Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPA Effective Bulan September 2022

jawatan spa

Jawatan Kosong SPA Bulan September 2022 l Permohonan Di Buka Sehingga 29 September 2022. Makluman terkini diterima dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) yang baharu sahaja membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia. Permohonan kini boleh dibuat dengan kadar segera dan semua rakyat Malaysia yang cukup syarat dialu-alukan membuat permohonan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan suruhanjaya di Malaysia yang  berfungsi sebagai pusat rujukan jawatan kosong kerajaan. Sumbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah banyak membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga akan terus membuat makluman kerja kosong yang boleh diisi oleh rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja dibawah SPA, anda boleh merujuk maklumat jawatan dibawah.

Jawatan Kosong SPA Bulan September 2022 l Permohonan Di Buka Sehingga 29 September 2022

Apakah Jawatan Yang Ditawarkan Oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bagi Bulan September?

Untuk makluman semua, jawatan yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan kekosongan jawatan perkhidmatan awam yang harus diisi segera oleh rakyat Malaysia. Permohonan juga mestilah berdasarkan kelayakan akademik masing-masing dari PMR, SPM, Diploma dan Ijazah.

Maklumat Jawatan:

Jawatan:

  • Perangkawan Gred E41
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41
  • Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
  • Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
  • Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29
  • Penolong Pegawai Syariah Gred LS29

Sektor : Kerajaan

Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

Permohonan jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan kekosongam daripada pihak kerajaan Malaysia. Segala maklumat berkenaan jawatan adalah berdasarkan penetapan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Bilakah Tempoh Permohonan Jawatan Dibuka Dan Ditutup?

Untuk makluman rakyat Malaysia, permohonan jawatan kosong di SPA dibuka bermula 26 September dan akan ditutup pada 29 September 2022.

Permohonan jawatan kosong adalah secara atas talian, permohonan juga hendaklah dibuat segera sebelum tarikh tutup.

Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)

Makluman bagi pemohon yang berminat untuk membuat permohonan hendaklah merujuk syarat kelayakan terlebih dahulu. Bagi yang menepati syarat kelayakan, layak membuat permohonan jawatan kosong di SPA. Berikut merupakan syarat kelayakan permohonan:

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
  3. Mempunyai kelayakan akademik minima PMR dan SPM

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti maklumat permohonan jawatan dibawah berserta cara permohonan.

Permohonan Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) Tahun 2022

Pemohon-pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan jawatan kosong di SPA boleh membuat permohonan jawatan secara atas talian dan segera sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan juga hendaklah menepati syarat kelayakan setipa jawatan yang ditawarkan. Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong di SPA.Anda boleh merujuk kepada iklan, syarat kelayakan dan cara permohonan setiap jawatan yang ditawarkan dibawah:

Permohonan jawatan kosong hendaklah dimohon segera sebelum tarikh tutup. Bagi anda yang  ingin membuat permohonan, anda boleh ikuti cara permohonan jawatan dibawah.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Di SPA

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my.
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  3. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum tarikh tutup permohonan jawatan.(RUJUK IKLAN JAWATAN DIATAS).

Semoga Dipermudahkan Urusan Para Pemohon Jawatan Kosong

Kepada para pemohon, sila membuat permohonan jawatan segera sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan keterlambatan isian permohonan jawatan. Pemohon juga diminta untuk bersiap sedia apabila mendapat panggilan temuduga SPA. Pemohon juga perlu peka dan buat persediaan rapi. Semoga maju jaya!.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati