Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024

Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024

UTEM buka pengambilan jawatan UTEM Januari 2024 kepada calon-calon yang berminat untuk memulakan kerjaya dibawah Universiti teknikal pertama Malaysia. Mereka menyeru anda untuk membuat permohonan kadar segera dan perlu mengikuti beberapa langkah mudah permohonan.

Permohonan adalah boleh merujuk pada siaran iklan rasmi yang disediakan. Anda boleh mengetahui berkenaan syarat, tarikh tutup dan cara mohon diberikutnya.

Berkenaan Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam Teknikal yang pertama di
Malaysia. UTeM juga adalah sebuah Universiti Berfokus yang menumpukan aktiviti kesarjanaan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan ICT, teknologi dan pengurusan teknologi bagi menjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi.

image 169
Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024 4

Maklumat Berkenaan Jawatan Kosong UTEM

UTeM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Pentadbiran di Universiti ini.

Jawatan KosongGred
Jurupulih Perubatan
(Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun)
U29
Juruteknologi Makmal PerubatanU29
Penolong Pegawai Kesihatan PersekitaranU29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
(IoT Developer/ Mobile Developer/ Programmer/
Software)
FA29
Pembantu Pembedahan PergigianU19

Bilakah Tarikh Tutup Permohonan?

Permohonana pengambilan jawatan UTEM Januari 2024 akan ditutup pada 15 Februari 2024 bersamaan hari khamis. Sehubungan itu diminta kepada para calon untuk segera melakukan permohonan dan mengikuti panduan permohonan ditetakan seperti dibawah.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan UTEM

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan untuk permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas.
  • Mempunyai kelayakan akademik minima spm dan diploma yang berkaitan dengan jawatan.

Sila ikuti maklumat lebih lanjut berkenaan cara permohonan dan iklan pengambilan jawatan UTEM Januari 2024.

Panduan Permohonan Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024

Semak Iklan Jawatan Rasmi UTEM

Anda boleh meneliti terlebih dahulu berkenaan maklumat yang disediakan oleh pihak UTEM untuk permohonan jawatan anda. Untuk itu, berikut adalah merupakan iklan dan pautan rujukan rasmi untuk pengambilan jawatan UTEM Januari 2024:

image 168


Cara Mohon Dalam Pengambilan Jawatan UTEM Januari 2024

Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan jawatan UTEM Januari 2024:

  • Semua permohonan jawatan pentadbiran mesti menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara atas talian bagi mengisi Borang Permohonan Jawatan dengan melayari laman UTEM dan klik di pautan yang disediakan di Quick Links > Job Vacancies > Iklan Perjawatan Bukan Akademik.
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada gred yang dipohon pada pautan iklan di atas.
  • Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan mengisi borang Pengesahan Ketua Jabatan di Lampiran A sekiranya dipanggil temu duga. Muat Turun Borang Pengesahan Ketua Jabatan di Lampiran A

Pemohon dari kalangan pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Swasta dikehendaki mengemukakan surat pengesahan majikan sekiranya dipanggil temu duga.Permohonan yang TIDAK dibuat menerusi Sistem Permohonan Jawatan secara atas
talian akan DITOLAK.

Berkenaan Urusan Pengambilan

Pemohon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Arahan Pengisian sebelum memohon
jawatan. Pemohon DIWAJIBKAN memuat naik gambar terkini berukuran pasport dan
dokumen sokongan akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan dipohon.

Pemohon juga DIWAJIBKAN memuat naik salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS
untuk perkhidmatan awam. Kegagalan mengisi maklumat dengan lengkap serta tidak memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon DITOLAK.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menjalani ujian
saringan atau temu duga. Sekiranya calon tidak menerima sebarang jawapan dari pihak UTeM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan, ini bermakna permohonan calon tersebut adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang Pertanyaan Lanjut

sila hubungi kami pihak UTEM:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
06 – 2701981 / 1947
Email : [email protected] (jawatan Pentadbiran

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati