaya mencetuskan jualan ribuan produk habis terjual dalam beberapa minit. Permulaannya dengan jualan Sambal Nyet Berapi yang mencatat jualan tinggi sehingga cecah jutaan produk terjual di Shopee.

Untuk tahun 2024, Dendeng Nyet Berapi pula mencipta rekod apabila dinobatkan jualan tertinggi dalam Tiktokshop.

Layak digelar Influencer terbaik sepanjang zaman dengan pembawakan positif dan nilai-nilai murni yang baik. KA juga seorang yang bersifat sederhana biarpun jualannya mencecah jutaan, namun beliau menegaskan bahawa beliau hanya mempunyai kereta Bezza dan menyewa sebuah rumah. Kisahnya menjadi inspirasi bahawa menjadi seorang yang menunjukkan contoh teladan yang baik juga dapat menjadikan seseorang itu berjaya dan terkenal.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati