Lafaz taklik merupakan suatu perkara yang tidak asing bagi mereka yang memahami dan mempelajari ilmu rumah tangga dengan sebaiknya. Taklik atau ada menyebut Takliq merupakan 1 lagi cabang ilmu penceraian dalam islam. Walaupun kita tidak menginginkan perkara ini berlaku, tetapi ilmu mengenainya adalah lebih baik kita pelajari untuk bekalan kehidupan dalam mencari redha Allah swt.
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan satu mahligai yang bahagia. Namun begitu, kadang kala tewas dengan pancaroba dan ujian yang dilemparkan sehingga menyebabkan perceraian berlaku. Walaupon ianya halal disisi Allah, akan tetapi ianya merupakan perkara yang dibenci olehNya. Kadar perceraian kian meningkat saban hari, namun, mungkin itu merupakan solusi terakhir buat pasangan tersebut.
Sebagai contoh, memang kita tahu bahawa islam itu mudah dan setiap perkara dalam kehidupan telah diberi cara penyelesaiannya. Soalannya, apa yang patut dilakukan oleh isteri sekiranya suami meninggalkannya lebih dari empat bulan? Jadi, perkara-perkara seperti ini yang kita telah diberikan panduan jelas dalam islam dan bagi menyelesaikan isu seperti ini, taklik adalah salah satu jawapannya.
Apa itu Taklik dan Bagaimana Lafaz Taklik dibuat?
Isi Kandungan
TAKLIK iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya.
- Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.
- Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula
Contoh Lafaz Taklik Mengikut Negeri Tempat Berkahwin
Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:
Lafaz Taklik di Negeri Terengganu
Lafaz Taklik di Negeri Kelantan
Lafaz Taklik Negeri Kedah
Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
Lafaz Taklik di Negeri Perak
Lafaz Taklik di Negeri Selangor
Lafaz Taklik di Negeri Johor
Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.
Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.
Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.
Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.
Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.
Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.
Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.
Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).
Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.
Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan takliq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz takliq dilanggar. Di Malaysia mengamalkan lafaz takliq sejurus akad nikah berlangsung. Ini kerana ingin menjaga hak-hak isteri tersebut dikemudian hari.
Didalam Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu menyatakan:
- Seseorang perempuan yang bersuami boleh mendapat perceraian menurut syarat-syarat perakuan takliq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian demikian telah berlaku
- Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan jika berpuas hati bahawa perceraian itu sah mengikut hukum syarak, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu.
Apa Komponen Penting dalam Perceraian Melalui Taklik Ini?
Terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketengahkan. Sebelum ini mari kita lihat senarai dokumen yang diperlukan untuk taklik ini.
Senarai Dokumen yang diPerlukan |
---|
✔ Kad Pengenalan Pemohon atau Isteri ✔ Sijil Perkahwinan ✔ Sijil Beranak Anak |
Untuk kes cerai melalui lafaz taklik, faktor penting yang perlu diambil kira adalah tempoh atau berapa lama masa yang ditinggalkan. Jadi selepas permohonan difailkan dalam masa 21 hari, pihak terbabit akan dipanggil untuk sebutan dihadapan pembantu hakim. Sekiranya segala dokumen lengkap boleh terus dibawa kepada perbicaraan.
Perbicaraan boleh berlaku tanpa atau dengan kehadiran suami. Jika suami hadir, Yang Arif akan terus menyoal selidik suami dan jika suami mengakui bahawa lafaz taklik telah dilanggar, Yang Arif boleh mentaklikkan perkahwinan pada hari tersebut.
Ada juga keadaan yang mana suami tidak memberikan kerjasama dan tidak hadir sepanjang prosiding. Dalam keadaan ini, perbicaraan sebelah pihak akan berlaku. Keterangan akan diambil dari isteri dan saksi-saksi yang dikemukakan. Saksi turut memainkan peranan penting. Terdapat dua jenis saksi yang diperlukan.
- Saksi pernikahan diperlukan bagi membuktikan bahawa berlakunya lafaz takliq tersebut. Sesiapun boleh menjadi saksi pernikahan sama ada bapa kandung isteri, adik beradik lelaki isteri atau jiran tetangga.
- Saksi tempat tinggal bagi mengesahkan bahawa suami tidak pulang kerumah dalam tempoh dinyatakan. Seeloknya, saksi tersebut adalah jiran tetangga yang jarak rumah tidak jauh dari tempat tinggal isteri tersebut.
Pihak isteri boleh menyediakan 2 orang saksi lelaki atau lebih bergantung kepada keterangan saksi-saksi tersebut. Sebagai contoh, pihak isteri mebawa seorang saksi perkahwinan akan tetapi saksi tersebut berada jauh dari pengantin lelaki ketika mana lafaz takliq dilafazkan.
