Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu dan Syarat Kelayakan

BANTUAN LATIHAN KURSUS TERENGGANU
Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu dan Syarat Kelayakan 4

Kerajaan negeri Terengganu amat mengambil cakna keperluan rakyat. Dengan adanya bantuan latihan kursus Terengganu ini akan membantu keluarga yang tidak berkemampuan melanjutkan pendidikan ke arah yang lebih tinggi. Dengan peruntukan dana yang kerajaan negeri sediakan, dijangka ia akan memanfaatkan ribuan pemohon yang berminat.

Umum mengetahui, bantuan latihan kursus Terengganu ini amat memberi manfaat kerana ia boleh dijadikan sebagai salah satu inisiatif untuk mengubah sosioekonomi sesebuah institusi keluarga. Tambahan pula, kerajaan akan menaja pendidikan kepada mereka yang layak.

Berkenaan Bantuan Latihan Kursus Terengganu

Apa Itu Bantuan Latihan Kursus Terengganu?

bantuan Latihan Kursus Terengganu
Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu dan Syarat Kelayakan 5

Bantuan latihan kursus Terengganu adalah merupakan program bantuan dibawah Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) dalam memastikan pendidikan anak-anak asnaf terjamin. MAIDAM telah memperkenalkan beberapa latihan atau program khusus untuk mereka.

Tujuan utama latihan untuk anak-anak asnaf diperkenalkan adalah bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akademik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang memungkinkan mereka dapat berdikari suatu hari nanti.

Selain itu, kursus ini diperkenalkan untuk membina jati diri anak-anak asnaf agar berusaha untuk mengubah nasib keluarga mereka kepada yang lebih baik.

Senarai Kursus yang Ditawarkan

Pihak MAIDAM telah bersetuju untuk memberi bantuan pendidikan dalam beberapa kursus pengajian yang dilakukan di Institusi Awam atau Institusi Swasta. Berikut adalah merupakan tawaran kursus dalam bantuan latihan kursus Terengganu:

  1. AKADEMI KULINARI TERENGGANU (AKT) – Confectionary & Bakery
  2. TWI TECHNOLOGY (S.E. ASIA) – Latihan Kemahiran Tinggi Kimpalan
  3. RICH TALENT – Seni Kulinari
  4. AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM) – Scaffolding Erection
  5. TERENGGANU TIMBER INDUSTRY TRAINING CENTRE (TTITC) – Rekabentuk dan Pembuatan Produk Perkayuan
  6. OTAI GROUP MALAYSIA – Melahirkan usahawan
  7. GLORIUS AMBER FOOD INDUSTRY – Chinese Cuiseine
  8. KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU – Kursus Jangka Pendek Bakeri dan Pastri

Pemohon boleh mengemukakan mana-mana tawaran kursus semasa permohonan dibuat. Pemohon juga boleh memilih tawaran kursus mengikut minat dan kemahiran yang diperlukan.

Syarat Kelayakan Bantuan Latihan Kursus Terengganu

Bagi pemohon yang berminat mengemukakan permohonan, anda boleh rujuk beberapa syarat kelayakan yang perlu diketahui seperti dibawah:

  • Keutamaan diberikan kepada anak-anak asnaf yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
  • Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu, beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan dan bergantung kepada kursus latihan yang ditawarkan oleh YPM.
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk mengikuti latihan yang ditawarkan oleh YPM.

Prosedur Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu

Cara Mohon Bantuan Latihan Kursus Terengganu

bantuan Latihan Kursus Terengganu
Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu dan Syarat Kelayakan 6

Permohonan adalah dibenarkan secara manual. Pemohon akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat butiran diri ke dalam borang dan pastikan maklumat adalah sahih.

Berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan:

  • Download borang permohonan latihan kursus Terengganu.
  • Pemohon perlu mengisi beberapa butiran kosong yang disediakan.
  • Terdapat juga beberapa perkara yang perlu dijelaskan oleh pemohon semasa membuat isian.
  • Pemohon juga perlu melampirkan beberapa dokumen yang diminta untuk mengesahkan permohonan anda semasa dalam proses.
  • Borang permohonan berserta dokumen yang sudah diisi lengkap boleh dihantar ke alamat:
Yayasan Pendidikan MAIDAM, 
Lot 9 & 10, Tingkat 1, 
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 
20100 Kuala Terengganu.

Senarai Dokumen yang Diperlukan

Berikut adalah merupakan beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon semasa mengemukakan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta anak-anak dalam tanggungan/ penjaga.
  • Salinan sijil-sijil akademik (SPM/STAM/STPM dan lain-lain).
  • Salinan slip gaji atau akuan pendapatan ibu dan bapa/penjaga/sendiri.
  • Salinan sijil kematian / penceraian (jika berkaitan).
  • Surat bermastautin bagi kelahiran luar negeri Terengganu.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Ketahui Lebih Lanjut

Bagi sebarang pertanyaan dan rujukan lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi MAIDAM dan untuk sebarang persoalan anda boleh menghubungi pihak MAIDAM dibawah:

Soalan FAQs Berkenaan Permohonan Bantuan Latihan Kursus Terengganu

Apakah itu Bantuan Kursus negeri Terengganu?

Tawaran daripada kerajaan negeri untuk membantu memberikan perkembangan kemahiran dan ilmu keusahawanan.

Bagaimana cara mohon kursus?

Anda boleh mengemukana melalui permohonan secara manual dengan mendapatkan borang yang disediakan dan menghantar pada alamat yang tertera.

Siapakah yang layak mohon bantuan latihan kursus?

Mereka yang tidak menyambung pendidikan peringkat IPT adalah layak mohon.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati