Asid folik merupakan komponen penting daripada vitamin B9 (Folat) yang penting untuk penghasilan sel-sel baharu tubuh manusia seperti kuku, rambut dan kulit. Asid folik adalah sangat diperlukan oleh ibu hamil atau wanita yang merancang untuk hamil kerana ia membantu untuk pertumbuhan sel-sel baharu janin, dan mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi.
Apa itu Asid Folik?
Asid folik adalah komponen daripada vitamin B9 iaitu folat. Asid folik umumnya adalah dalam bentuk sintetik yang bukan terhasil secara semulajadi seperti folat. Asid folik terhasil secara sintesis dalam bentuk suplemen dan makanan diperkaya seperti nasi, roti, pasta, dan biji-bijirin. Bagaimanapun, folat terhasil secara semula jadi dan mempunyai kandungan yang tinggi pada makanan seperti sayuran hijau seperti bayam, legum, kekacang, brokoli, dan buah sitrus.
Tanda-tanda Kekurangan Asid Folik
Terdapat beberapa tanda-tanda anda jika ada mengalami kekurangan asid folik, terutamanya kepada ibu yang hamil:
- Badan kerap berasa letih dan penat
- Muka, kuku dan kulit kelihatan pucat
- Anemia atau kurang darah
- Gugur rambut
- Sakit mulut dan lidah
- Ulser mulut dan lidah
Kelebihan Asid Folik Untuk Kesihatan
Asid folik adalah sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah saiz normal, dan sihat, mengurangkan risiko komplikasi semasa kehamilan, masalah jantung, strok, penyakit kanser serta penyakit Alzheimer. Asid folik bukan sahaja penting untuk wanita, malah ia juga penting untuk lelaki. Asid folik sangat penting untuk kesuburan lelaki. Ia mampu memberi kesan terhadap kualiti genetik sperma. Antara 6 manfaat asid folik untuk tubuh manusia adalah seperti berikut:
1. Wanita yang sedang hamil Semasa kehamilan, vitamin ini membantu pembentukan tiub saraf tunjang bayi. Ia boleh membantu mencegah beberapa kecacatan semasa kelahiran bayi seperti, kecacatan otak (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida). |
2. Meningkatkan kesuburan wanita Pengambilan asid folik boleh meningkatkan peluang untuk hamil dan mengandung. |
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung Ia membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung. |
4. Mengawal masalah mental Ia terlibat dalam penghasilan bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter. Aras neurotrasmitter yang rendah atau kurang aktif mampu menyebabkan seseorang kemurungan, skizofrenia, bipolar, atau lain-lain masalah mental. |
5. Menyembuhkan keradangan Ianya dapat mengurangkan keradangan dan inflamasi. |
6. Menjaga kesihatan otak Vitamin ini mampu menjaga kesihatan otak iaitu meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan risiko demensia. |
Fakta Kelebihan Asid Folik Untuk Lelaki |
Satu kajian saintifik daripada Dr. Thomas mendapati bahawa individu lelaki yang mengambil suplemen ini 5mg sehari selama 26 minggu menunjukkan peningkatan jumlah sperma sebanyak 74%. Berdasarkan kajian ini, pemberian asid folik kepada individu lelaki dapat memelihara kuantiti dan kualiti sperma dan dapat menghalang penyakit sindrom Down dan kecacatan kongenital. |
Sumber Makanan Kaya Dengan Asid Folik
Makanan yang mengandung kandungan asid folik yang tinggi dan banyak dapat dijumpai di sekitar kita, sama ada di rumah, dan di pasar di sekitar kita. Berikut adalah buah-buahan yang sangat tinggi dengan kandungan asid folik:
- Buah Kiwi. Buah ini mengandungi folat, zat besi, dan juga kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin dalam buah ini membantu proses pembentukan hemoglobin dan membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi.
- Buah Pisang. Pisang mengandungi asid folik, vitamin A, C, dan Vitamin B6 yang mampu meningkatkan sistem pertahanan imun tubuh dalam melawan serangan bakteria yang berbahaya.
- Buah avokado. Buah ini mengandungi folat dan vitamin K yang dapat membantu proses pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.
- Buah Betik. Buah betik mempunyai folat, vitamin C, vitamin A dan serat yang tinggi yang mampu membantu pencernaan dan kesihatan badan.
- Buah Strawberi. Kandungan folat dan vitamin C di dalamnya dapat membantu pembentukan sel darah merah dan mengawal aras tekanan darah.
- Buah Anggur. Tinggi dengan kandungan folat dapat membantu dalam meningkatkan metabolisme badan.
Antara sayur-sayuran yang tinggi dengan asid folik:
- Brokoli
- Bayam
- Asparagus
- Kubis
- Lobak
- Labu
- Daun saderi
Berikut Penyediaan Jus Saderi
Cara-cara penyediaan jus saderi yang kaya dengan asid folik boleh diikuti dengan melihat video berikut.
Soalan FAQs Berkaitan Asid Folik
Apakah itu asid folik?
Asid folik adalah komponen daripada vitamin B9 atau folat.
Apakah tanda-tanda kekurangan asid folik?
Badan kerap berasa letih dan penat; muka, kuku dan kulit kelihatan pucat; anemia; ulser mulut dan lidah
Apakah manfaat asid folik kepada tubuh?
Ia mengurangkan risiko komplikasi semasa kehamilan, masalah jantung, strok, penyakit kanser serta penyakit Alzheimer.