Keterangan saksi tersebut tidak boleh diambil kira kerana saksi tidak mendengar dengan jelas apa lafaz yang diungkapkan. Begitu juga dengan saksi tempat tinggal, perlu kepada saksi yang peka dengan jiran-jiran.
Fokus utama dalam perbicaraan adalah membuktikan bahawa lafaz takliq telah dilanggar oleh pihak suami. Oleh itu, saksi-saksi memainkan peranan penting bagi menyakinkan Mahkamah bahawa pelanggaran takliq berlaku.
Perkara yang Boleh Menyukarkan Prosiding
Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan prosiding, antaranya ialah:
- Tiada saksi.
- Keterangan hanya dengar cakap (hearsay).
- Keterangan bercanggah atau tidak konsisten.
- Menipu mahkamah.
Diantara soalan-soalan yang akan ditanya kepada saksi pernikahan adalah tempat, tarikh dan masa pernikahan. Jarak diantara saksi dan pengantin lelaki turut memainkan peranan dan boleh dipersoalkan sekiranya saksi kedudukan saksi jauh dari pengantin lelaki.
Sekiranya Yang Arif berpuas hati dengan segala keterangan dan hujahan yang dikemukakan, mahkamah boleh mentakliqkan pernikahan tersebut.
Apa yang Akan Berlaku Selepas Perkahwinan ditaklikkan?
- Isteri akan melalui fasa eddah selama 3 kali suci.
- Ruju’ boleh berlaku tanpa lafaz akad nikah yang baru sekiranya pihak-pihak ingin kembali bersama.
- Pihak isteri berhak membuat mana-mana tuntutan termasuklah tuntutan nafkah eddah.
- Risiko ruju’boleh berlaku tanpa persetujuan isteri.
Download Borang Penceraian Taklik & Borang Berkaitan
Untuk memudahkan pengurusan, kami sediakan senarai borang dan dokumen contoh untuk urusan penceraian taklik ini.
Terlajak Perahu Boleh di Undur Terlajak Kata Buruk Padahnya
Diriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: “ 3 perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dikirakan bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan berguarau dikirakan bersungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan ruju”.
Kadangkala tak tercapai dek akal akan lafaz takliq tersebut. Sebagai contoh:
- Jika kau turun dari katil jatuh talak satu.
- Kalau main facebook aku ceraikan mung
- Kalau balik rumah mak jatuh talak satu
- Kalau keluar rumah pintu ni jatuh talak
- Kalau PMX jadi Perdana Menteri jatuh talak
Walaupon lafaz tersebut dibuat dengan nada bergurau, sekiranya lafaz dilanggar akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga tersebut. Secara amnya, talak akan berlaku jika isteri membuat apa yang dilarang. Pihak isteri perlu peka dengan ayat-ayat yang berbau cerai. Ini bukan sahaja melibatkan hukum agama, ianya turut berkait dengan nasab anak-anak yang bakal lahir.
Jangan mengambil mudah tentang hukum-hukum Syariat kerana ianya saling berkait rapat dengan perkahwinan syubhah dan nasab keturan anak.
Allah mengurniakan akal yang sempurna dan haruslah gunakannya sebaik mungkin. Setiap tutur kata perlu difikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata. Tanpa sedar, ayat yang digunakan membawa maksud cerai.
Alangkah menyesal buat suami jika perkahwinan menjadi sia-sia dek kerana mulut yang tidak ditapis. Sifat suami ialah kuat. Kuat dalam menahan nafsu dari berkata yang tidak sepatutnya, kuat untuk menahan emosi dari melafazkan cerai. Anak-anak akan menjadi saksi keruntuhan rumahtangga ibu ayah mereka disebabkan oleh ketelanjuran ayahnya dalam berbicara.
Suami saya meninggalkan saya kerana bekerja dia Korea Selatan hampir 2 tahun. Setahun pertama, nafkah dia beri cukup untuk kami sekeluarga. Tahun kedua shingga kini, nafkah yang diberi hanya kurang dari RM1000. Malah, dia juga turut berselingkuh di sana, tetapi tidak mengakui, malah menuduh saya yang mempunyai selingkuh. Dan mencari punca agar saya mengemukakan permohonan cerai, kerana setiap kali dia mencari pasal, dan saya tidak ikut kehendaknya, dia akan ugut saya dengan perkataan, “kalau begitu kita bercerailah”. Dia tekankan untuk memastikan hak penjagaan anak jatuh kepada dia, dan mengugut untuk menjatuhkan kerjaya saya. Soalan saya, sekiranya saya memohon taklik, adakah hak penjagaan terhadap 4 orang anak bersamanya akan sepenuhnya kepada saya, atau saya perlu melakukan permohonan hak penjagaan anak, atau saya perlu membuat permohonan fasakh? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih.