Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral

Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral
Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral 5

Memandangkan musim ramadan hampir tiba, kek lapis yang popular di Sarawak ini boleh disajikan ketika waktu berbuka dan bersahur sebagai pencuci mulut. Bukan itu sahaja, kek lapis ini juga sedap jika dijadikan sebagai kuih ketika hari raya atau dimakan ketika hari-hari biasa.

Kek Lapis Sarawak adalah sebuah kue lapis, yang secara tradisional disajikan di Sarawak, Malaysia pada acara-acara khusus. Dalam bahasa Melayu, makanan ini dikenal sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak atau Kek Lapis.

Resepi Kek Lapis Yang Mudah Dan Sedap

Kek Lapis Matcha Choco

kek lapis
Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral 6

Ramuan

  • 454 gm mentega
  • 180 gm gula halus
  • 1 sudu makan ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 10 biji telur gred A atau AA
  • 480 gm kaya
  • 250 gm tepung gandum
  • 150 gm serbuk santan
  • 100 gm susu tepung * disatukan & diayak
  • 100 gm milo
  • emulco coklat
  • pewarna hijau
  • 2 sudu teh pes teh hijau (matcha atau green tea)

Cara Memasak

  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan kaya. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna hijau dan pes teh hijau. Kacau rata dan bahagi 6. Adunan 2, masukkan milo dan emulco coklat. Kacau rata dan bahagi 6.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan bewarna hijau. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit (suhu dan masa berbeza mengikut oven). Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan hijau. Bakar sehingga lapisan kek kental. Buat sehingga 3 lapisan.
  8. Tuang dan ratakan pula satu bahagian adunan berwarna coklat di atas lapisan hijau. Bakar sehingga lapisan kek agak kental. Lapis lagi dengan adunan bewarna coklat sehingga 3 lapis.
  9. Ulang proses melapis pada langkah nombor 7 dan 8 sehingga adunan habis.

Kek Lapis Milo Cheese

kek lapis 1
Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral 7

Ramuan

  • 500 g butter
  • 500 g cream cheese
  • 30 g ovalet
  • 100 g gula halus
  • 300 g susu pekat manis
  • 10 biji telur Gred A (650g)
  • 75 g serikaya
  • 100 g Horlicks
  • 50 g susu tepung
  • 100 g tepung aiskrim vanilla
  • 270 g tepung Hong Kong
  • 200 g Milo
  • 150 g nestle cream (aku ganti whipping cream)
  • 1 sudu besar esen vanila
  • secukupnya Pewarna putih
  • secukupnya Pewarna coklat
  • Milo nuggets 7 packets (sebagai bahan taburan/hiasan)
  • Cadbury Dairy Milk saiz besar 1 bar (hiris nipis sebagai bahan hiasan/taburan)

Cara Memasak

  1. Putar butter, gula dan ovalet hingga kembang/putih.
  2. Masukkan telur satu persatu dan mix sebati. Masa ni masukkan juga esen vanila.
  3. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Mix sebati. Masukkan Horlicks. Mix sebati.
  4. Masukkan tepung aiskrim vanilla dan susu tepung. Mix sebati.
  5. Masukkan tepung Hong Kong. Mix hingga sebati.
  6. Masukkan nestle cream. Mix sebati.
  7. Adunan ini dibahagikan kepada 2 bahagian: Bahagian A: ditambah Milo dan sedikit pewarna coklat. Kemudian bahagi lagi kepada 2 bahagian untuk lapisan atas dan lapisan bawah. Bahagian B: ditambah cream cheese yang telah diputar sehingga kembang dalam bekas lain terlebih dahulu dan tambah juga pewarna putih
  8. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi loyang tak perlu sapu apa².
  9. Panaskan oven pada suhu 170° selama 10 minit.
  10. Mulakan melapis bahagian Milo terlebih dahulu. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah selama 10 minit atau hingga masak. Suhu 170°. Rak tengah.
  11. Bakar lapisan kedua hingga lapisan ke empat dengan api atas saja selama 7 minit atau hingga masak. Suhu 150°. Rak bawah.
  12. Kemudian baru lapis bahagian cheese. Pada setiap lapisan, taburkan Milo nuggets dan Cadbury. Buat sehingga habis lapisan cheese.
  13. Sambung melapis pula bahagian milo sebanyak 4 lapisan sehingga habis.
  14. Bila kek dah masak, tunggu dalam 5 minit. Sisip tepi kek kemudian keluarkan kek dari loyang. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong jadi loaf kecil.

Kek Lapis Peanut Butter Cheese

kek lapis 2 1
Resepi 3 Kek Lapis Sarawak Yang Viral 8

Ramuan

  • 500 g butter
  • 50 gula halus
  • 30 g ovalet
  • 350 g susu pekat manis
  • 500 g cream cheese
  • 10 biji telur gred A
  • 100 g serikaya
  • 150 g Horlicks
  • 150 g tepung aiskrim vanilla
  • 100 g peanut powder/almond powder
  • 200 g tepung nestum (nestum blend sehalus mungkin)
  • 200 ml whipping cream
  • 300 g peanut butter
  • 1 sudu besar esen vanila
  • sedikit Pewarna coklat

Cara Memasak

  1. Mix butter, gula dan ovalet hingga kembang/putih.
  2. Masukkan cream cheese dan mix sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil mix sampai sebati. Masa ni masukkan esen vanila juga.
  4. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Mix sebati.
  5. Masukkan peanut butter. Mix sebati.
  6. Masukkan Horlicks dan tepung aiskrim vanila. Mix sebati.
  7. Masukkan peanut/almond powder. Mix sebati.
  8. Masukkan tepung nestum, diselang-selikan dengan whipping cream sambil mix hingga sebati.
  9. Masukkan sedikit pewarna coklat. Mix sebati.
  10. Lapik loyang dengan baking paper. Tepi loyang jangan sapu apa².
  11. Panaskan oven, 10 minit, suhu 170C
  12. Layer pertama bakar 10 minit, api atas bawah, suhu 170°
  13. Layer kedua hingga habis bakar 8 minit, api atas saja, suhu 150°
  14. Bakar berlapis.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati