Daun pegaga adalah salah satu tumbuhan yang dikenali dengan pelbagai kebaikan daripada sudut kesihatan. Daun pegaga telah digunakan sejak beratus tahun dahulu dalam perubatan purba Ayurveda di negara India. Daun pegaga juga turut diamalkan di Malaysia secara tradisional untuk kesihatan. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan 10 khasiat utama daun pegaga untuk kesihatan, penggunaan tradisional daun pegaga, dan cara penyediaan teh daun pegaga dengan cara yang mudah dan betul.
Pengenalan Tentang Khasiat Daun Pegaga
Isi Kandungan
Daun pegaga merupakan tumbuhan yang hidup di kawasan beriklim tropika seperti di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa negara lain di Asia. Penggunaan awal daun pegaga adalah sebagai herba untuk menyembuhkan luka dan merawat masalah kulit seperti psoriasis. Namun kajian makmal mendapati bahawa daun pegaga mempunyai lebih banyak manfaat daripada itu. Kajian tersebut mendapati bahawa daun pegaga berupaya menurunkan aras gula dalam darah, paras kolesterol, asid urik dan urea.
Apakah itu Daun Pegaga?
Daun pegaga dikenali dengan nama saintifik sebagai Centella asiatica. Dalam bahasa Inggeris, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai ‘Pennywort’ kerana daunnya mirip kepingan duit syiling. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu pegaga salad, pegaga kerinting dan pegaga ubi (pegaga biasa). Daun pegaga ubi mengandungi paling tinggi khasiat untuk kesihatan berbanding pegaga jenis lain. Tumbuhan ini mampu tumbuh meliar di atas tanah, di tepian kolam atau sungai, di sekitar sawah padi atau berhampiran tasik.
10 Khasiat Daun Pegaga
Antara 10 khasiat terbaik daun pegaga adalah seperti berikut:
- Menyembuhkan luka : Daun pegaga mampu mempercepatkan penyembuhan luka dan radang melalui pembentukan kolagen dan mempunyai kandungan vitamin C dan A yang tinggi.
- Mengurangkan depresi atau kemurungan : Daun pegaga mengandungi komponen aktif seperti triterpena yang bersifat antikemurungan.
- Meningkatkan fungsi kognitif : Daun ini dapat menjaga kesihatan otak seperti meningkatkan daya ingatan.
- Menghalang penyakit saraf seperti penyakit Alzheimer : Daun pegaga dapat mengurangkan tekanan oksidatif bagi pesakit saraf seperti Alzheimer dan parkinson
- Membantu pencernaan dan merawat ulser perut: Air daun pegaga dikatakan dapat merawat ulser perut.
- Bersifat antibakteria: Daun pegaga bersifat membunuh bakteria yang baik seperti Staphylococcus sp.
- Mengurangkan radang pada sendi : Kajian mendapati bahawa daun pegaga mampu menjaga daripada hakisan tulang rawan, pembengkakan sendi dan penghakisan tulang.
- Mengekalkan kesihatan kulit untuk kekal awet muda: Daun ini mempunyai komponen aktif bertindak sebagai antipenuaan. Komponen aktif tersebut merangsang penghasilan kolagen pada kulit.
- Mempunyai ciri detoks pada buah pinggang dan hati: Daun pegaga berupaya menghalang ketoksikan sesetengah ubat (cth: isoniazid) terhadap tubuh manusia.
- Melancarkan peredaran darah : Daun pegaga dikatakan dapat menguatkan salur darah dan membantu peredaran darah dan tinggi dengan zat besi.
Penggunaan Tradisional Daun Pegaga
Daun pegaga adalah cukup sinonim dengan peradaban orang melayu. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan tradisional. Antaranya adalah daun pegaga dijadikan sebagai ulam untuk makanan, dijadikan sebagai minuman untuk kesihatan, digunakan sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan, dan mengubati penyakit nyanyuk. Selain itu, dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk mengubati penyakit kuning, selsema dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular. |
Daun pegaga mempunyai rasa yang sedikit pahit dan kerap dijadikan sebagai ulam atau sayur tambahan dalam hidangan nasi putih berlauk. Daun pegaga juga dijadikan minuman dalam bentuk jus atau teh pegaga. Bagaimanapun, produk daripada pegaga boleh didapati dalam bentuk kapsul dan serbuk dan dijual sebagai suplemen kesihatan. Bagaimanapun, pengambilan suplemen pegaga dalam jangka masa terlalu lama boleh memberi kesan sampingan kepada hati. Individu yang ingin mengamalkan kapsul pegaga perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. |
Cara Penyediaan Teh Pegaga
1. Potong halus daun pegaga dan keringkan |
2. Masukkan daun pegaga yang telah dikeringkan ke dalam 150 mL air panas |
3. Biarkan daun pegaga dalam campuran air panas selama 15 minit |
4. Kemudian, minum air daun pegaga selepas 15 minit rendaman |
5. Amalkan 2-3 cawan sehari |
Soalan FAQs Berkaitan Daun Pegaga
Apakah Daun Pegaga?
Daun pegaga dikenali dengan nama saintifik sebagai Centella asiatica. Dalam bahasa Inggeris, tumbuhan ini lebih dikenali sebagai ‘Pennywort’ kerana daunnya mirip kepingan duit syiling.
Dimanakah Daun Pegaga Boleh Didapati?
Daun pegaga boleh didapati di pasar atau ditanam di rumah. Ia boleh ditanam di dalam pasu dan tumbuh meliar di atas tanah.
Apakah Khasiat Utama Daun Pegaga?
Khasiat utama daun pegaga adalah kaya dengan vitamin C, A dan zat besi. Ia boleh menyembuhkan luka dan ulser, membantu kesihatan mental, menjaga kulit dan melancarkan peredaran darah.