MySalam BANTUAN RM700 seperti yang kita tahu adalah sebuah skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan. Setiap individu yang layak akan mendapat manfaat skim perlindungan masyarakat melalui tabung amanah MySalam.
Kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan skim ini kerana mendapati ramai rakyat yang mempunyai masalah kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan apabila didiagnos dengan penyakit kronik. Rujuk di sini untuk Panduan Lengkap Tuntutan mySalam.
SIAPAKAH YANG LAYAK BANTUAN RM700 ?
- Penerima bantuan BSH :
- Berumur 18 hingga 65 tahun , dan pasangan
- Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari Rm24,000 setahun
- OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari Rm24,000 setahun
Sekiranya anda berada dalam tempoh kuarantin Covid-19, anda juga layak untuk menuntut Skim MySalam ini.
CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN TUNTUTAN BANTUAN RM700 :
- Layari portal https://www.mysalam.com.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang semak
- Status kelayakan akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak
CARA MEMBUAT TUNTUTAN :
- Tuntutan melalui atas talian
- Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Sekiranya anda belum mendaftar, pastikan anda klik di bahagian log masuk kali pertama untuk mendaftar. Sekiranya telah mendaftar boleh log masuk seperti biasa. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam untuk reset kata laluan anda
- Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar
- Tunggu keputusan tuntutan anda
- Tuntutan secara manual adalah dengan mengunjungi mana-mana kiosk MySalam
- Pastikan anda membawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17
- Serahkan dokumen tersebut kepada kru bertugas untuk dimasukkan ke dalam system
Atau anda juga boleh menghubungi mana-mana talian bantuan MySalam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tuntutan ini.
TALIAN BANTUAN
Telefon : 1-300-88-8938
Email : [email protected]